
Written by Fazrina Fezili
Ramai orang sekarang mula berminat dengan rumah lelong sebab harga dia memang jauh lebih rendah daripada pasaran. Bagi pembeli rumah pertama, memang nampak macam peluang besar untuk jimat puluhan ribu ringgit. Bagi pelabur pula, rumah lelong boleh jadi aset pelaburan yang lumayan kalau pandai pilih.
Tapi… hati-hati. Walaupun beli rumah lelong di Malaysia nampak macam jackpot, sebenarnya ada banyak risiko tersembunyi. Kalau tak buat homework betul-betul, apa yang nampak murah boleh bertukar jadi beban kewangan.
Untuk anda yang tengah survey nak beli rumah lelong, jom kita kupas 5 risiko utama rumah lelong dan apa yang anda boleh buat untuk elak rugi besar.

Dalam dunia rumah lelong Malaysia, semua rumah dijual dalam keadaan “as is, where is”. Maksudnya, rumah tu dijual seadanya. Anda beli apa yang ada depan mata, baik atau buruk, semua tanggungjawab anda.
Masalah yang biasa terjadi bila beli rumah lelong:
Yang susahnya, pembeli tak boleh masuk rumah untuk periksa keadaan dalaman sebelum bid. Jadi ramai terpaksa agak-agak dari luar. Dari luar nampak cantik, dalam mungkin macam “rumah hantu”.

Bila anda beli rumah sub-sale (biasa), tuan rumah lama kena setel semua bil dulu baru boleh pindah milik. Tapi rumah lelong lain ceritanya – kebanyakan bil lama akan jadi tanggungan pembeli baru.
Antara bil tertunggak yang selalu ada pada rumah lelong:
Ramai pembeli baru tersentak bila tahu mereka kena setelkan semua tunggakan ni. Kadang boleh cecah ribuan ringgit!

Menang bidaan rumah lelong tak bermaksud anda boleh terus dapat kunci. Ramai yang tak tahu, rumah lelong kadang masih berpenghuni macam tuan lama, penyewa, atau squatters.
Nak halau bukan senang sebab undang-undang Malaysia tak benarkan anda halau sendiri. Kalau cuba, anda boleh kena saman balik.
Masalah biasa bila rumah lelong berpenghuni:
Tak semua rumah lelong di Malaysia datang dengan geran yang jelas. Ada yang bawah master title, ada lease tinggal tak sampai 30 tahun, ada caveat, ada juga rumah Bumiputera lot.
Jenis masalah geran yang biasa bila beli rumah lelong:

Ini risiko paling ngeri bila beli rumah lelong. Lepas anda menang bid, kena bayar 10% deposit on the spot. Baki 90% kena setel dalam 90–120 hari. Kalau loan bank tak lulus, deposit tu memang confirm hangus.
Beli rumah lelong Malaysia memang boleh jadi peluang emas sebab harga bawah pasaran, ada potensi tinggi untuk untung kalau pandai renovate & jual semula. Tapi dalam masa sama, risiko dia memang bukan main-main.
Dari rumah rosak teruk, bil tertunggak ribuan ringgit, masalah penghuni tak nak keluar, geran bermasalah, sampai risiko loan kena reject dan deposit hangus – semua ni boleh jadi nightmare kalau anda tak buat homework.
Jadi sebelum masuk apa-apa bidaan rumah lelong, pastikan anda:
Kalau anda betul-betul bersedia, beli rumah lelong boleh jadi jalan pintas untuk dapat rumah idaman dengan harga murah atau jadi pelaburan hartanah yang berbaloi.
Artikel Lain: