
Written by PropertyGenie Team
Merancang perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur pada minggu terakhir bulan Mei? Hati-hati, kerana bermula 23 hingga 28 Mei 2025, lebih 6 lebuh raya dan 25 jalan utama akan ditutup secara berperingkat sempena Persidangan ASEAN ke-46.
Polis Diraja Malaysia akan mengawal laluan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan VVIP, termasuk delegasi asing ke KLCC, Istana Negara dan hotel-hotel utama. Sebanyak 789 anggota trafik akan bertugas, lengkap dengan motosikal berkuasa tinggi dan kenderaan pengiring.
Latihan raptai: 21 Mei & 22 Mei 2025
Jalan ke KLIA, Subang Air Force Base, pusat bandar, KLCC dan Istana Negara akan ditutup secara berperingkat dari jam 8 pagi hingga 8 malam.
8.00 pagi - ketibaan ke KLCC
5.30 petang - pemulangan dari KLCC ke hotel
8.00 pagi - 10.30 pagi (Hotel ke KLCC)
11.45 pagi - 1.00 tengah hari (KLCC ke Istana Negara)
1.45 petang - 3.00 petang (Istana Negara ke KLCC)
8.00 pagi dan seterusnya: Perjalanan keluar ke KLIA/Subang
KLCC, Istana Negara, lebuh raya utama ke bandar dan sekitar hotel penginapan delegasi.
Tidak. Penutupan dilakukan mengikut jadual antara 8 pagi hingga 8 malam bergantung pada pergerakan delegasi.
Gunakan Waze atau Google Maps untuk dapatkan laluan terkini dan elakkan kawasan panas.
Tidak digalakkan. Kenderaan yang menghalang lalu lintas akan ditunda oleh pihak polis.
Pihak polis menyeru orang ramai agar patuh arahan lalu lintas dan merancang perjalanan awal untuk mengelakkan kelewatan sepanjang minggu sidang kemuncak ini.