Loading Property Genie

Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 2024

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Mempunyai rumah sendiri adalah impian semua orang. Lebih seronok lagi kalau dapat bina rumah atas tanah sendiri. Jadi kalau ada tanah sendiri, kenapa tak ambil peluang untuk buat rumah sendiri, kan?

Mari kita lihat langkah-langkah penting dan perkara yang perlu dipertimbangkan untuk bina rumah atas tanah sendiri.

Kelebihan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Reka Bentuk dan Susun Atur Sendiri

  • Salah satu kelebihan besar membina rumah atas tanah sendiri adalah kebebasan untuk bina rumah mengikut rekat bentuk rumah yang anda impikan. Jadi anda tak perlu terikat dengan pelan rumah yang standard.
  • Anda boleh tentukan susun atur dalam rumah, termasuk bilangan bilik, kedudukan ruang tamu, dapur, dan bilik mandi.

Kos Lebih Berpatutan

  • Walaupun kos bina rumah pada mulanya mungkin tinggi, tapi sebenarnya dalam jangka masa panjang anda boleh jimat banyak.
  • Anda boleh kawal bajet pembinaan, dari pemilihan bahan binaan hingga keperluan tambahan seperti landskap dan hiasan dalaman.
  • Memilih bahan binaan local yang berkualiti tetapi jauh lebih murah. Dengan plan yang baik, anda boleh pastikan projek pembinaan berjalan mengikut bajet yang ditetapkan.

Seronok dan Puas Hati

  • Bina rumah sendiri memberikan kepuasan emosi yang tidak ternilai. Anda terlibat secara langsung dalam setiap langkah pembinaan, dari perancangan hingga rumah siap diduduki.
  • Proses rumah impian dari asas hingga siap berikan rasa puas dengan plan yang anda impikan.

Langkah-langkah Membina Rumah Atas Tanah Sendiri

membina rumah atas tanah sendiri

Sediakan Bajet Untuk Pembinaan Rumah

  • Sediakan bajet yang mencukupi untuk pembinaan rumah seperti pengiraan kos keseluruhan dari awal hingga rumah siap, termasuk pembelian bahan binaan, upah pekerja, bayaran kepada arkitek dan juru ukur, kos permit, dan peralatan lain yang diperlukan.
  • Jadi anda kena anggarkan jumlah maksimum pinjaman perumahan yang anda layak dapatkan. Anda boleh gunakan kalkulator online seperti Affordability Calculator dan Mortgage Repayment Calculator.
  • Pastikan anda juga mengambil kira perbelanjaan bulanan lain supayatidak terbeban dengan bayaran pinjaman rumah nanti dan sediakan simpanan tambahan sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kos tidak dijangka sepanjang proses pembinaan.

Semak Status Hak Milik Tanah

  • Pastikan status hak milik tanah adalah sah dan tiada masalah dari segi undang-undang. Semak surat hak milik tanah untuk memastikan nama anda tercatat sebagai pemilik dan kategori penggunaan tanah adalah untuk “bangunan”.
  • Jika tanah adalah kategori “pertanian”, anda perlu memohon kepada majlis daerah untuk menukar kategori tersebut kepada “bangunan”. Proses ini memakan masa dan memerlukan dokumen sokongan.
  • Pastikan tanah yang dipilih tidak terletak di kawasan banjir atau tanah runtuh, kerana ini boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan rumah yang akan dibina.

Lantik Pasukan Yang Bertauliah

  • Selepas memastikan status tanah, lantik arkitek, juru ukur serta kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
  • Pastikan anda melantik peguam juga untuk menguruskan kontrak perjanjian antara anda dengan kontraktor. Kontraktor bertanggungjawab menyediakan pelan lukisan rumah dan mendapatkan permit rumah dari pihak berkuasa. Arkitek akan mengeluarkan "Certificate of Completion and Compliance" (CCC) selepas rumah siap dibina.
  • Selepas rumah siap dibina, arkitek akan mengeluarkan "Certificate of Completion and Compliance" (CCC). CCC ini menandakan bahawa rumah tersebut telah memenuhi semua standard pembinaan yang ditetapkan dan selamat untuk didiami.

Tips: Pilih profesional yang berdaftar dan mempunyai rekod kerja yang baik untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan mengelakkan risiko ditipu.

Sediakan Perjanjian Membina Rumah

  • Perjanjian membina rumah adalah dokumen penting yang mengikat antara anda dengan kontraktor. Dapatkan sebut harga dari beberapa kontraktor untuk membandingkan kos dan bahan binaan yang digunakan. Pastikan semua terma dan syarat dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian untuk mengelakkan sebarang salah faham di kemudian hari.
  • Lantik peguam untuk memastikan perjanjian sah di sisi undang-undang dan menguruskan permohonan pinjaman jika diperlukan. Peguam juga akan membantu menguruskan proses tuntutan wang dari pihak kontraktor berdasarkan perkembangan projek. Perjanjian yang teliti dan lengkap akan membantu melindungi hak anda sebagai pemilik rumah.
  • Peguam juga akan membantu menguruskan proses tuntutan wang dari pihak kontraktor berdasarkan perkembangan projek. Perjanjian yang teliti dan lengkap akan membantu melindungi hak anda sebagai pemilik rumah dan memastikan projek pembinaan berjalan lancar.

Proses Penilaian

  • Setelah pelan rumah diluluskan dan perjanjian dibuat, bank atau LPPSA akan menjalankan penilaian sebelum meluluskan pinjaman. Penilaian ini melibatkan pemeriksaan keluasan rumah, lokasi, bahan binaan yang digunakan, dan beberapa faktor lain.
  • Pastikan anda menyediakan semua dokumen yang diperlukan dengan lengkap untuk memudahkan proses penilaian. Proses ini penting untuk memastikan anda mendapat pinjaman yang mencukupi untuk menampung kos pembinaan.

Proses Pembinaan

  • Setelah segala urusan dokumen dan pinjaman selesai, proses pembinaan boleh dimulakan. Pantau proses kerja kontraktor secara berkala untuk memastikan semuanya berjalan mengikut perancangan. Simpan segala resit dan dokumen berkaitan untuk rekod.
  • Anda juga perlu sentiasa berhubung dengan peguam anda untuk memantau dan mengurus tuntutan wang terhadap kontraktor mengikut perkembangan kerja. Peguam berpengalaman akan memastikan bahawa semua tuntutan dan urusan perundangan dilaksanakan dengan betul, Jika ada sebarang masalah dengan prestasi kontraktor, anda boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
  • Sekiranya anda menghadapi masalah dengan prestasi kontraktor, anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berdasarkan Seksyen 53, Akta Perlindungan Pengguna.

Dapatkan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)

  • Setelah rumah siap, Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperlukan untuk menandakan rumah tersebut selamat didiami. CCC hanya akan diluluskan sekiranya semua syarat yang dikenakan oleh PBT dipatuhi dan borang-borang berkaitan diisi dengan lengkap.
  • Pastikan semua perkhidmatan utama disediakan seperti air, elektrik, sistem pembetungan, dan lain-lain.
  • Principal Submitting Person (PSP) mesti mengakui bahawa sepanjang tempoh pengawasannya, bangunan telah disiapkan mengikut pelan yang telah diluluskan. Pengesahan ini adalah perlu untuk memastikan kepatuhan kepada semua standard pembinaan dan peraturan yang berkaitan, serta untuk memperoleh Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
  • Proses ini penting untuk memastikan keselamatan dan keselesaan anda sebagai penghuni rumah baru. Setelah CCC diperolehi, barulah rumah boleh didiami dengan selamat.

Membayar Cukai dan Insurans

  • Setelah rumah siap, ada beberapa pembayaran yang perlu anda jelaskan seperti cukai pintu, cukai tanah, dan insurans kebakaran.
  • Pembayaran cukai dan insurans adalah tanggungjawab penting sebagai pemilik rumah untuk memastikan rumah anda dilindungi dan tidak berdepan dengan sebarang isu undang-undang.

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri - Program Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0)

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Sumber: SPNB

Bantuan bina rumah atas tanah sendiri melalui Program Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) adalah satu inisiatif kerajaan Malaysia bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang bukan kakitangan kerajaan memiliki rumah sendiri. Program ini dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan bertujuan mempercepatkan proses pemilikan kediaman dalam tempoh maksimum tiga bulan.

Syarat Kelayakan Permohonan

Untuk memohon skim bina rumah atas tanah sendiri ini, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Pemohon dan pasangan mestilah warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 21 hingga 70 tahun.
  • Pemohon mesti bekerja dan mempunyai pendapatan.
  • Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan.
  • Belum mempunyai rumah sendiri.
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga dan pemilik tanah
Baca artikel penuh di sini!

Risiko Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Proses Mendapatkan Kelulusan

  • Proses teknikal dan kelulusan boleh menjadi rumit dan banyak dokumen yang perlu disediakan serta prosedur yang perlu diikuti.
    Anda perlu berurusan dengan pelbagai pihak berkuasa untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan dan kadang-kadang akan ada kos tambahan yang terlibat.

Kos Tambahan

  • Mungkin ada kos tambahan yang tidak dijangka sepanjang pembinaan. Termasuklah perubahan dalam reka bentuk, kenaikan harga bahan binaan, atau lain-lain.
  • Pastikan anda sediakan simpanan tambahan untuk menampung kos ini.

Tips: Rancang bajet dengan teliti untuk kurangkan risiko.

Ditipu Kontraktor 

Pastikan memilih kontraktor yang berdaftar dan mempunyai rekod kerja yang baik. Antara perkara yang perlu anda tahu adalah:

  • Semak latar belakang kontraktor
  • Mempunyai lesen dan kelulusan yang diperlukan
  • Maklumat lanjut mengenai kontraktor dari laman web CIDB.
  • Sentiasa berkomunikasi dengan kontraktor dan pantau proses kerja

 

Membuat rumah atas tanah sendiri memang berbaloi dengan pelbagai kelebihan. Namun, ia memerlukan perancangan yang rapi dan persediaan yang teliti.

Pastikan anda faham setiap langkah dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran yang mungkin timbul. Dengan perancangan yang baik, rumah impian anda boleh menjadi kenyataan. Selamat berjaya!

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

rumah atas tanah sendiri

bantuan bina rumah atas tanah sendiri

skim bina rumah atas tanah sendiri

buat rumah atas tanah sendiri

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More