PROPERTY GUIDE
Written by Fazrina Fezili
Menurut data terkini dari Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), industri hartanah Malaysia semakin terjerumus dalam cabaran pemasaran yang semakin ketara. Statistik menunjukkan penurunan yang berterusan dalam penjualan, terutama dalam kategori kediaman siap dibina dan rumah dalam pembinaan, dengan peningkatan unit rumah yang tidak terjual.
Industri hartanah Malaysia semakin terjerumus dalam cabaran pemasaran yang semakin ketara dengan peningkatan unit rumah yang tidak terjual. Menurut data terkini yang diperoleh dari Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), statistik menunjukkan penurunan yang berterusan dalam penjualan, terutama dalam kategori kediaman siap dibina dan rumah dalam pembinaan.
Sejumlah 26,286 unit kediaman siap dibina tidak terjual bernilai RM18.3 bilion direkodkan pada separuh pertama 2023, menurun 5.3% dari segi bilangan dan 0.6% dari segi nilai berbanding tempoh sebelumnya.
Sumber: Property Market Report 2022 (NAPIC-JPPH), Property Market Report First Half 2023 (NAPIC-JPPH)
Kediaman belum dibina belum terjual menurun kepada 7,927 unit, berkurang 28.3% berbanding separuh tahun sebelumnya.
Sumber: Property Market Report 2022 (NAPIC-JPPH), Property Market Report First Half 2023 (NAPIC-JPPH)
Unit kediaman dalam pembinaan belum terjual menunjukkan penurunan sebanyak 4.9% kepada 54,844 unit berbanding separuh tahun sebelumnya.
Sumber: Property Market Report 2022 (NAPIC-JPPH), Property Market Report First Half 2023 (NAPIC-JPPH)
Fenomena hartanah kediaman yang belum terjual (unsold) atau kediaman yang tidak terjual (overhang) ini juga telah menyentuh inti jalinan rumit antara faktor ekonomi, sosial, dan pasaran, membentuk lanskap sektor perumahan negara. Peningkatan jumlah rumah yang tidak dapat dipasarkan bukan hanya sekadar mencerminkan keadaan pasaran hartanah semata-mata, tetapi juga mempengaruhi struktur ekonomi dan struktur sosial dalam masyarakat Malaysia.
Persoalannya sekarang, apakah yang menyebabkan penurunan ini berlaku?
Lokasi strategik adalah faktor penentu yang utama dalam membuat keputusan sama ada sesuatu unit hartanah itu berjaya dijual atau terbiar tanpa pembeli. Kebiasaannya, lokasi dengan keselamatan, kemudahan awam, dan kelestarian kawasan memainkan peranan yang tinggi dalam pembelian. Sebagai contoh, lokasi tengah atau pinggir bandar yang mempunyai pelbagai kemudahan dan keselamatan yang baik akan mendapat permintaan tinggi, manakala hartanah di lokasi terpencil atau kurang menarik sukar untuk dijual dan menyebabkan unit kediaman di Malaysia tidak terjual (overhang).
Pemilik hartanah dan pemaju perlu memastikan bahawa lokasi yang dipilih tidak hanya dianggap strategik dari segi geografi tetapi juga menyediakan persekitaran yang selamat dan berkualiti. Tindakan pemulihan dan peningkatan perlu diambil bagi menangani sebarang isu yang mungkin merugikan imej lokasi tersebut.
Peningkatan kos bahan mentah dan pembangunan tanpa strategi khusus adalah cabaran serius dan antara penyumbang utama kepada harga hartanah. Keadaan ini telah menyebabkan harga hartanah melonjak tinggi, menjadikan rumah-rumah terlalu mahal untuk pembeli membeli terutamanya pembeli yang berpendapatan B40. Menurut Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Datuk N K Tong berkata "Pemaju tiada pilihan selain meningkatkan harga hartanah (purata pertumbuhan dua angka) atau mengurangkan margin keuntungan mereka."
Namun, dalam pembentangan Bajet 2024 baru-baru ini, kerajaan telah memperuntukkan RM2. 47 bilion bagi melaksanakan projek perumahan rakyat untuk tahun 2024. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia adalah komitmen kerajaan Madani untuk terus menyediakan kediaman mampu milik kepada golongan B40. Jadi, pemaju perlu mengkaji semula model pembangunan mereka, fokus kepada efisiensi kos yang kerajaan salurkan, dan menyelaraskan strategi dengan keperluan pasaran setempat agar daya beli masyarakat selaras dengan harga hartanah yang tidak terlalu mahal.
Sumber: Property Market Report First Half 2023 (NAPIC-JPPH)
Statistik yang diberikan menunjukkan ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan, dengan jumlah rumah yang siap dibina dan masih dalam pembinaan yang melebihi permintaan. Keadaan ini menyebabkan kadar bekalan mengatasi kadar permintaan, lebihan bekalan rumah akan berlaku pada masa yang akan datang dan hal ini mungkin memberi tekanan kepada harga dan menyebabkan rumah-rumah manjadi terbiar tanpa pembeli. Pemaju dan ejen hartanah perlu bekerjasama untuk menyeimbangkan pasaran dengan menyelidik dengan teliti permintaan setempat dan menyusun strategi.
Dalam analisis ini, terdapat beberapa faktor kritikal yang memerlukan perhatian serius dari pemilik hartanah, pemaju, dan ejen hartanah. Lokasi strategik yang dihadapkan kepada isu-isu tertentu, pembangunan tanpa strategi yang meruncingkan kos, ketidakpastian ekonomi, dan ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan adalah punca utama utama yang mempengaruhi keadaan pasaran hartanah di Malaysia.
Share :
Article Highlights
Malaysia
Rumah tidak terjual
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent
Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!
Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.
We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Visit our 2025 Malaysia Real Estate Hub for the latest market forecasts and investment hotspots. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!
Top Searched Property For Sale
Properties For Sale in Kuala Lumpur
Properties For Sale in Petaling Jaya
Properties For Sale in Johor Bahru
Properties For Sale in Seremban
Properties for Sale in Taiping
Properties for Sale in Pahang
Properties for Sale in Klang Valley
Properties for Sale in Kota Kinabalu
Properties for Sale in Damansara
Properties for Sale in Johor
Properties for Sale in George Town
Properties for Sale in Selangor
Top Searched Property For Rent
Properties For Rent in Kuala Lumpur
Properties For Rent in Petaling Jaya
Properties For Rent in Johor Bahru
Properties For Rent in Seremban
Properties for Rent in Taiping
Properties for Rent in Pahang
Properties for Rent in Klang Valley
Properties for Rent in Kota Kinabalu
Properties for Rent in Damansara
Properties for Rent in Johor
Properties for Rent in George Town
Properties for Rent in Selangor
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent