Loading Property Genie

5 Tarikan Kwasa Damansara dan Projek Hartanah Baru 2024

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

5 Tarikan Kwasa Damansara dan Projek Hartanah Baru 2024

Perbandaran baru sekarang ni makin menjadi pilihan ramai, lagi-lagi bila kawasan tu lengkap dengan kemudahan moden dan gaya hidup yang serba selesa. Kalau anda tengah survey tempat tinggal yang ada semua tu, Kwasa Damansara memang patut masuk dalam senarai! Kawasan ni makin hot dalam Damansara, dan semakin ramai mula perasan dengan apa yang ditawarkan.

Nak tahu lebih lanjut? Jom baca sampai habis untuk tahu lebih lanjut tentang Kwasa Damansara ni!

Di Mana Terletaknya Kwasa Damansara?

Kwasa Damansara adalah sebuah perbandaran baru yang terletak dalam mukim Sungai Buloh. Lokasinya sangat strategik, berada di utara Kota Damansara dan di selatan Sungai Buloh. Perbandaran ini mudah diakses dan terletak di tengah-tengah antara kawasan-kawasan yang pesat membangun di Lembah Klang.

Kwasa Damansara juga merupakan kawasan hartanah utama yang merangkumi 2,257 ekar di Selangor dengan pembangunan pesat dijalankan oleh KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

5 Tarikan di Kwasa Damansara

1. Pengangkutan Mudah dengan MRT Kwasa Damansara

Salah satu tarikan utama Kwasa Damansara ialah kemudahan pengangkutan. Kawasan ini dilengkapi dengan stesen MRT Kwasa Damansara yang merupakan sebahagian daripada laluan MRT Sungai Buloh-Kajang serta MRT laluan Putrajaya. MRT ini memudahkan perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur, menjadikan kawasan ini sesuai untuk mereka yang bekerja di bandar. Tak perlu lagi risau tentang kesesakan lalu lintas!

Kwasa Damansara MRT Map Laluan Kajang

kwasa damansara mrt route

Kwasa Damansara MRT Map Laluan Putrajaya

kwasa damansara mrt route

2. Pusat Pembangunan oleh KWSP di Kwasa Damansara

kwasa damansara epf

Projek EPF Kwasa Damansara atau KWSP Kwasa Damansara merupakan salah satu projek pembangunan hartanah yang paling penting di kawasan ini. Dengan matlamat untuk membangunkan Kwasa Damansara City Centre, kawasan ini bakal menjadi pusat perniagaan dan kediaman yang strategik. Keputusan KWSP untuk melabur di sini menunjukkan potensi jangka panjang kawasan ini sebagai pusat pembangunan utama.

3. Berhampiran dengan Kawasan Popular di Damansara

Kwasa Damansara juga terletak berdekatan dengan kawasan-kawasan seperti Kota Damansara, Damansara Perdana, dan Mutiara Damansara. Kawasan-kawasan ini terkenal dengan pelbagai kemudahan moden seperti pusat membeli-belah, restoran, dan pusat hiburan. Selain itu, ia juga memberikan akses mudah kepada projek-projek hartanah baru.

4. Akses Mudah ke Lebuhraya dan Laluan MRT Kwasa Damansara

Bukan sekadar pengangkutan awam, Kwasa Damansara juga mudah diakses melalui beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Jalan Sungai Buloh. Kawasan ini juga dihubungkan dengan laluan MRT Kwasa Damansara yang memberi kemudahan untuk ke Kwasa Sentral MRT dan kawasan sekitar. Akses mudah ini menjadikan Kwasa Damansara property sangat menarik bagi pembeli dan pelabur.

5. Pelbagai Kemudahan dan Sekolah Berdekatan

Di Kwasa Damansara, anda boleh menikmati kemudahan asas yang lengkap seperti sekolah-sekolah ternama (SK Subang Bestari dan Help International School) dan hospital. Ini memudahkan kehidupan seharian, terutamanya untuk keluarga yang mempunyai anak kecil.

6 Projek Hartanah Baru di Kwasa Damansara pada 2024

Dengan pelancaran beberapa projek hartanah baru pada 2024, Kwasa Damansara menjadi tempat yang ideal untuk pembeli rumah dan pelabur hartanah. Jom tengok apa projek menarik yang bakal dilancarkan:

Tujuh Residences

Projek Hartanah di Kwasa Damansara

  • 3.1km dari MRT Kwasa Damansara
  • Jenis Hak Milik: Pegangan Pajakan (leasehold)
  • Keluasan: 550kps hingga 909kps
  • Tahun Siap: 2026

Idaman Kwasa Damansara

Projek Hartanah di Kwasa Damansara

  • 2.6 km dari MRT Kwasa Damansara
  • Jenis Hak Milik: Pegangan Bebas (freehold)
  • Keluasan: 1,000kps & 1,080kps
  • Tahun Siap: 2026
  • Termasuk dalam projek Rumah Selangorku Kwasa Damansara bagi mereka yang mencari rumah mampu milik.

Dedaun Rimba Kwasa Damansara

Projek Hartanah di Kwasa Damansara

  • 3.0km dari Kwasa Sentral MRT
  • Jenis Hak Milik: Pajakan (leasehold)
  • Keluasan: 1396 sqft hingga 2617 sqft
  • Tahun Siap: 2027

Daya Residence Kwasa Damansara

Projek Hartanah di Kwasa Damansara

  • 3.1km dari Kwasa Sentral MRT
  • Jenis Hak Milik: Pegangan Bebas (freehold)
  • Keluasan: rumah landed Unit Semi-D berkisar antara 3,300 hingga 3,700 kaki persegi, sebuah banglo berkeluasan 5,004 kaki persegi, dan kondo berkisar antara 950 hingga 1,500 kaki persegi.
  • Tahun Siap: 2026

Linari Kwasa Damansara

Projek Hartanah di Kwasa Damansara

  • 1.7km dari MRT Kwasa Damansara
  • Jenis Hak Milik: Pegangan Bebas (freehold)
  • Tahun Siap: 2027

Dengan Kwasa Damansara property yang terus berkembang pesat, dan pelbagai projek baru seperti Rumah Selangorku Kwasa Damansara serta projek Landed House Kwasa Damansara, kawasan ini jelas mempunyai potensi yang besar. Sama ada anda mencari rumah di Kwasa Damansara atau hartanah berdekatan MRT Kwasa Damansara, kawasan ini pasti berbaloi untuk dipertimbangkan pada 2024!

Artikel lain:

 

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

kwasa damansara epf

kwasa damansara

kwasa damansara mrt route

kwasa damansara landed house

rumah idaman

kwasa sentral mrt

mrt kwasa damansara

kwsp kwasa damansara

kwasa damansara city centre

rumah selangorku kwasa damansara

kwasa damansara property

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More