HOME LOAN GUIDE
Written by Property Genie Editor
Tahniah kepada anda yang sedang merancang untuk memiliki rumah sendiri! Keputusan ini memerlukan perancangan bijak dan kita faham bahawa anda mungkin sudah merungkai pelbagai maklumat mengenai proses pembelian rumah.
Sekarang, jom kita bahas cara mengira pinjaman rumah, terutamanya untuk pinjaman perumahan kerajaan dan swasta. Ini penting supaya anda dapat menilai sendiri kelayakan anda untuk memiliki rumah idaman, sama ada itu rumah subsale (rumah secondhand) atau unit rumah yang masih dalam pembinaan (rumah baru).
Ambil contoh anda ingin membeli rumah pertama pada harga RM400,000 untuk tempoh 360 bulan atau 30 tahun. Berapa bayaran bulanan yang perlu anda tanggung? Dengan kadar faedah pinjaman rumah dalam angaran 2.88%, bayaran bulanan kasar adalah sekitar RM 1,660.
Adakah anda mempunyai hutang lain seperti pinjaman peribadi, pinjaman kereta, atau baki hutang kad kredit? Gabungan jumlah komitmen bulanan anda akan mempengaruhi kemampuan anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan.
Berapa pendapatan bulanan anda? Misalnya, RM6,500 sebulan.
Gunakan Formula Rasio Perkhidmatan Hutang (DSR) Malaysia, iaitu jumlah komitmen bulanan dibahagi pendapatan bulanan, kemudian darab 100 peratus. Dengan angaran DSR tidak lebih 50%, peluang untuk mendapatkan pinjaman rumah pertama agak cerah.
Dengan formula Debt Service Ratio Malaysia (DSR) berdasarkan ketetapan bank negara Malaysia yang digunakan pihak bank akan menentukan samada anda layak beli rumah RM400,000 tersebut atau tidak? Dikongsikan di sini cara kira dsr DSR anda:
Bayaran komitmen kepada bank setiap bulan ÷ dengan pendapatan setiap bulan anda kemudian x 100 peratus.
RM2,860 ÷ Rm6500 x 100% = 44%
Ini membantu anda mengetahui kelayakan pinjaman perumahan swasta mengikut gaji sebelum anda hantar permohonan.
Semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi DSR yang boleh dicapai jika komitment and kekal dan tidak juga menambah maka, peluang anda untuk lulus pinjaman rumah akan bertambah tinggi.
Untuk pengetahuan lebih lanjut article di bawah ni akan ajar step-by-step nak pakai house loan calculator untuk korang kira bulanan korang.
Financial Planning with Our Housing Loan Calculator Malaysia
Ingat, penting untuk tidak hanya fokus pada memiliki rumah, tetapi juga memastikan kelayakan kewangan anda. Semoga panduan ini membantu anda merancang pembelian rumah anda dengan bijak!
Share :
Article Highlights
Houseloancalculator
House Loan
Loan Calculator