Loading Property Genie

10 Masjid Cantik Di Malaysia Wajib Kunjungi!

FOODS & TRAVELS

Written by Fazrina Fezili

Ramadan hampir berakhir, mesti sayu je hati  bila nak tinggalkan bulan yang mulia dan barakah ni, betul? Tapi dalam masa yang sama, tak dapat kita nafikan semangat untuk menyambut kemeriahan Hari Raya tu dah mula terasa juga. Lagi-lagi buat mereka yang dah dapat kelulusan untuk bercuti awal pulang ke kampung halaman, kan!

Haa.. sambil-sambil bergembira dapat berjumpa saudara mara dan berbuka puasa bersama tu, jangan lupa pula luangkan sedikit masa ke masjid untuk menikmati detik-detik malam terakhir bulan Ramadan. Jadi, hari ni kami nak kongsikan 10 masjid cantik di Malaysia dengan reka bentuk yang kreatif yang anda boleh kunjungi.

10 Masjid Cantik di Malaysia

1. Masjid Sultan Iskandar

Masjid Sultan Iskandar

(Kredit: FuaadRCD)

Masjid Sultan Iskandar terletak di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, masjid ini menjadi pilihan orang ramai untuk menunaikan solat kerana fasilitasnya yang baik dan selesa. Masjid Sultan Iskandar juga menjadi masjid pertama di negara ini yang diisytihar sebagai masjid pelancongan.

Masjid Sultan Iskandar

Buat pengetahuan semua, ia menjadikan Masjid Sultan Iskandar sebagai premis kedua di negeri Johor yang diiktiraf sebagai destinasi pelancongan selepas Johor Premium Outlet (JPO).

Address: 2, Jalan Dato' Onn 2, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor

Projek hartanah di Johor Bahru: SKS Habitat, M Condominium, Residensi Larkin Indah, Scott Towers

2. Masjid Putra

Masjid Putra

(Kredit: Nur Ismail Photography)

Seperti mana yang kita tahu Putrajaya mempunyai beberapa masjid yang bukan saja cantik malah luas dan selesa bagi mereka yang ingin tunaikan ibadah. Namun antara masjid yang menjadi tarikan umat Islam dan juga pelancong adalah Masjid Putra.

Masjid Putra

(Kredit: jlaquino)

Masjid Putra atau juga dikenali sebagai "Masjid Merah Jambu" merupakan salah satu tempat yang Popular. Ia kerana seni reka bentuk masjid itu menggabungkan gaya tradisional Melayu dan Timur Tengah. Malah pemilihan warna bagi masjid itu menarik perhatian ramai, dan ia boleh dikatakan telah menjadi mercu tanda yang terkenal di Putrajaya.

Address: Persiaran Persekutuan, Presint 1, Putrajaya, 62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Projek hartanah di Putrajaya: PPA1M Selasih, Danau Mutiara, Aura Residence

3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

(Kredit: Razuryza)

Masjid Negeri Selangor yang dikenali sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, merupakan salah satu lambang yang menyemarakkan keagungan agama Islam dan kedaulatan penganut Islam di Malaysia. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan masjid yang terbesar di Asia Tenggara dan dapat memuatkan kira-kira 24,000 jemaah dalam satu masa.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

(Kredit: ti.ffa.719)

Kombinasi Reka bentuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi mercu tanda kepada Bandaraya Shah Alam dan Negeri Selangor. Ia mempunyai gabungan reka bentuk Timur Tengah, India dan Melayu tradisional terutamanya pada seni reka kubah dan menaranya.

Address: Persiaran Masjid St., Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Projek hartanah di Shah Alam: Vista Alam, Subang Permata, PKNS Residensi Advena, Flat PKNS, Puncak 7 Residence

4. Masjid Cina Melaka

Masjid Cina Melaka

(Kredit: dorafrikawakawakaeyey)

Masjid Cina Melaka merupakan sebuah masjid di Krubong, Melaka, Malaysia dengan gaya seni bina Cina. Masjid ini adalah masjid ketiga berciri seni bina Cina di Malaysia selain di Kelantan dan Perak. Ia telah dibangunkan oleh Persatuan Cina Muslim Melaka (Pertim).

Masjid Cina Melaka

(Kredit: dinperang)

Lebih menarik, seni bina dan reka bentuknya hampir menyerupai tiga masjid yang terletak di Beijing, Shanghai dan Xian, China. Ia mampu memuatkan sehingga 1,500 jemaah dalam satu masa.

Address: Masjid Cina Negeri Melaka, Paya Rumput Krubong, 75260 Melaka

Projek hartanah di Melaka: Hatten Suites, Taman Kota Syahbandar, SATORI Sanctuary, Harbour City Resort Suites

5. Masjid Sri Sendayan

Masjid Sri Sendayan

(Kredit: garispxl.co)

Masjid Sri Sendayan terletak di Negeri Sembilan dan masjid ini baru sahaja dibuka pada September 2019 dan mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu menampung seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua dengan 800 jemaah dan dewan solat wanita dengan 800 jemaah. 

Masjid Sri Sendayan

(Kredit: Pesona Seremban)

Seni bina masjid ini menjadi tarikan ramai dan mendapat gelaran seperti Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah. Setiap elemen dalam pembinaan masjid ini melalui pemilihan dan proses yang teliti untuk meraikan kepelbagaian warisan dan kesenian dalam tradisi Islam, kesemuanya bergabung dengan harmoni untuk menghasilkan suasana indah dan ketenangan.

Address: Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan

Projek hartanah di Negeri Sembilan: Seremban 2 Heights, Arena @ Seremban 2, Aviva Green

6.  Masjid Zahir

Masjid Zahir

(Kredit: shamLGW)

Masjid Zahir iaitu masjid tertua di Kedah yang terletak di bandar raya Alor Setar, di sini, menjadi masjid pelancongan pertama di negeri ini menyediakan khidmat Pemandu Pelancong Masjid (Mosque Tour Guide) Islamic Outreach ABIM (IOA).

Masjid Zahir

(Kredit: ahmadsyarafi)

Ciri seni bina Masjid Zahir ini mempunyai pengaruh Timur Tengah dan India dengan berlatarbelakangkan tulisan-tulisan khat dan juga 5 kubah yang melambangkan 5 rukun Islam. Masjid ini juga turut terinspirasi oleh Masjid Azizi yang terletak di Sumatera Utara. Ia merupakan peninggalan Kesultanan Langkat dan merupakan masjid paling cantik di Nusantara.

Address: Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah

Projek hartanah di Kedah: PR1MA Simpang Empat 2, Taman Cemara, Belleza Garden Homes, Kolej Heights Utara

7. Masjid Terapung

Masjid Terapung

(Kredit: Pak Lang E)

Masjid Terapung juga dikenali sebagai Masjid Terapung Tanjong Bungah ialah sebuah masjid di dalam bandar George Town di negeri Pulau Pinang di Malaysia. Masjid ini ialah masjid yang pertama dibina di atas permukaan laut dengan konsep 'terapung'. Masjid dua tingkat ini siap dibina pada tahun 2007. 

Masjid Terapung

(Kredit: ayanoisy)

Kariah masjid ini aktif dengan pelbagai aktiviti ilmiah yang dijalankan untuk warga sekitarnya. Dengan menara azan setinggi 7 tingkat ini, sememangnya anda tidak akan terlepas pandang

Address: Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Projek hartanah di Penang: Skyview Residence, Setia Sky Ville, Beacon Executive Suites

8. Masjid Kristal

Masjid Kristal

(Kredit: Mohd Khomaini Mohd Sidik) 

Masjid Kristal ini terletak di Terengganu dan mempunyai lebih daripada 10 kubah. Seperti mana nama Masjid Kristal, begitulah juga dengan seni rekanya, dengan pelbagai saiz yang diperbuat daripada kristal atau kaca kristal bersama dengan keluli, ia menjadikannya sebuah struktur yang bersinar di tepi Sungai Terengganu yang sangat menyerlah dan indah.

Masjid Kristal

(Kredit: nurul4514)

Masjid Kristal ini juga mempunyai 4 menara dengan tiang cermin yang sepadan dengan kubah-kubah masjid ini. Di sekeliling dinding luar masjid terdapat lengkungan yang disebut jali, atau skrin bersirat dengan corak geometri, menambahkan lagi seni indah kepada masjid ini.

Address: Pulau Wan Man, Losong Panglima P'erang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Projek hartanah di Terengganu: Icon Residence,

9. Masjid Muhammadi

Masjid Muhammadi

(Kredit: azriazm1)

Masjid Muhammadi yang juga Masjid Negeri Kelantan bukan sahaja menyediakan kemudahan yang selesa kepada pengunjung dan juga menjadi pusat penyebaran ilmu agama Islam yang juga dikenali sebagai 'Serambi Mekah'. Yang menariknya, masjid ini juga menyediakan juadah secara percuma buat mereka yang berbuka puasa di situ.

Masjid Muhammadi dibina pada tahun 1867 dan mempamerkan reka bentuk tradisional dengan menggunakan kayu-kayu saja, masjid ini diubahsuai dengan penggantian kayu kepada konkrit pada tahun 1922 dan dataran pekarangan masjid ini mampu memuatkan 5,000 pengunjung itu telah melalui proses penambahbaikan.

Address: D1, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Projek hartanah di Kelantan: Kg Pertok Machang

10. Masjid Lapan Kubah

Masjid Lapan Kubah

(Kredit: Sharulnizam)

Masjid Lapan Kubah ini dibina bersempena nama Kampung Lapan Kotak di daerah Besut, Terengganu. Reka bentuknya menyebabkan masjid ini mendapat jolokan sebagai Masjid Russia atau Masjid Candy.

Masjid Lapan Kubah

(Kredit: mhaffiz & amazing terengganu)

Keunikannya yang Masjid Lapan Kubah ini mirip bangunan ikonik St. Basil Cathedral di Moscow, Rusia dengan kombinasi warna kubah yang berwarna-warni membolehkan masjid di Kampung Lapan Kotak itu muncul sebagai antara binaan tersohor di Terengganu. Malah menjadi tarikan utama dan membuatkan masjid itu mempunyai ramai pengunjung.

Address: 1315, Jalan Masjid, Kg, Jalan Lapan Kotak, 22000 Jerteh, Terengganu

Projek hartanah di Terengganu:  5 Star Resort, PPR Kg Hassan

 

Artikel lain:

 

 

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Masjid di Malaysia

Masjid cantik

Masjid Putra

Masjid Zahir

Masjid Lapan Kubah

Masjid Kristal

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!