Loading Property Genie

Gaji kecil boleh beli rumah?

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Izzma

Gaji kecil bawah RM 3,000 ni ada peluang untuk membeli rumah ke?

Jawapannya cukup mudah, proses membeli rumah pertama dengan pendapatan atau bajet kecil ini tidak mustahil TETAPI tidak mudah tau. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kelayakan gaji untuk membeli rumah dan senarai rumah mampu milik untuk pembeli rumah pertama.

gaji kecil bawah RM 3,000 ni masih layak atau masih lagi ada peluang untuk membeli rumah

Berapa pinjaman perumahan yang layak anda dapat?

Untuk semak kelayakan beli rumah ni, anda boleh guna formula pengiraan DSR (Debt Service Ratio).

Setiap peminjam mempunyai profil kewangan yang berbeza. Oleh sebab itu, bank menetapkan had DSR maksimum bergantung kepada profil kewangan individu tersebut.

  • Untuk individu berpendapatan bersih di bawah RM3000, had DSR bank ialah 60%.
  • Untuk individu berpendapatan bersih melebihi RM3000, had DSR bank 70%.

Formula:

(Jumlah komitmen bulanan/Jumlah gaji bulanan) x 100%

Contohnya:

Gaji bulanan Anwar: RM 3,000
Jumlah komitmen bulanan Anwar: RM 150 (PTPTN) + RM 450 (Loan Kereta)
DSR: RM 600/RM 3,000 x 100% = 20%

Disini menunjukkan Anwar masih boleh mendapat pinjaman sebanyak 40% gaji beliau.

Anggaran pinjaman rumah mengikut gaji dan berdasarkan kadar interest bank boleh di kira menggunakan kalkulator CTOS

Buat pengetahuan anda, pihak bank akan melihat kepada kadar Debt Service Ratio (DSR), CCRIS dan CTOS pembeli terlebih dahulu sebelum pinjaman perumahan mereka akan diluluskan. DSR ini boleh diterjemahkan sebagai nisbah pembiayaan hutang iaitu nisbah jumlah hutang seseorang individu dibandingkan dengan pendapatan isi rumahnya.

**Sebaiknya komitmen anda tak boleh lebih daripada 1/3 gaji untuk pihak bank luluskan jumlah pinjaman anda.

Jika anda nak tahu anggaran jumlah pinjaman yang akan dibayar, anda boleh gunakan kalkulator pengiraan loan di PropertyGenie.

Apa rumah yang anda mampu milik?

Apa lagi kos yang terlibat untuk beli rumah?

1. Yuran tempahan (booking fee)

Kebiasaannya apabila anda telah berminat dan berniat untuk membelirumah tersebut, anda perlu membayar yuran tempahan terlebih dahulu. Kadar yuran dikenakan lazimnya antara dua hingga tiga peratus daripada jumlah pinjaman.

2. Bayaran pendahuluan (down payment)

Bila anda telah setuju dengan syarat dan menandatangani surat perjanjian jual beli (SPA), kadar yang perlu anda bayar ialah 10% daripada jumlah pinjaman dan anda boleh tolak yuran tempahan yang telah dibayar untuk downpayment ini.

3. Memorandum Pemindahan (MoT)

Caj duti setem akan  untuk memindahkan hak milik kepada nama anda dan kadar dikenakan seperti berikut:

  • 1% bagi RM100,000 yang pertama
  • 2% bagi RM400,000 yang seterusnya
  • 3% bagi jumlah yang tinggal

4. Yuran guaman buat Surat Perjanjian Jual Beli (SPA)

  • 1% bagi RM150 ribu yang pertama
  • 7% bagi jumlah yang tinggal (bagi rumah di bawah RM1 juta).

 

Apa rumah yang anda mampu milik?

1. Skim Perumahan Rakyat Malaysia (PR1MA)

  • Rumah PR1MA menyasarkan golongan B40 dan M40 D=dengan menawarkan harga rumah pada kadar RM 100,000 ke maksima RM 400,000.
  • Boleh dijual semula selepas 10 tahun

2. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)

  • Skim MyHome menyasarkan golongan yang bekerja sendiri atau golongan pendapatan tidak menentu/tetap. Skim ini dibangunkan dengan kerjasama pihak pemaju swasta untuk membantu golongan ini membeli rumah pertama.

3. Rumah Mampu Milik Rumawip

  • RUMAWIP menyasarkan golongan pendapatan rendah dan pertengahan dengan syarat kelayakan pendapatan isi rumah adalah RM 15,000 ke bawah dan tidak boleh dijual selepas 10 tahun.
  • Lokasinya hanya di Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan dan semua unit dijual dengan harga RM 52,000 ke maksima RM 300,000.

4. Rumah Selangorku 2023

  • Rumah Selangorku mensasarkan golongan yang berpendapatan RM 3000 ke RM 10,000 isi rumah sebulan dengan syarat penduduk adalah dari dan menetap di negeri Selangor sahaja dan dalam tempoh 5 tahun pertama, Rumah Selangorku ini tidak dibenarkan untuk dijual dan larangan untuk sebarang penyewaan.
  • Kesemua unit Rumah Selangorku dijual dengan harga RM 42,000 ke RM250,000 sahaja.

5. Prоgrаm Pеrumаhаn Rаkуаt (PPR)

  • Program Perumahan Rаkуаt (PPR) menyasarkan golongan pendapatan rendah B40 dengan реnеmраtаn semula ѕеtіnggаn dаn mеmеnuhі kереrluаn tеmраt kediaman.
  • Prоgrаm perumahan ini tеrdіrі dаrіраdа 2 kategori iaitu PPR Dіѕеwа dan PPR Dіmіlіkі. Rumаh-rumаh PPR Dimiliki dіjuаl pada harga RM35,000 seunit dі Semenanjung Mаlауѕіа dаn RM42,000 ѕеunіt dі Sabah dаn Sаrаwаk.

6. eRumah Johor

  • eRumah Johor membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah agar dapat memiliki rumah sendiri dan harga mampu milik yang ditawarkan adalah diantara RM40,000-RM150,000.
  • Jenis Rumah Mampu Milik Johor yang ditawarkan seperti Projek Rumah Mampu Biaya, Lot Bumiputera, dan juga Program Perumahan Rakyat (PPR).

 

Jadi, walaupun anda berpendapatan rendah dalam golongan B40 atau tidak mempunyai pendapatan tetap, anda masih boleh memiliki rumah pertama anda dengan merancang kewangan anda dengan bijak. Pastikan DSR anda tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan, dan pertimbangkan skim bantuan perumahan yang ada.

Selamat mencuba!

 

Jom baca artikel-artikel lain yang berkaitan:

 

 

 

 

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford
.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!