Loading Property Genie

Cara Pengiraan DSR Untuk Beli Rumah (Formula Mudah DSR)

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Bila nak dapatkan pinjaman perumahan anda mesti tahu ada 3 faktor yang diambil kira oleh bank sebelum meluluskan permohonan pinjaman anda. Antara faktor penting tersebut ialah CTOS, CCRIS, dan DSR. Untuk artikel kali ini, jom kita fahami secara mudah apa itu DSR dan bagaimana cara mudah untuk fahami dan kira sendiri DSR.

Sebelum kita membincangkan tentang DSR, mari kita fahami sedikit tentang CTOS dan CCRIS.

1. CTOS (Credit Tip-Off Service)

CTOS adalah sistem maklumat kredit yang menyimpan rekod mengenai latar belakang kredit seseorang individu atau syarikat. Bank akan memeriksa laporan CTOS untuk menilai sejarah kredit anda sebelum meluluskan pinjaman.

2. CCRIS (Central Credit Reference Information System)

CCRIS adalah sistem yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia yang menyimpan maklumat kredit semua peminjam. Rekod CCRIS menunjukkan segala pinjaman yang anda ada, sama ada pinjaman peribadi, kad kredit, atau pinjaman perumahan, dan sejarah pembayaran balik pinjaman tersebut.

Apa Itu Debt Service Ratio (DSR)?

Cara kira DSR

DSR atau Debt Service Ratio atau Nisbah Khidmat Hutang adalah nisbah yang menunjukkan peratusan pendapatan bulanan yang digunakan untuk membayar hutang. Dalam bahasa mudah, Ia digunakan oleh bank untuk menentukan kemampuan anda membayar balik pinjaman dan menunjukkan berapa banyak pendapatan bulanan anda yang digunakan untuk membayar hutang seperti pinjaman kereta, rumah, kad kredit, dan lain-lain.

Kenapa DSR Penting?

Bank menggunakan DSR untuk menilai risiko apabila anda memohon pinjaman dan menilai kemampuan anda meminjam dan membayar balik pinjaman.

Jika DSR terlalu tinggi, bank mungkin melihat anda sebagai peminjam berisiko tinggi dan semakin rendah DSR anda, semakin tinggi peluang anda untuk mendapatkan pinjaman kerana ia menunjukkan anda mempunyai pendapatan yang cukup untuk menampung hutang baru.

Bagaimana Cara Mengira DSR?

Cara kira DSR sangat mudah. Anda hanya perlukan dua maklumat iaitu, jumlah komitmen bulanan dan jumlah pendapatan bulanan. Komitmen bulanan merujuk kepada semua pembayaran hutang bulanan anda seperti ansuran rumah, kereta, dan pinjaman lain yang tercatat dalam rekod CCRIS.

Formula Mudah DSR:

DSR =(Jumlah Komitmen Bulanan / Pendapatan Bersih Bulanan) Γ— 100%

Contoh:

  • Pinjaman Kereta: RM500
  • Pinjaman PTPTN: RM150
  • Kad Kredit: RM100
  • Jumlah Komitmen Bulanan: RM750

Kira Pendapatan Bersih Bulanan Pendapatan bersih adalah gaji selepas ditolak semua potongan seperti EPF, Socso, dan cukai pendapatan.

Contoh:

  • Gaji Kasar: RM3,000
  • Potongan Bulanan: RM500
  • Pendapatan Bersih: RM3,000 - RM500 = RM2,500

Contoh Pengiraan DSR:

Katakan anda mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM3,000, pendapatan bulanan bersih RM2,500 dan jumlah komitmen bulanan anda adalah RM750. Maka,

𝐷𝑆𝑅 = (750/2,500) Γ— 100%
𝐷𝑆𝑅 = 30%

Ini bermakna 30% daripada pendapatan bulanan anda digunakan untuk membayar hutang.

Berapa DSR yang Diterima Bank?

Setiap bank mempunyai had DSR yang berbeza, tetapi biasanya ia sekitar 60-70%. Ini bermakna jika DSR anda lebih rendah daripada had yang ditetapkan, peluang anda untuk mendapatkan pinjaman adalah lebih tinggi.

Contoh 1 Pengiraan DSR:

  • Pendapatan Bersih: RM3,000
  • Komitmen Bulanan: RM950

𝐷𝑆𝑅 = (950/3,000) Γ— 100%
𝐷𝑆𝑅 = 31.67%

DSR kurang dari 60%, jadi permohonan pinjaman mungkin diluluskan.

Contoh 2 Pengiraan DSR:

  • Pendapatan Bersih: RM5,000
  • Komitmen Bulanan: RM3,750

𝐷𝑆𝑅 = (3,750/5,000) Γ— 100%
𝐷𝑆𝑅 = 75%

DSR lebih dari 60%, jadi permohonan pinjaman mungkin ditolak.

Cara Menurunkan Debt Service Ratio (DSR)

dsr

1. Kurangkan Hutang

Selesaikan hutang-hutang kecil anda secepat mungkin. Ini termasuk pinjaman peribadi, kad kredit, atau pinjaman kenderaan. Dengan mengurangkan jumlah komitmen bulanan, anda boleh menurunkan DSR anda.

Cara lain anda boleh gunakan teknik Avalanche di mana anda memfokuskan bayar kepada hutang mempunyai kadar faedah yang besar dahulu.

2. Tingkatkan Pendapatan

Cari cara untuk menambah pendapatan anda, seperti kerja sambilan atau pelaburan. Pendapatan tambahan ini boleh digunakan untuk membayar hutang atau meningkatkan jumlah pendapatan bulanan anda, seterusnya menurunkan DSR anda.

3. Mohon Pinjaman yang Sesuai

Jangan memohon pinjaman yang melebihi kemampuan anda. Pastikan anda memahami had kemampuan kewangan anda sebelum memohon pinjaman. Ini termasuk mengambil kira kos tersembunyi seperti insurans, cukai tanah, dan penyelenggaraan rumah.

  • Kos Tersembunyi: Selain ansuran bulanan, pembeli rumah perlu ambil kira kos tersembunyi seperti insurans, cukai tanah, dan penyelenggaraan. Kos-kos ini boleh menambah beban kewangan dan mempengaruhi DSR anda.
  • Lokasi Hartanah: Lokasi memainkan peranan penting dalam menentukan nilai hartanah. Hartanah di kawasan strategik biasanya lebih mahal tetapi mempunyai potensi pelaburan yang lebih tinggi. Pastikan anda memilih lokasi yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan anda.
  • Kelayakan Pinjaman: Pastikan anda memahami syarat-syarat bank sebelum memohon pinjaman. Setiap bank mempunyai polisi DSR yang berbeza. Ada bank yang lebih fleksibel dengan had DSR yang lebih tinggi, manakala ada yang lebih ketat.
Loan Calculator

4. Runding dengan Bank

Jika DSR anda hampir melebihi had yang ditetapkan oleh bank, cuba runding dengan bank untuk mendapatkan pakej pinjaman yang lebih fleksibel. Ada sesetengah bank yang menawarkan tempoh bayaran balik yang lebih panjang atau kadar faedah yang lebih rendah.

5. Semak Rekod Kredit

Pastikan rekod kredit anda bersih dan bebas daripada sebarang tunggakan atau hutang lapuk yang boleh menjejaskan rekod CCRIS atau CTOS anda. Rekod kredit yang baik boleh membantu anda mendapatkan pinjaman dengan syarat yang lebih baik.

Jika anda tiada sejarah kredit, anda disarankan untuk bina skor kredit bermula dari sekarang sebab ia penting dan akan membantu anda untuk mohon sebarang pinjaman pada masa hadapan seperti pinjaman rumah atau pinjaman kereta. Cara paling mudah adalah memohon kad kredit.

6. Buktikan ada simpanan

Pihak bank suka kepada mereka yang mempunyai simpanan. Individu yang mempunyai simpanan dianggap sebagai berisiko rendah kerana mereka mampu untuk menunjukkan bahawa mereka mempunyai kewangan yang kukuh.

Ini termasuk semua jenis fix-deposit, dana, bon, dan lain-lain. Simpan semua dokumen sehingga tarikh mengemukakan permohonan pinjaman anda. Pinjaman masih boleh ditolak jika anda tidak memberikan dokumentasi yang diperlukan.

7. Tangguh ASB Financing

Jika anda bercadang untuk membeli rumah dalam masa terdekat, pastikan rekod CCRIS anda dalam keadaan baik. Salah satu cara untuk memastikan rekod CCRIS yang baik adalah dengan menangguhkan sebarang pelaburan atau pinjaman lain, seperti Amanah Saham Bumiputera Financing (ASBF), sehingga proses pembelian rumah selesai. Dengan cara ini, anda boleh memastikan rekod kredit anda bersih dan Debt Service Ratio (DSR) anda berada pada tahap yang ideal.

Soalan Lazim

DSR

1. Apa itu DSR dalam kewangan?

DSR atau Debt Service Ratio adalah nisbah hutang kepada pendapatan yang digunakan oleh bank untuk menentukan kemampuan anda membayar balik pinjaman.

2. Bagaimana DSR dikira?

DSR dikira dengan membahagikan jumlah komitmen bulanan kepada pendapatan bulanan dan didarabkan dengan 100%. Contohnya, jika pendapatan bulanan anda RM4,000 dan komitmen bulanan RM1,200, DSR anda adalah 30%.

3. Apakah DSR yang baik di Malaysia?

DSR yang baik biasanya di bawah 60-70%, bergantung kepada polisi bank. Semakin rendah DSR anda, semakin tinggi peluang anda untuk mendapatkan pinjaman.

4. Adakah DSR yang tinggi baik?

Tidak, DSR yang tinggi menunjukkan bahawa sebahagian besar pendapatan anda digunakan untuk membayar hutang, yang mungkin menandakan risiko kewangan yang lebih tinggi. Bank cenderung untuk menolak permohonan pinjaman dengan DSR yang terlalu tinggi.

Untuk meningkatkan peluang mendapatkan pinjaman, pastikan DSR anda berada di bawah had yang ditetapkan oleh bank. Pastikan anda menurunkan DSR bawah 60% dan pastikan kewangan anda dalam keadaan baik sebelum memohon pinjaman, terutamanya bagi pembelian hartanah yang melibatkan jumlah besar dan tempoh bayaran panjang.

Lihat hartanah di sini!

Semoga artikel ini membantu anda memahami konsep DSR dengan lebih jelas!

Artikel Lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

pinjaman perumahan

CTOS

CCRIS

DSR

Debt Service Ratio

cara pengiraan

dsr formula

gaji bersih

gaji kasar

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!