Loading Property Genie

8 Tips Ruang Solat Tarawih 2024 Yang Selesa di Rumah

HOME RENOVATION

Written by Fazrina Fezili

Selain dari pengalaman bazar Ramadhan yang dinanti-nanti, solat tarawih berjemaah di bulan Ramadhan merupakan suatu nikmat yang tak ternilai bagi umat Islam. Namun, buat sesiapa yang tidak mempunyai peluang untuk menghadiri solat tarawih di masjid atau surau, solat terawih di rumah adalah pilihan yang lain buat anda. Tapi, anda kena pastikan yang ruang tarawih di rumah tu bersesuai barulah tarawih tu lebih bermakna dan dapat jadikan pengalaman yang indah. Jadi, saranan kami penting untuk anda mencipta atau buatkan satu sudut menjadi ruang solat yang sesuai di rumah. Barulah bila nak beribadah tu jadi lebih bersemangat dan boleh tingkatkan lagi kekhusyukan solat.

Selain daripada solat tarawih, bulan Ramadan juga membuka peluang untuk kita mengejar pahala dengan buat ibadah-ibadah tambahan seperti qiamullail, tadarus Al-Quran, serta sesi tazkirah bersama keluarga. Ia adalah waktu yang berharga untuk merapatkan hubungan dengan Allah dan keluarga dalam suasana yang penuh keselesaan dan ketenangan.

Namun, sebelum kita mula menjalankan ibadah-ibadah tersebut, adalah baik untuk memastikan bahawa kita mengetahui arah kiblat dengan tepat. Walaupun mungkin anda dah tahu pun, tapi apa salahnya ulang balik. Jadi, jom belajar tiga cara mudah dulu untuk menentukan arah kiblat, sebagai langkah awal dalam memastikan ibadah kita dilakukan dengan penuh ketenangan dan khusyuk.

 3 Cara Tentukan Arah Kiblat Dengan Tepat

Sebelum mulakan ibadah, perkara wajib yang perlu anda lakukan untuk menyiapkan ruang solat adalah dengan menentukan arah kiblat yang tepat dengan yakin.

Menurut empat Mazhab utama iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali, menghadap kiblat adalah syarat sah dalam menjalankan solat. Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin menjalankan solat wajib atau solat sunat, haa tu termasuk jugalah solat terawih di rumah sempena bulan Ramadan ini, adalah penting untuk anda yakin dengan arah kiblat tau. Ingat! Syarat sah solat semestinya mengetahui arah kiblat.

Untuk menentukan arah kiblat, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan:

  1. Kaedah tradisional atau Istiwa A'adzam
    • Mengambil kira pergerakan matahari pada dua tarikh tertentu dalam setahun, iaitu pada 28 Mei (5.16 petang) dan 16 Julai (5.28 petang) untuk tahun-tahun biasa seperti 2021 dan 2022. Tarikh ini dipilih kerana pada ketika itu, bayangan benda tegak pada permukaan bumi akan menjadi minimum.
    • Bagi tahun lompat seperti 2020, 2024, dan 2048, tarikhnya adalah pada 27 Mei (5.16 petang) dan 15 Julai (5.28 petang).
  2. Kaedah kompas kiblat
    • Mengambil kira maklumat geofizik dan geodetik terkini.
    • Merujuk kepada nombor indeks negara untuk mendapatkan arah kiblat yang tepat.
    • Tidak disarankan untuk menggunakan kaedah ini di dalam bangunan kerana kemungkinan terdapat gangguan tarikan magnetik.
  3. Kaedah aplikasi telefon pintar
    • Aplikasi telefon pintar yang boleh membantu menentukan arah kiblat dengan mudah.
    • Salah satu contohnya adalah aplikasi MySolat yang dibangunkan oleh JAKIM.
    • Aplikasi ini bukan saja menyediakan arah kiblat, tetapi juga waktu solat, doa, dan zikir, memudahkan anda dalam melaksanakan ibadah dengan lebih baik. 

Dengan menggunakan salah satu dari kaedah-kaedah tersebut, anda dapat memastikan bahawa arah kiblat yang digunakan semasa bersolat di rumah adalah tepat, menjadikan setiap ibadah yang dilakukan lebih bermakna dan diterima di sisi Allah SWT.

 

Cara Solat Tarawih Di Rumah Sendiri! 

Walaupun lebih afdhal untuk menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid atau surau, tapi bila keadaan pun tidak mengizinkan, anda masih boleh menunaikan solat tarawih sendirian atau berjemaah di rumah sendiri. Solat tarawih dilakukan selepas solat fardu Isyak dan sunat ba'diah, iaitu solat sunat dua rakaat selepas Isyak. Walaupun dilakukan di rumah sendiri, bilangan rakaat yang dilakukan masih sama dengan solat terawih berjemaah di masjid atau surau, iaitu antara 8 hingga 20 rakaat, bergantung kepada kemampuan masing-masing.

Untuk panduan lengkap solat terawih termasuk surah yang boleh dibaca, anda boleh merujuk kepada panduan Solat Tarawih yang dikeluarkan oleh JAKIM. Panduan ini menyediakan segala maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan solat tarawih dengan sempurna di rumah sendiri. Jadi, artikel hari ini kami akan kongsikan 8 tips mudah untuk membina ruang solat tarawih yang selesa di rumah.

1. Saiz Ruang Solat yang Sesuai

Saiz Ruang Solat yang Sesuai

Untuk memastikan keselesaan semasa melaksanakan solat di rumah, penting untuk anda menetapkan saiz ruang yang sesuai untuk dijadikan ruang solat. Anda perlu menitikberakan jumlah ahli keluarga yang akan solat berjemaah bersama.

Buat mereka yang mempunyai ruang yang terhad, tidak perlu bimbang, terdapat panduan nisbah yang boleh diikuti untuk menyesuaikan ruang solat. Saranan yang diberikan adalah untuk setiap individu, cukup sekadar keluasan 70cm x 140cm. Ini bermakna jika anda solat seorang diri, ruang solat yang diperlukan adalah sebesar itu.

Bagi keluarga yang terdiri daripada tiga orang, keluasan yang disyorkan adalah sekitar 2.5 meter x 4 meter. Dengan menyesuaikan saiz ruang solat mengikut jumlah ahli keluarga, diharapkan setiap individu dapat merasa selesa ketika melaksanakan solat berjemaah di rumah.

Jadi, walaupun ruang di rumah anda mungkin terhad, dengan mengikut panduan nisbah ini, anda masih boleh menikmati pengalaman solat tarawih bersama-sama secara lebih selesa dan akrab. Biarlah ruang solat di rumah menjadi tempat yang penuh berkat dan penuh keberkatan bagi seluruh keluarga anda.

2. Pastikan Ruang Solat Mengarah Kiblat

Pastikan Ruang Solat Mengarah Kiblat

Untuk menjadikan ruang solat di rumah anda lebih efektif, penting untuk memastikan ruangan tersebut terus menghadap ke arah kiblat. Arah kiblat sebaiknya terletak pada dinding hadapan ruangan, di mana tidak ada gangguan daripada lalu lintas orang atau gangguan lain, serta sebaiknya tidak mengadap ke bilik air.

Jika keadaan tidak memungkinkan untuk menghadapkan ruang solat terus ke arah kiblat, anda boleh membuat pembahagian di antara ruang solat dan laluan untuk berjalan. Ini akan memastikan bahawa ruang solat tetap memberikan keselesaan dan ketenangan semasa beribadah, tanpa gangguan daripada aktiviti luar.

Selain itu, apabila memilih bilik atau ruangan untuk ruang solat, pastikan arah kiblatnya tidak betul-betul berhadapan dengan pintu utama atau pintu bilik. Hal ini penting terutamanya semasa menjalankan solat terawih di rumah yang mungkin memakan masa agak lama. Dengan menghindari gangguan-gangguan tersebut, anda dapat memastikan fokus dan khusyuk semasa beribadah di rumah.

3. Minimumkan Perabot

Minimumkan Perabot

Ruangan solat tidak memerlukan banyak perabot untuk memberikan keselesaan dan khusyuk semasa beribadah. Cukup hanya sekadar menyediakan beberapa peralatan asas seperti tempat gantungan sejadah, telekung, kain pelikat, tempat letak Al-Quran dan buku-buku keagamaan dan rehal.

Perabot-perabot ini boleh diletakkan di bahagian tepi atau belakang tempat berdiri solat, atau membelakangi kiblat. Selain itu, anda juga boleh menyediakan kerusi kecil bagi sesiapa yang memerlukan untuk solat duduk.

Pastikan perabot-perabot yang disediakan bersaiz kecil dan sederhana, agar mudah diambil dan tidak mengganggu ruang gerak semasa beribadah dan mengaji. Dengan cara ini juga, ruangan solat anda akan kelihatan lebih kemas dan tersusun.

4. Pemilihan Warna Yang Lembut

Pemilihan Warna Yang Lembut

Kebiasaanya, tempat ibadah seringkali menggunakan warna-warna yang tenang seperti putih, hijau muda, atau biru muda. Warna-warna ini bukan saja memberikan ciri yang menenangkan tetapi juga menyejukkan pandangan mata. Anda juga boleh menggunakan warna-warna pastel untuk memberikan kesan yang berbeza dalam ruang solat anda.

Ingat! Penting untuk anda elakkan memilih warna yang terlalu terang atau panas seperti hitam dan merah terang. Secara psikologinya, warna-warna ini dikaitkan dengan emosi yang keras dan dramatik, yang boleh mengganggu ketenangan semasa beribadah. Dalam konteks beribadah, suasana yang tenang dan damai adalah yang diutamakan. Selain itu, elakkan juga dari menggunakan kombinasi warna yang kontras, kerana ia boleh mengganggu pandangan mata anda dan mengurangkan fokus semasa beribadah.

Dengan mengambil kira pemilihan warna yang sesuai, anda dapat mencipta suasana yang selesa dan tenang dalam ruang solat anda. Ini akan membantu memastikan bahawa ketika menjalankan solat tarawih di rumah, hati anda dapat merasa senang dan tenteram dalam beribadah disamping beribadah dengan lebih khusyuk.

5. Penggunaan Karpet/Sejadah Yang Tebal

Penggunaan Karpet/Sejadah Yang Tebal

(Photo by Metro)

Jika anda mempunyai bajet yang lebih besar, lebih baik untuk memilih karpet jenis yang tebal untuk ruang solat anda yang dapat membantu berikan keselesaan yang berpanjangan. Lebih-lebih lagi bila ada duduk terlalu lama ketika mengaji, sujud atau ketika mengadakan sesi tazkirah. 

Karpet yang tebal juga dapat membantu mengurangkan keletihan sekiranya duduk terlalu lama. Kami syorkan untuk memilih karpet yang plain tanpa sebarang corak atau bersaiz sederhana. Sekiranya ingat bercorak, pastikan corak tidak terlalu besar atau mempamerkan corak haiwan dan sebagainya sehingga boleh mengganggu anda ketika beribadah.

Bagi sesetengah individu yang mungkin tidak selesa dengan karpet yang besar, memilih sejadah yang tebal dan berkualiti adalah alternatif yang baik. Sejadah yang tebal dan empuk dapat memberikan keselesaan yang sama, terutamanya bagi orang tua atau yang mempunyai masalah kesihatan. Duduk atau bersujud di atas sejadah yang empuk dapat memberikan rasa selesa yang sama seperti ketika berada di masjid, membolehkan anda merasai kepuasan semasa menjalankan solat terawih di rumah.

Dengan memilih karpet atau sejadah yang sesuai, anda dapat meningkatkan keselesaan semasa beribadah di rumah dan merasakan pengalaman yang hampir sama seperti di masjid.

6. Cahaya & Udara Dalam Ruang Solat

Cahaya & Udara Dalam Ruang Solat

Pencahayaan dan pengudaraan merupakan salah satu elemen penting dalam ruang solat. Dalam membenarkan cahaya dan udara semulajadi masuk ke dalam ruang solat, iadapat memberikan suasana yang lebih nyaman dan menyegarkan semasa beribadah.

Jika ruang solat anda tidak mempunyai akses kepada cahaya dan udara semulajadi, anda boleh memasang hiasan lampu yang sesuai untuk memberikan cahaya yang mencukupi. Penggunaan lampu yang cerah dan tepat akan membantu meningkatkan keselesaan semasa beribadah. Selain itu, penggunaan kipas juga penting untuk mengalirkan udara di dalam ruang solat, menjadikannya lebih selesa dan menyegarkan ketika melaksanakan ibadah atau mengaji Al-Quran.

7. Ruang Solat Dengan Gaya Yang Minimalist

Minimalist

Untuk hiasan ruang solat, kami sarankan untuk gunakan gaya yang minimalist agar tidak terlalu sarat dan sesak dalam ruang yang terhad.

Sebagai contoh, anda boleh meletakkan karya seni keagamaan seperti gambar Kaabah atau khaligrafi khat ayat suci Al-Quran. Seni khat yang menggambarkan nama Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW juga merupakan pilihan yang sesuai. Selain itu, menambah cermin bersaiz sederhana juga boleh memberikan sentuhan elegan kepada ruang solat.

Gaya hiasan yang simple dapat meningkatkan khusyuk dalam solat serta membantu anda lebih tenang ketika beribadah.

8. Letakkan Haruman di Ruang Solat

Letakkan Haruman di Ruang Solat

 

Tambahkan elemen wangian yang lembut dan menyegarkan dalam ruang solat juga merupakan satu lagi cara untuk meningkatkan keselesaan semasa beribadah. Wangian yang lembut dapat menciptakan suasana yang lebih menyenangkan dan menenangkan ketika melaksanakan solat di ruangan tersebut. 

Anda boleh memilih wangian yang sesuai dengan citarasa anda, seperti haruman bunga atau aroma herba yang segar. Selain daripada itu, memilih air purifier yang bersifat terapeutik juga merupakan pilihan yang baik.

Air purifier dapat membersihkan udara dari debu dan kotoran, serta mengeluarkan aroma yang menyegarkan dan menenangkan. Ini sesuai dengan ajaran Islam yang menyarankan agar tempat solat selain dari bersih, juga mempunyai haruman yang menyenangkan untuk meningkatkan keselesaan semasa beribadah.

 

Mewujudkan ruang solat khas di rumah memberikan peluang yang luas untuk meningkatkan kualiti ibadah anda dan keluarga. Anda tidak perlu meluangkan ruang yang besar; cukup dengan ruang yang mencukupi untuk anda dan keluarga beribadah dengan selesa.

Selain memberikan keselesaan fizikal, mewujudkan ruang solat di rumah juga memperkukuh hubungan kekeluargaan. Ia menjadi platform yang baik untuk melatih anak-anak dalam amalan solat berjemaah sejak usia muda. Di samping itu, ruang solat di rumah membolehkan anda beribadah dengan lebih tenang, bebas dari gangguan seperti televisyen atau bunyi bising dari luar.

Lebih penting lagi, beribadah dalam suasana yang selesa di rumah membantu menjamin kesejahteraan hidup spiritual dan emosi anda. Anda dapat merasakan ketenangan dan khusyuk yang lebih dalam semasa melaksanakan ibadah, membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada seluruh keluarga.

Semoga Ramadhan 2024 membawa berkat dan keberkatan kepada kita semua!

 

Artikel lain:

 

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

solat tarawih di rumah

menentukan arah kiblat

panduan solat tarawih

ruang solat

ramadhan 2024

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!