Plan nak beli rumah RM500K kat Malaysia? Banyak perkara kena consider, gaji minima pinjaman rumah, kelayakan loan rumah, cara kira DSR, dan tips beli rumah pertama.
Ramai tersilap bila cuma tengok harga unit tanpa ambil kira kos bulanan, interest rate loan, duti setem dan yuran guaman. lengkap dengan syarat loan bank, kalkulator pinjaman rumah, cara mohon loan rumah, sampai insurans MRTA Malaysia.
Anggaran Pinjaman Rumah RM500K

Kita ambil contoh situasi paling biasa:
- Harga rumah RM500,000
- Down payment 10% (RM50,000)
Jadi baki loan RM450,000. Bank Negara Malaysia pada Jun 2025 masih mengekalkan OPR pada 3.00%, jadi Base Rate (SBR) pula sekitar 3.00% setahun. Kebanyakan bank tawarkan floating rate antara 3.5% hingga 4.5% p.a. untuk pinjaman 35 tahun. Dengan kadar ini, anggaran bayaran bulanan ialah sekitar RM2,000.
Apa Itu DSR Malaysia dan Mengapa Penting
Debt Service Ratio (DSR) ialah nisbah jumlah bayaran hutang bulanan berbanding gaji bersih.
DSR = (Jumlah Bayaran Hutang Bulanan ÷ Gaji Bersih Bulanan) × 100%
Bank Negara & bank-bank komersil syorkan DSR ≤ 40%, tapi untuk first-time buyer, cuba sasarkan 30–35% supaya kewangan tak tersekat. Hutang termasuk:
- Ansuran rumah
- Ansuran kereta
- PTPTN / pinjaman pendidikan
- Kad kredit & personal loan
Baca lagi tentang - Cara Pengiraan DSR Untuk Beli Rumah (Formula Mudah DSR)
Gaji Bersih dan Kasar Diperlukan Untuk Pinjaman Rumah RM500K
| Had DSR |
Gaji Bersih Diperlukan |
Anggaran Gaji Kasar |
| 30% |
RM6,667 |
RM8,000 – RM8,500 |
| 35% |
RM5,715 |
RM7,000 – RM7,500 |
| 40% |
RM5,000 |
RM6,000 – RM6,500 |
Untuk pastikan bayaran bulanan RM2,000 tu berada dalam DSR selamat, korang boleh rujuk jadual kat atas. Kalau apply seorang diri (single income), focus pada angka ni. Kalau gaji bersih bawah RM5,000, ada baiknya join pendapatan pasangan atau letak deposit lebih tinggi.
Contoh Kira-Kira DSR
DSR = (RM2,000 ÷ RM6,667) × 100% ≈ 30%
Maknanya, kalau gaji bersih RM6,667, DSR ~30% — dalam lingkungan selamat.
Single vs. Dual Income Buyer
- Single income buyer perlu pastikan gaji bersih cukup untuk tampung DSR. Contohnya gaji bersih RM6,700 untuk target 30% DSR. Jika bawah RM5,000, bank mungkin reject kecuali ada collateral tambahan atau deposit lebih besar.
- Dual income buyer pula lebih mudah: dua-dua gaji bersih RM3,500 (total RM7,000) → ansuran rumah RM2,000 cuma guna 29% daripada pendapatan bersama — sangat selamat dalam DSR Malaysia.
DSR lebih rendah → lebih mudah lulus kelayakan loan.
Kos Awal & Pengecualian Duti Setem Pinjaman Rumah RM500K
Selain down payment RM50,000, korang perlu sediakan kira-kira RM60,000–RM70,000 untuk:
Duti Setem
- Sale & Purchase: RM9,000 (1%+2%)
- Loan Agreement: RM2,250 (0.5%)
- Pengecualian 100% untuk first-time buyer bawah RM500K sehingga 31 Disember 2025.
Yuran Guaman
- Anggaran 1%–1.5% daripada harga rumah (~RM6,250).
Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)
- atau takaful plus yuran penilaian ~RM500.
- Kira-kira 0.3%–0.4% setahun.
Valuation Fee
- Lebih kurang RM300–RM500.
Fi agent atau fi
- sebarang caj pentadbiran bank.
Maintenance & Utilities (Untuk Strata)
- Condo: RM250–RM500 sebulan.
- Cukai pintu & tanah, bil air/lektrik/internet.
Interest Rate Pinjaman Rumah 2025
- OPR Malaysia (Jun 2025): 3.00%
- Base Rate / BLR: ambil kira OPR + margin bank.
- Floating Rate: antara 3.5%–4.5% p.a. bergantung profil kredit.
Promosi pinjaman:
- 0% cashback / waivers yuran guaman untuk customer terawal.
- My First Home Scheme-i (BSN/Bank Rakyat): profit rate ~4.5% p.a. untuk first-time buyer.
7 Pilihan Rumah Bawah RM500K di KL
1. Putra Majestik Condo @ Jalan Ipoh

- Price: RM400,000 (Below bank value RM60K)
- Size: 1,020 sqft | 3R2B | Corner Unit
- Freehold, Non-Bumi
- Partly Furnished
- Facilities: 1 car park, NE city view
- Nearby: 700m to MRT Sentul Barat
2. The Birch Service Apartment, Sentul

- Price: RM490,000 (Negotiable)
- Size: 668 sqft | 2R2B | Level 26
- Freehold, Strata ready
- 1 Covered Parking
- Maintenance: RM260/month
- Rental Potential: RM2,000+
- Nearby: 700m to MRT
3. The One Bukit Ceylon (Ramada KLCC)

- Price: RM450,000 (Negotiable, below bank value)
- Size: 411 sqft | Studio
- Fully Furnished
- Freehold
- With Balcony, Level 22
- Nearby: 550m to Monorail Raja Chulan
4. Sri Putramas 1 Condominium, Jalan Kuching

- Price: RM495,000 (Negotiable)
- Size: 1,050 sqft | 3R2B
- Freehold, Strata title
- Renovated, partly furnished
- Facilities: Pool, gym, tennis, parking
- Nearby: Mont Kiara, KTM, malls, schools
5. Vista Sentul Residence

- Price: RM450,000 (Negotiable, MV RM480K)
- Size: 958 sqft | 3R2B | Corner Unit
- Freehold, Non-Bumi
- Fully Equipped (Air-cond, heater), 2 car parks
- Facilities: Full condo amenities including pool, gym, library, etc.
- Nearby: Sentul Park, schools, mosque, HKL
6. Arte Mont Kiara

- Price: RM460,000 (Negotiable)
- Size: 442 sqft | 1R1B + Powder Room
- Freehold, Fully Furnished
- 1 Carpark
- Nearby: Publika, Mont Kiara schools, major highways
7. Changkat View Condominium, Dutamas

- Price: RM480,000
- Size: 1,098 sqft | 3R2B
- Fully Furnished
- 24-Hr Security, 1 covered carpark
- Nearby: Publika, Mont Kiara, highways, intl. schools
Dengan maklumat lengkap tentang gaji diperlukan beli rumah RM500K, pinjaman rumah 2025, skim pengecualian duti setem, DSR Malaysia dan interest rate pinjaman rumah 2025, korang dah boleh buat perancangan kewangan yang mantap. Semoga jumpa rumah impian yang paling ngam dengan bajet!
Artikle Lain: