Loading Property Genie

Maksud B40 M40 T20 Dan Skim Perumahan Kerajaan 2024

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Setiap rakyat Malaysia, mesti akan ada keinginan untuk miliki rumah sendiri, tapi yang jadi penghalang tu tak lain tak bukan mesti atas dasar diluar kemampuan atau masih lagi tak mampu untuk beli rumah sendiri khususnya buat golongan B40 dan M40 ni.

Bila sebut tentang golong pendapatan di Malaysia, mesti ramai dah mula faham yang kumpulan pendapat di Malaysia dibahagikan kepada tiga kumpulan pendapatan iaitu: B40, M40 dan T20. Setiap golongan pendapatan biasanya dikira dari segi kuasa memperoleh pendapatan. Teruskan membaca untuk faham tentang satu per satu kumpulan pendapatan B40, M40 dan T20.

Kategori Kelas Pendapatan B40 M40 dan T20 di Malaysia

B40, M40, dan T20 merujuk kepada klasifikasi kelas pendapatan isi rumah di Malaysia iaitu:

  • B40 mewakili 40% pendapatan terendah,
  • M40 mewakili 40% pendapatan pertengahan,
  • T20 mewakili 20% pendapatan isi rumah paling tinggi di Malaysia.

Berikut adalah pecahan kategori dibuat berdasarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah & Kemudahan Asas dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia:

1. Kategori Pendapatan Golongan B40

  • B1: Bawah RM2,500
  • B2: RM2,501-RM3,169
  • B3: RM3,170-RM3,969
  • B4: RM3,970-RM4,849

Ringkasan B40: Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan di bawah RM4,850

2. Kategori Pendapatan Golongan M40

  • M1: RM4,850-RM5,879
  • M2: RM5,880-RM7,099
  • M3: RM7,110-RM8,699
  • M4: RM8,700-RM10,959

Ringkasan M40: Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan antara RM4,851 hingga RM10,970

3. Kategori Pendapatan Golongan T20

  • T1: RM10,961-RM15,039
  • T2: RM15,040 ke atas

Ringkasan T20: Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan RM10,971 dan ke atas

Median Pendapatan Isi Rumah B40 M40 dan T20 Setiap Negeri di Malaysia

Rakyat Malaysia dikelaskan dalam kumpulan pendapatan masing-masing, mengikut median pendapatan bulanan setiap isi rumah. Namun begitu, median pendapatan isi rumah mesti berbeza di setiap negeri.

Median Pendapatan Isi Rumah B40 M40 dan T20 Setiap Negeri

(Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah 2022 (Malaysia & Negeri - Kemaskini siaran 28 Julai 2023)

Median Pendapatan Isi Rumah setiap Negeri tertinggi dinyatakan dalam laporan DOSM, iaitu W.P. Kuala Lumpur ( RM10,234,), W.P. Putrajaya (RM10,0565) dan Selangor (RM9,983). Manakala, median pendapatan terendah di peringkat negeri adalah Kelantan (RM3,614), Kedah (RM4,402) dan Perak (RM4,494).

Jadi, jika di bandingkan pendapatan median di Kelantan mungkin cukup, tetapi sekiranya anda menetap di Kuala Lumpur untuk isi rumah dengan saiz yang sama, berkemungkinan anda perlu mencari kerja tambahan bagi menampung kos perbelanjaan.

Skim Perumahan Bagi Kumpulan Pendapatan B40 dan M40

Dengan agihan kumpulan pendapatan ini, ia bertindak sebagai asas untuk pelbagai inisiatif kerajaan dan salah satunya adalah membantu setiap golongan dapat miliki rumah sendiri dengan skim perumahan.

Skim perumahan B40 dan M40

Bantuan Skim Perumahan B40 dan M40

1. Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) - B40

  • Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 atau berpendapatan rendah 
  • Klik di sini untuk baca lebih lanjut Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR) 2024 Online
  • Laman web rasmi: https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/

2. Skim Perumahan Rent to Own (RTO)

  • Rent To Own Scheme (RTO) ini, adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah pertama pada harga mampu milik. 
  • Klik di sini untuk baca lebih lanjut Exploring the Rent to Own Program in Malaysia for 2024

3. Skim Perumahan eRumah Johor

  • eRumah Johor adalah sistem permohonan perumahan negeri secara atas talian yang menawarkan Rumah Mampu Milik Johor / Rumah Mampu Biaya Johor bagi meringankan beban rakyat negeri Johor yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah idaman dengan harga yang berpatutan.
  • Klik di sini untuk baca lebih lanjut eRumah Johor: Cara Mohon Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) 2024

4. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

  • Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah Sebuah skim yang bertujuan membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau bergaji kecil untuk membeli rumah dan golongan yang susah mendapatkan pembiayaan/pinjaman daripada institusi kewangan biasa. 
  • Klik di sini untuk baca lebih lanjut Cara Mohon dan Syarat Kelayakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2024

5. Skim Perumahan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang (RMMPg)

6. Skim Perumahan Residensi Wilayah (RUMAWIP)

  • Residensi Wilayah merupakan satu program inisiatif kerajaan yang direka khas untuk menyediakan perumahan mampu milik serta menyediakan kediaman lebih selesa, berkualiti dan mampu dimiliki oleh warga Wilayah Persekutuan sebagai pembeli rumah pertama.
  • Klik di sini untuk baca lebih lanjut Residensi Wilayah (RUMAWIP): Cara Mohon RUMAWIP Dan Projek Terkini 2024!

7. Skim Perumahan Rumah Selangorku 

  • Rumah Selangorku (RSKU) adalah skim perumahan khas dari kerajaan negeri Selangor untuk orang Selangor yang ingin memiliki rumah sendiri atau lebih tepat ia ditubuhkan dengan bertujuan membantu kumpulan berpendapatan sederhana untuk membeli rumah.
  • Klik di sini untuk baca lebih lanjut Cara Mohon Rumah Selangorku 3.0 (RSKU) 2024


Terdapat banyak lagi institusi dan organisasi yang menyediakan skim bantuan perumahan atau seumpamanya mengikut golongan kelas pendapatan B40 dan M40 bagi membantu meringankan beban membeli rumah pertama. Semoga berjaya!

Lihat Senarai Hartanah Terkini Di Sini!

Baca Lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

skim perumahan

Golongan pendapatan B40 M40 T20

Skim Perumahan B40 dan M40

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More