Loading Property Genie

Cara Bayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu Online ( PBTPay ) 2024

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Cukai Pintu dan Cukai Taksiran di Malaysia 2024

Cukai pintu atau cukai taksiran adalah tanggungjawab bersama semua warga Malaysia untuk dibayar mengikut Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Namun mulai Januari 2022, PBT tidak lagi mengelurkan atau membuat sebarang pengeposan bil buat cukai pintu / cukai taksiran ini untuk mengelakkan pembaziran atau selaras dengan objektif kempen bumi hijau dan mesra alam. Maka pembayaran atau semakan cukai pintu ini akan di buat secara atas talian ( bayar secara online ) atau di PBTPay bagi memudahkan semua pihak.

Di sini kami akan kongsikan lebih lanjut supaya anda lebih jelas dan tahu info terkini dan cara pembayaran cukai pintu atau cukai taksiran melalui PBTPay ini.

Apakah itu Cukai Taksiran atau Cukai Pintu?

Maksud cukai pintu atau cukai taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak didalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) / majlis bandaraya (MB) / majlis perbandaran (MP) :

  • Kawasan Kediaman: Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah, rumah bandar, rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kondominium, rumah kedai dan sebagainya.
  • Kawasan Perniagaan: Kedai/pejabat, pusat membeli belah, pawagam, pejabat, hotel, stesen minyak, pusat rekreasi
  • Kawasan Perindustrian: Kilang teres, kilang berkembar dan kilang sesebuah.
  • Kawasan Tanah kosong/ terbiar: Tanah pertanian, tanah pembangunan
  • Bangunan-bangunan milik kerajaan dan Badan Berkanun juga dikenakan cukai tetapi ia disebut Carum Membantu Kadar

Antara fungsi cukai pintu atau cukai taksiran adalah seperti berikut:

  • Pembaikan jalan
  • Menaikkan dan menyelenggara lampu jalan
  • Perkhidmatan pembersihan di kawasan perbandaran
  • Membina dan menyelenggara infrastruktur awam

Siapa perlu bayar Cukai Taksiran atau Cukai Pintu?

Cukai ini adalah cukai kedua yang wajib dibayar oleh pemilik hartanah kediaman dan komersil. Setiap pemilik hartanah wajib membayar cukai pintu / cukai taksiran walaupun hartanah pemilik kosong, terbiar atau tidak diduduki.

Walau bagaimana pun, pemilik boleh memohon tuntutan remisi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) jika hartanah adalah kosong dan permohonan mesti dibuat sebelum 7 hari daripada tarikh dikosongkan. Jika tidak, pihak berkuasa tempatan akan mengira tarikh hartanah mula dikosongkan sebagai tarikh permohonan dibuat.

Lebih menarik, ada beberapa negeri menawarkan pengecualian cukai taksiran / cukai pintu khususnya di perumahan kos rendah dan sederhana.

Kadar dan Cara kira Cukai Taksiran atau Cukai Pintu

Kadar cukai taksiran / cukai pintu yang biasa adalah sekitar 2-7% anggaran Nilai Tahunan hartanah dan ia juga bergantung kepada:

  • Saiz hartanah
  • Jenis hartanah

Nilai Tahunan ialah Anggaran Sewa Kasar Setahun yang dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun jika hartanah pemilik disewakan.

Tambahan pula, cukai taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu:

  • Penggal Pertama: 1 Januari hingga 28 Februari bagi tiap-tiap tahun.
  • Penggal Kedua: 1 Julai hingga 31 Ogos bagi tiap-tiap tahun.
NILAI TAHUNAN = ANGGARAN SEWA KASAR SEBULAN X 12 BULAN

Contoh pengiraan cuka taksiran / cukai pintu :

Anggaran sewa bulanan rumah setingkat adalah RM2,000 dan kadar cukai pintu 4%

  • Anggaran sewa tahunannya = RM24,000 ( RM2,000 x 12 )
  • Kadar cukai pintu / tcukai taksiran = RM960 ( 4% x RM 24,000)

Oleh kerana cukai taksiran dikutip dua kali setahun, bayaran yang perlu anda buat adalah RM480 setiap 6 bulan.

Cara Bayar Cukai Taksiran / Cukai Pintu Online atau PBTPay 2024

Pembayaran cukai cukai taksiran / cukai pintu boleh dibuat melalui e-perbankan, di mana-mana kaunter pejabat pos, PTG tempatan dan di PBTPay.

Cara bayar cukai pintu di PBTPay

PBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Perkhidmatan yang disediakan di dalam PBTPay merangkumi PBT di seluruh negara untuk membuat pembayaran secara atas talian ( bayar secara online ).

  • Pelbagai jenis bayaran seperti cukai taksiran, kompaun, sewa dan pelbagai
  • Bayar menggunakan FPX
  • Semak dan dapatkan maklumat akaun dan pembayaran

1. Layari laman web PBTPay di https://pbtpay.kpkt.gov.my/ dan klik Daftar Sekarang

Cara Bayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu di PBTPay

2. Isi maklumat dengan lengkap untuk daftar akaun PBTPay dan tekan Daftar

Cara Bayar Cukai Taksiran / Cukai Pintu di PBTPay

3. Rujuk emel dan aktifkan akaun PBTPay dengan masukkan No. Pin Pengaktifan PBTPay

Cara Bayar Cukai Taksiran / Cukai Pintu di PBTPay

Perbezaan Cukai Taksiran Dengan Cukai Tanah

Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai “Cukai Pintu’ dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna merah. Manakala, Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri. Bil cukai tanah berwarna kuning.

 

Artikel Lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

PBTPay

Cukai Pintu

Cukai taksiran

cara bayar cukai pintu

cara bayar guna PBTPay

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More