PROPERTY REVIEWS
Written by Fazrina Fezili
Kalau anda pelajar UiTM Shah Alam atau staf yang baru nak pindah, memang pening kepala nak cari rumah sewa yang dekat, selesa dan tak lebih bajet. Kawasan Shah Alam ni besar, ada Seksyen 7, 9, 14, 16 dan macam-macam lagi, semuanya dengan jenis rumah dan kadar sewa yang berbeza.
Jadi untuk mudahkan anda, kami kumpulkan 8 pilihan rumah sewa terbaik dekat UiTM Shah Alam bawah RM1,500, lengkap dengan jarak, harga, bilangan bilik dan sedikit ulasan supaya anda boleh buat pilihan bijak sebelum sign apa-apa surat perjanjian sewa rumah.
Baca juga: 8 Hak Penyewa Rumah dan Perkara Penting Dalam Surat Perjanjian Sewa Rumah
Vista Alam antara pilihan popular bagi pelajar UiTM dan eksekutif muda yang mahukan rumah sewa selesa tapi mampu milik. Unit studio di sini dilengkapi dengan dapur kecil, balkoni serta kemudahan seperti kolam renang, gimnasium dan kawalan keselamatan 24 jam.
Lokasinya juga sangat strategik hanya 10 hingga 15 minit ke UiTM Shah Alam. Kawasan sekitarnya ada kedai makan, kedai runcit dan stesen bas yang memudahkan pergerakan harian.
Kalau anda lebih suka gaya hidup moden, I-Suites i-City ialah pilihan menarik. Kediaman ini berkonsepkan urban living dengan fasiliti lengkap seperti kolam renang, gimnasium dan tempat letak kereta bertingkat.
Dengan jarak hanya sekitar 5 minit ke UiTM, lokasi ini juga berhampiran i-City Mall, tempat makan dan tarikan hiburan yang popular di Shah Alam.
Walaupun sedikit melebihi bajet RM1,400, Sri Permata Condo sangat sesuai untuk pelajar yang mahu berkongsi sewa dengan rakan. Unitnya luas dan lengkap dengan 3 bilik serta 2 bilik air.
Kawasan sekitar juga strategik, berhampiran pusat komersial, pasar raya Giant dan pelbagai restoran.
Inilah antara rumah sewa paling dekat dengan UiTM Shah Alam, anda boleh jalan kaki ke kampus. Dengan 3 bilik dan 2 bilik air, unit ini sesuai untuk pelajar yang ingin kongsi rumah.
Kawasan sekitarnya juga aktif dengan pelbagai kemudahan seperti kedai makan, dobi, pasar mini dan kedai serbaneka, menjadikannya lokasi paling praktikal untuk pelajar universiti.
Untuk anda yang mahukan rumah moden dengan bajet berpatutan, Suria Jaya Seksyen 16 boleh jadi pilihan sesuai. Kediaman ini hanya sekitar 5 minit pemanduan dari UiTM Shah Alam dan berdekatan dengan AEON Mall, restoran serta laluan utama.
Fasiliti di sini juga lengkap termasuk kolam renang, gimnasium, tempat letak kereta dan kawalan keselamatan 24 jam.
Alinea Residence merupakan kediaman baharu di Seksyen 14 yang semakin popular dalam kalangan pelajar UiTM dan staf hospital berdekatan. Kedudukannya sangat strategik hanya berjalan kaki ke Avisena Hospital, dekat dengan PKNS Complex, Unisel, dan stesen LRT 3 (dibuka pada 2025).
Unit studio di sini mempunyai rekaan moden dan dilengkapi kemudahan mewah seperti kolam renang, gimnasium, sauna dan BBQ area. Dengan konsep low density, suasana lebih tenang dan eksklusif berbanding kebanyakan apartment lain di Shah Alam.
Pangsapuri Tun Teja 1 merupakan pilihan ideal untuk mereka yang mencari rumah sewa luas dan selesa berhampiran UiTM Shah Alam. Dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, unit ini sesuai untuk pelajar berkongsi rumah atau keluarga kecil yang ingin tinggal di kawasan tenang.
Setiap unit dilengkapi kemudahan asas seperti tempat letak kereta, taman permainan, dan kawalan keselamatan 24 jam. Lokasinya juga strategik dekat dengan Pusat Bandar Shah Alam, Econsave Kg Jawa, Hospital Besar Klang, serta mudah diakses melalui KESAS, NKVE, LKSA, dan ELITE Highway.
Habitus Denai Alam menawarkan suasana kediaman moden yang tenang dan selesa, sesuai untuk pelajar UiTM Shah Alam atau profesional muda yang inginkan persekitaran lebih eksklusif. Unit ini berkeluasan 565 sqft dan lengkap dengan perabot asas seperti katil, kabinet dapur, penghawa dingin, dan pemanas air.
Kemudahan di sini juga menarik kolam renang infiniti, gimnasium, dan suasana “low density” yang memberikan lebih privasi. Denai Alam turut terkenal dengan deretan kedai makan, klinik, bengkel, dan bank berhampiran. Dari segi lokasi, ia mudah diakses melalui Guthrie Corridor Expressway (GCE), DASH, dan NKVE, menjadikannya praktikal untuk mereka yang berulang-alik antara Shah Alam, Subang, dan Kota Damansara.
Nak cari rumah sewa dekat UiTM Shah Alam sebenarnya tak susah cuma kena tahu kawasan mana sesuai dengan bajet dan gaya hidup anda. Kalau nak betul-betul dekat, Seksyen 7 memang pilihan terbaik. Tapi kalau nak suasana tenang, Seksyen 14 atau Seksyen 16 pun banyak unit cantik dan selesa.
Apa pun pilihan anda, pastikan rumah tu selamat, bersih, dan ada kontrak yang sah. Dengan bajet bawah RM1,400, anda dah boleh dapat rumah yang lengkap, dekat dengan UiTM, dan sesuai untuk pelajar, pensyarah atau staf kampus.
Artikel Lain:
Share :
Article Highlights
rumah sewa dekat uitm shah alam
rumah sewa uitm shah alam bawah rm1400
bilik sewa dekat uitm shah alam
apartment uitm shah alam
sewa rumah seksyen 7 shah alam
suria jaya shah alam
vista alam shah alam
sri permata condo shah alam
i-suites icity shah alam
rumah sewa seksyen 14 shah alam
rumah sewa bawah rm1400 shah alam