Loading Property Genie

Cukai Tanah: Harga Cukai Mengikut Negeri

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Sekiranya anda mempunyai hartanah di Malaysia, anda perlu menjelaskan cukai tanah menikut kadar cukai tanah yang telah ditetapkan di setiap negeri.

Kadar cukai tanah juga boleh berubah-ubah mengikut faktor-faktor tertentu seperti negeri, daerah, dan sama ada tanah berada di kawasan bandar atau luar bandar.

 

Cukai Tanah

 

Apa itu Cukai Tanah?


Cukai tanah juga ditafsirkan sebagai cukai sewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai :

  • apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai cukai sewa
  • apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dan
  • apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai tunggakan cukai sewa.
     

Sudah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.

Mengikut undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, tanah anda akan DIRAMPAS sekiranya gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang diwajibkan.

 

Cara kira cukai tanah di Malaysia

Cukai tanah dihitung dengan mendarabkan saiz hartanah yang dimiliki dalam kaki persegi atau meter persegi dengan kadar sewa tertentu. Contohnya:

Harga per kaki persegi: RM 0.035

Keluasan hartanah: 3,000 kaki persegi

Jumlah:  RM 0.035 x 2,300 kaki persegi

= RM 80.50

Namun nilai cukai tanah ini tidak semestinya sama bagi kesemua hartanah bersaiz sama. Ini kerana setiap Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) negeri mungkin mengenakan kadar yang berlainan.

 

Kadar Cukai Tanah bagi Setiap Negeri

Johor:
Dalam Bandar: RM18.00 bagi setiap 100 meter persegi (Tanah Bandar Kategori B)
Luar Bandar: RM10.00 bagi setiap 100 meter persegi (Tanah Desa)

Kedah:
Boleh disemak online dengan geran tanah.

Kelantan:
Dalam Bandar (Kota Bharu): RM0.07 bagi setiap meter persegi
Luar Bandar: RM0.02 bagi setiap meter persegi (kadar minimum)

Wilayah Persekutuan:
Boleh disemak online dengan geran tanah.

Melaka:
Dalam Bandar: RM42.00 bagi setiap 100 meter persegi
Luar Bandar (Desa 3): RM8.40 bagi setiap 100 meter persegi

Negeri Sembilan:
Boleh disemak online dengan geran tanah.

Pahang:
Dalam Bandar: RM0.50 bagi setiap meter persegi atau RM0.40 bagi setiap meter persegi (bergantung kepada kawasan)
Luar Bandar: RM0.35 bagi setiap meter persegi atau RM0.30 bagi setiap meter persegi (bergantung kepada kawasan)

Perak:
Dalam Bandar (Taiping): RM0.38 bagi setiap meter persegi
Luar Bandar (Pasir Salak): RM0.14 bagi setiap meter persegi

Perlis:
Dalam Bandar (Kediaman Kos Medium): Kira-kira RM150 setahun
Luar Bandar (Kediaman Kos Rendah): Kira-kira RM44 setahun (kadar paling rendah)

Sabah:
Boleh disemak online dengan geran tanah.

Sarawak:
Dalam Bandar (Gred 1): RM0.12 bagi setiap meter persegi
Luar Bandar: RM0.03 bagi setiap meter persegi

Selangor:
Dalam Bandar (Gombak): Kira-kira RM26.50 bagi setiap 100 meter persegi
Luar Bandar (Giching): Kira-kira RM0.13 bagi setiap 100 meter persegi

Terengganu:
Dalam Bandar (Tanpa Hakmilik Strata): RM6.00 bagi setiap 100 meter persegi
Dalam Bandar (Dengan Hakmilik Strata): RM10.00 bagi setiap 100 meter persegi
Luar Bandar (Tanpa Hakmilik Strata): RM1.00 bagi setiap 100 meter persegi
Luar Bandar (Dengan Hakmilik Strata): RM10.00 bagi setiap 100 meter persegi

 

Kadar cukai tanah boleh di semak melalui atas talian dengan link ini:

  1. Selangor - https://ehasil.selangor.gov.my
  2. Pahang - https://fpxptg.pahang.gov.my
  3. Kedah - https://ebayaran.ptgkedah.gov.my
  4. Johor - https://onlinepayment.johor.gov.my
  5. Kuala Lumpur - https://www.ptgwp.gov.my
  6. Penang - https://ebayar.penang.gov.my
  7. Sabah - http://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my
  8. Terengganu - http://cukaiptg.terengganu.gov.my
  9. Kelantan - https://hasiltanah.kelantan.gov.my
  10. Perak - https://ptg.perak.gov.my/etanah-awam
  11. Perlis -https://ptg.ptgps.gov.my/esemakan
  12. Negeri Sembilan - https://ptgns.ns.gov.my
  13. Melaka - https://ebayar.melaka.gov.my

 

Bila perlu bayar Cukai Tanah?

Tempoh pembayaran Cukai Tanah pula antara Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.

Nilai cukai yang dikenakan juga berbeza mengikut negeri dan lokasi, setiap dalam dalam negeri yang sama mungkin juga dikenakan jumlah cukai yang berbeza.

 

Setiap negeri di Malaysia mempunyai kuasa untuk menetapkan kadar cukai tanah mereka sendiri. Ini bermakna sekiranya pemilik hartanah di Selangor akan membayar kadar yang berbeza dengan mereka yang memiliki tanah di Johor.

Malah, kadar ini juga boleh berubah setiap tahun bergantung kepada keputusan kerajaan negeri berkenaan.

 

Kenapa perlu bayar Cukai Tanah?

Cukai Tanah ini dapat membantu kerajaan negeri masing-masing mendapatkan pendapatan sekaligus dapat menguruskan negeri anda dengan lebih tersusun dan sistematik.

 

Apa akan jadi kalau gagal bayar cukai tanah?


Jika anda terlewat bayar, setiap Pejabat Tanah ada menetapkan kadar denda bergantung kepada berapa lama kelewatan tersebut. Namun, pastikan anda tak culas dalam membayar cukai tanah kerana mengikut Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, tanah anda akan DIRAMPAS.

 

Cukai Tanah

 

Apa faktor tentukan Kadar Cukai Tanah?

a) Lokasi Tanah

Tanah yang terletak di kawasan bandar cenderung membayar lebih tinggi berbanding yang di luar bandar.

 

b) Keluasan Tanah

Kadang-kadang, cukai tanah boleh bergantung kepada keluasan tanah yang dimiliki. Semakin luas tanah, semakin tinggi kadar cukainya.

 

c) Kegunaan Tanah

Kegunaan tanah juga menjadi faktor penting. Sebagai contoh, tanah yang digunakan untuk tujuan perniagaan mungkin dikenakan kadar yang berbeza daripada tanah yang digunakan untuk tujuan pertanian.

 

Apa dokumen yang diperlukan untuk bayar cukai tanah?

Untuk membayar cukai tanah di Malaysia, pemilik hartanah perlu menyediakan beberapa dokumen penting. Walau bagaimanapun, proses ini boleh berbeza mengikut negeri dan pihak berkuasa cukai tempatan. Berikut adalah beberapa dokumen yang mungkin diperlukan:

 

a) Cukai Tanah Terdahulu:

Dokumen ini berfungsi sebagai bukti pembayaran cukai tanah sebelum ini. Ia mengandungi butiran jumlah yang dibayar dan tarikh pembayaran, bertindak sebagai rujukan bagi sejarah pembayaran anda.


b) Pemberitahuan Cukai Tanah (Notis Cukai Tahunan):

Notis Cukai Tahunan ialah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa cukai negeri. Ia menyediakan maklumat penting seperti jumlah cukai yang perlu dibayar dan tarikh akhir pembayaran. Notis ini berfungsi sebagai komunikasi rasmi dari pihak berkuasa cukai kepada pemilik hartanah.


c) Borang Pembayaran Cukai Tanah:

Borang Pembayaran Cukai Tanah ialah borang khusus yang perlu diisi untuk proses pembayaran cukai tanah. Borang ini biasanya boleh diperolehi dari pejabat cukai negeri atau dalam talian. Pengisian borang ini dengan betul adalah penting untuk pemprosesan pembayaran cukai tanah yang tepat.


d) Dokumen Pemilikan Hartanah:

Ini termasuk salinan geran atau dokumen hakmilik yang menunjukkan bahawa anda adalah pemilik sah hartanah tersebut. Dokumen ini membuktikan kepemilikan sah anda dan adalah penting untuk transaksi berkaitan dengan hartanah.


e) Surat Kuasa Jika Diperlukan:

Jika pembayaran dilakukan oleh wakil, surat kuasa mungkin diperlukan. Surat ini memberi kuasa kepada individu yang ditunjuk untuk membuat pembayaran cukai tanah bagi pihak anda. Ini memastikan transaksi itu sah secara undang-undang.


f) Dokumen Pengenalan:

Berikan salinan dokumen pengenalan sah anda, seperti kad pengenalan atau dokumen pengenalan lain yang diiktiraf. Ini berfungsi sebagai bukti identiti anda sebagai pemilik hartanah.


g) Bukti Pembayaran Pindahmilik (Jika Baru Membeli):

Jika anda baru-baru ini membeli hartanah, sertakan bukti pembayaran pindahmilik untuk menunjukkan bahawa anda adalah pemilik sah yang baru. Ini boleh berupa resit atau dokumen rasmi lain yang mengesahkan penyelesaian pindahmilik dan menetapkan anda sebagai pemilik baru yang sah.

 

 

Panduan Relevan

 

 

 

 

 

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Cukai Tanah Malaysia

Cukai tanah selangor

Cukai tanah johor

Kadar Cukai Tanah Mengikut Lokasi

cukai tanah negeri sembilan

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!