Loading Property Genie

Residensi Wilayah (RUMAWIP): Cara Mohon RUMAWIP Dan Projek Terkini 2024!

FIRST-TIME BUYER

Written by Fazrina Fezili

Residensi Wilayah (RUMAWIP) 2024

Residensi Wilayah (2024) yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP, Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Federal Territories Affordable Housing Project) merupakan satu program inisiatif kerajaan yang direka khas untuk menyediakan perumahan mampu milik serta menyediakan kediaman lebih selesa, berkualiti dan mampu dimiliki oleh warga Wilayah Persekutuan sebagai pembeli rumah pertama.

Program baru Residensi Wilayah (RUMAWIP) ini tetap mempunyai objektif yang sama untuk membantu golongan berpendapatan rendah, sederhana, dan pembeli rumah pertama untuk dapat memulakan langkah yang penting dalam proses membeli rumah.

Antara kawasan yang menjadi fokus untuk program Residensi Wilayah (RUMAWIP) adalah semua kawasan Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Ini secara langsung, memberi peluang keemasan kepada pembeli rumah pertama khususnya warga wilayah persekutuan untuk mencari dan memilih rumah pertama anda. Jom ketahui lebih lanjut tentang inisiatif Residensi Wilayah (RUMAWIP) 2024!

Apa Itu Residensi Wilayah (RUMAWIP)?

Residensi Wilayah adalah projek perumahan yang membangunkan dan menyediakan hartanah baru, khususnya rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana, rendah, yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan. Ini juga adalah nama baru kepada RUMAWIP.

Secara keseluruhannya, Residensi Wilayah (RUMAWIP) akan menyasarkan sebanyak 80,000 unit untuk dibina di Wilayah Persekutuan dalam tempoh 10 tahun dari 2019 hingga 2028.

Ciri Rumah Residensi Wilayah (RUMAWIP)

Residensi Wilayah (RUMAWIP) menawarkan rumah yang mempunyai tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan , yard untuk kegunaan dobi dan 1 (satu) tempat letak kereta berbumbung serta dalam bentuk rumah berstrata. Walaupun begitu, pemaju digalakkan untuk menyediakan spesifikasi yang lebih baik untuk keselesaan pemilik Rumah Residensi Wilayah (RUMAWIP).

Secara umumnya, saiz dan kos unit di setiap pembangunan dah dihadkan kepada:

  • Kos maksimum RM300,000
  • Saiz rumah tidak kurang dari 900 kaki persegi
  • Mempunyai tagline “Residensi Wilayah Residensiku”

Rumah Residensi Wilayah (RUMAWIP) perlu juga menyediakan kemudahan-kemudahan awam dan keperluan sosial yang lengkap, malah kemudahan awam yang menjadi syarat penyediaan kepada pemaju tertakluk kepada pertimbangan Pusat Khidmat Setempat (OSC) adalah seperti berikut:

Ciri rumah Residensi Wilayah (RUMAWIP) CIRI RUMAH RESIDENSI WILAYAH (RUMWAIP)

Siapa Yang Layak Mohon Untuk Residensi Wilayah (RUMAWIP)?

syarat mohon RUMAWIP
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ketika permohonan dibuat
  • Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan bagi pemohon bujang dan RM15,000 sebulan bagi pemohon yang berkeluarga atau tidak melebihi RM15,000 sebulan bagi pemohon yang telah berkahwin.
  • Satu permohonan sahaja bagi setiap isi rumah.
  • Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak sahaja;
  • Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Wilayah.

 

Cara Mohon Residensi Wilayah (RUMAWIP) 2024

1. Layari laman web Residensi Wilayah (RUMAWIP) di https://residensiwilayah.jwp.gov.my/

Laman web Residensi Wilayah (RUMAWIP)

2. Klik permohonan dan 'Saya Layak' untuk buat permohonan.

Kelayakan Permohonan RUMAWIP 2024

3. Isi borang pendaftaran dengan lengkap

borang pendaftaran RUMAWIP 2024

4. Login dan isi permohonan Residensi Wilayah (RUMAWIP) 2024

Log Masuk Pemohon RUMAWIP

9 Projek Perumahan Terkini Residensi Wilayah (RUMAWIP) 2024

1. Residensi Wilayah Sentral

Residensi Wilayah Sentral

  • Nama Projek: Residensi Wilayah Sentral
  • Jenis Kediaman: Pangsapuri
  • Pemaju: Pan Sejati Development (M) Sdn Bhd
  • Tarikh Dijangka Siap: 2026-03-31
  • Bilangan Unit Dibuka: 892
  • Tarikh Buka Permohonan: 17 Apr 2024
  • Tarikh Tutup Permohonan: 16 Apr 2025

2. Residensi Wilayah (Desa Tasik) 902kps

Residensi Wilayah (Desa Tasik)

  • Nama Projek: Residensi Wilayah (Desa Tasik) 902kps
  • Jenis Kediaman: Pangsapuri
  • Pemaju: CONEFF CORPORATION SDN BHD
  • Tarikh Dijangka Siap: 31-12-2026
  • Bilangan Unit Dibuka: 717
  • Tarikh Buka Permohonan: 8 Feb 2024
  • Tarikh Tutup Permohonan: 31 Dec 2024

3. Residensi Wilayah (Desa Tasik) 908kps

Residensi Wilayah (Desa Tasik) 908kps

  • Nama Projek: Residensi Wilayah (Desa Tasik) 908kps
  • Nama Hartanah: Residensi Wilayah (Desa Tasik) 908kps
  • Jenis Kediaman: Pangsapuri
  • Pemaju: CONEFF CORPORATION SDN BHD
  • Tarikh Dijangka Siap: 2026-12-31
  • Bilangan Unit Dibuka: 193
  • Tarikh Buka Permohonan: 8 Feb 2024
  • Tarikh Tutup Permohonan: 31 Dec 2024

4. Residensi Padang

Residensi Padang

  • Nama Projek: Residensi Padang
  • Jenis Kediaman: Pangsapuri
  • Pemaju: 59 INC SDN BHD
  • Tarikh Dijangka Siap: 2026-06-30
  • Bilangan Unit Dibuka: 100
  • Tarikh Buka Permohonan: 26 Dec 2023
  • Tarikh Tutup Permohonan: 30 Jun 2024

5. Residensi J Satin (Fasa 2) - Block A & B

Residensi J Satin (Fasa 2) - Block A & B

  • Nama Projek: Residensi J Satin (Fasa 2) - Block A & B
  • Jenis Kediaman: Pangsapuri
  • Pemaju: JAYYID LAND SDN BHD
  • Tarikh Dijangka Siap: 2026-11-01
  • Bilangan Unit Dibuka: 1532
  • Tarikh Buka Permohonan: 17 Oct 2023
  • Tarikh Tutup Permohonan: 16 Sep 2024

6. Residensi Serina

Residensi Serina

  • Nama Projek: Residensi Serina
  • Jenis Kediaman: Pangsapuri
  • Pemaju: AMBER HOMES SRI PETALING SDN BHD
  • Tarikh Dijangka Siap: 2026-12-31
  • Bilangan Unit Dibuka: 661
  • Tarikh Buka Permohonan: 14 Jul 2023
  • Tarikh Tutup Permohonan: 30 Jun 2024

7. Residensi Max II

Residensi Max II

  • Nama Projek: Residensi Max II
  • Jenis Kediaman: Pangsapuri
  • Pemaju: Prominent Maxim Sdn Bhd
  • Tarikh Dijangka Siap: 2027-12-31
  • Bilangan Unit Dibuka: 604
  • Tarikh Buka Permohonan: 10 Jul 2023
  • Tarikh Tutup Permohonan: 31 May 2024

8. Residensi Desa Timur

Residensi Desa Timur

  • Nama Projek: Residensi Desa Timur
  • Jenis Kediaman: Pangsapuri
  • Pemaju: FITRAH RESOURCES SDN. BHD.
  • Tarikh Dijangka Siap: 2026-12-31
  • Bilangan Unit Dibuka: 1,218
  • Tarikh Buka Permohonan:18 May 2023
  • Tarikh Tutup Permohonan:17 May 2024

9. Residensi J Satin (Fasa 1)

Residensi J Satin (Fasa 1)

  • Nama Projek; Residensi J Satin (Fasa 1)
  • Jenis Kediaman: Pangsapuri
  • Pemaju: JAYYID LAND SDN BHD
  • Tarikh Dijangka Siap: 2027-01-29
  • Bilangan Unit Dibuka: 2,068
  • Tarikh Buka Permohonan:17 Jun 2022
  • Tarikh Tutup Permohonan: 30 Jun 2024

 

Artikel lain:

 

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Residensi Wilayah

RUMAWIP

affordable housing

Federal Territories

Kuala Lumpur

Putrajaya

Labuan

first-time buyers

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More