Loading Property Genie

12 Tips Beli Rumah Baru untuk Pembeli Rumah Pertama

FIRST-TIME BUYER

Written by Fazrina Fezili

Kalau anda dah rasa bosan menyewa dan teringin nak ada rumah sendiri, tahun 2024 ini mungkin masa yang sesuai untuk buat keputusan besar tu. Bila nak beli rumah ni anda ada dua pilihan sama ada:

  • Nak beli rumah subsale (yang dah pernah diduduki orang lain)
  • atau nak beli rumah baru

Jadi hari ni, kami nak fokus dengan tips yang perlu korang tahu bila nak beli rumah idaman buat pembeli rumah pertama. So, teruskan baca!

12 Tips Beli Rumah Pertama untuk Pembeli Rumah Pertama

1. Tentukan Kemampuan Kewangan

Sebelum membeli rumah pertama, langkah pertama yang paling penting adalah pastikan anda tahu betul-betul berapa banyak yang anda mampu untuk bayar bulanan dan sebagainya.

Mula-mula, senaraikan semua pendapatan tetap dan perbelanjaan bulanan anda, termasuk:

  • bayaran sewa sekarang,
  • bil utiliti,
  • makanan,
  • perbelanjaan harian,
  • lain-lain.

Dari situ, kira berapa jumlah yang mampu untuk anda bayar setiap bulan untuk rumah tanpa membebankan diri. Biasanya, ansuran bulanan tak patut lebih daripada 30% dari pendapatan bulanan anda.

Anda juga boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan online untuk kira-kira bayaran bulanan yang sesuai, atau rujuk agent hartanah untuk dapat gambaran yang lebih jelas.

Kira dengan kalkulator pinjaman perumahan

2. Pilih Rumah Yang Sesuai Bajet

Memang seronok kalau dapat beli rumah besar dengan taman luas, tapi jangan lupa untuk utamakan bajet anda. Penting untuk pilih rumah yang sesuai dengan kemampuan kewangan supaya tak terbeban dengan komitmen bayaran bulanan yang terlalu tinggi.

Mungkin ada ciri-ciri rumah yang anda teringin sangat, tapi kalau di luar kemampuan, lebih baik cari alternatif yang masih selesa dan sesuai dengan gaya hidup anda. Ingat, rumah yang sesuai bajet akan bantu anda urus kewangan dengan lebih tenang dalam jangka masa panjang tanpa perlu risau tentang bayaran bulanan yang menyesakkan.

Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anda menentukan rumah yang sesuai dengan bajet:

  • Rumah ni harga dia okay tak dengan bajet saya?
  • Mampu tak saya nak bayar Deposit 10% rumah ni tanpa rasa terbeban?
  • Berapa besar rumah yang saya perlukan? Sesuai tak rumah ni dengan keperluan keluarga?
  • Lokasi rumah ni okay tak dengan bajet saya? Ada tak pilihan lain yang lebih berpatutan?
  • Rumah ni baru ke secondhand? Kalau rumah lama, banyak tak kos nak baiki?
  • Selain harga rumah, apa lagi kos tambahan yang saya kena fikir?
  • Bolehkah saya bayar pinjaman ni dengan kadar faedah yang ada sekarang?
  • Rumah ni dekat tak dengan tempat kerja, sekolah, atau kemudahan lain?
  • Berapa lama tempoh pinjaman ni, dan saya selesa tak dengan bayaran bulanan?
  • Macam mana dengan kawasan rumah ni? Selamat tak? Sesuai tak dengan gaya hidup saya?

Baca juga: 25 Projek Baru Rumah Teres di Malaysia 2024

3. Buat Kajian Pasaran Hartanah

Tips Beli Rumah Baru untuk Pembeli Rumah Pertama 2024

Sebelum buat keputusan, pastikan anda luangkan masa untuk kaji pasaran hartanah di kawasan yang anda minat. Semak harga pasaran semasa untuk rumah jenis yang sama di kawasan tersebut supaya anda tahu sama ada harga yang ditawarkan berpatutan atau tidak.

Check harga pasaran di sini

Selain itu, perhatikan juga fasiliti seperti:

  • Akses kepada kemudahan awam: Adakah rumah berhampiran dengan stesen pengangkutan awam, sekolah, hospital, pusat membeli-belah, atau kedai runcit?
  • Keselamatan kawasan: Periksa statistik jenayah di kawasan tersebut untuk pastikan ia selamat untuk didiami.

Ini bukan saja memudahkan hidup anda, tapi juga memberi impak pada nilai rumah di masa depan. Jangan lupa juga untuk tengok potensi kenaikan nilai hartanah, adakah harga rumah di kawasan tersebut menunjukkan kenaikan yang konsisten dari masa ke masa?

Kawasan dengan pembangunan pesat atau yang menjadi tumpuan seperti berhampiran lebuh raya atau pusat perniagaan biasanya menunjukkan potensi peningkatan nilai hartanah. Dengan buat kajian awal, anda akan lebih yakin dalam membuat keputusan yang bijak.

4. Pastikan Bajet Cover Kos Tersembunyi

Selain daripada harga rumah, ada beberapa kos tersembunyi yang sering dilupakan tapi boleh memberi impak besar kepada bajet anda. Antara kos tambahan yang perlu diambil kira termasuklah:

Yuran Guaman

  • Yuran guaman adalah bayaran kepada peguam yang menguruskan dokumen perjanjian jual beli (SPA) dan juga pinjaman bank. Yuran ini biasanya berdasarkan harga rumah yang dibeli. Jangan lupa tanya ejen hartanah atau peguam tentang anggaran kos ini supaya anda boleh sediakan bajet yang mencukupi.

Duti Setem (Stamp Duty)

  • Duti setem dikenakan untuk perjanjian jual beli dan dokumen pinjaman bank. Duti setem untuk dokumen jual beli adalah sekitar 1% hingga 3% daripada harga rumah, bergantung pada nilai hartanah. Sementara itu, duti setem untuk dokumen pinjaman bank biasanya sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang diambil.

Bayaran Penilaian

  • Bank akan melantik penilai profesional untuk menilai harga sebenar rumah yang ingin anda beli. Kos untuk bayaran penilaian ini biasanya perlu ditanggung oleh pembeli, dan ia bergantung kepada harga rumah dan penilai yang dilantik oleh bank. Biasanya, ia boleh mencecah beberapa ratus hingga ribuan ringgit.

Insurans Rumah

  • Bank biasanya akan mewajibkan anda mengambil insurans rumah sebagai perlindungan untuk pinjaman anda. Ada dua jenis insurans yang perlu dipertimbangkan:
    • Insurans kebakaran:
      • Melindungi rumah anda daripada kerosakan akibat kebakaran.
    • MRTA/MLTA (Mortgage Reducing Term Assurance / Mortgage Level Term Assurance):
      • Melindungi baki pinjaman anda sekiranya sesuatu berlaku kepada anda (kematian atau hilang upaya). Insurans ini boleh dibayar sekaligus atau dimasukkan dalam bayaran bulanan pinjaman.

Baca juga: Apa itu MRTA, MLTA, MRTT, and MLTT?

Yuran Pemaju (Bagi Rumah Baru)

  • Jika anda beli rumah baru daripada pemaju, mungkin ada yuran tambahan yang dikenakan seperti yuran penyelenggaraan sementara atau deposit untuk utiliti. Kos-kos ini biasanya perlu dibayar sebelum anda mendapat kunci rumah.

Kos Renovasi dan Perabot

  • Jangan lupa untuk bajet kos renovasi dan perabot sekiranya rumah yang anda beli memerlukan pengubahsuaian atau kelengkapan tambahan. Kadang-kadang, rumah yang baru dibeli mungkin memerlukan kerja-kerja ubah suai atau penambahbaikan untuk memenuhi keperluan anda.

Yuran Pengurusan dan Penyelenggaraan (Bagi Rumah Bertingkat)

Jika anda membeli rumah bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium, akan ada yuran bulanan atau tahunan untuk penyelenggaraan kawasan bersama (lift, kolam renang, taman). Pastikan anda faham berapa yuran penyelenggaraan yang dikenakan dan adakah ia dalam kemampuan bajet anda.

Cukai Pintu dan Cukai Tanah

  • Selepas anda menjadi pemilik rumah, ada dua jenis cukai yang perlu dibayar setiap tahun:
    • Cukai pintu (cukai taksiran): Dibayar kepada majlis perbandaran tempatan, biasanya berdasarkan nilai sewaan rumah anda.
    • Cukai tanah: Dibayar kepada Pejabat Tanah, bergantung kepada jenis hartanah dan lokasinya.

Jangan terkejut, semua ni boleh menambah jumlah perbelanjaan keseluruhan dengan ketara! Jadi, pastikan bajet anda cukup untuk cover semua kos ini supaya anda tak tertekan kewangan nanti. Anda juga boleh minta nasihat daripada ejen hartanah atau bank untuk anggaran kos tersembunyi ni sebelum buat keputusan akhir.

5. Cari Peguam Hartanah atau Ejen Hartanah

Tips Beli Rumah Baru untuk Pembeli Rumah Pertama 2024

Peguam hartanah adalah orang penting yang akan membantu urusan jual beli rumah anda berjalan lancar. Mereka bertanggungjawab menguruskan semua dokumen perundangan, memastikan segala urusan sah dari segi undang-undang, dan yang paling penting, melindungi hak dan kepentingan anda sebagai pembeli.

Peranan Peguam Hartanah

  • Urusan Dokumen Perundangan
    Peguam hartanah bertanggungjawab menyediakan dan menyemak semua dokumen berkaitan jual beli rumah, seperti perjanjian jual beli (Sales and Purchase Agreement, SPA) dan dokumen pinjaman. Mereka memastikan semua dokumen ini lengkap dan mematuhi undang-undang hartanah.
  • Melindungi Kepentingan Anda
    Peguam juga akan memastikan bahawa syarat-syarat perjanjian adalah adil dan melindungi kepentingan anda sebagai pembeli. Mereka akan memastikan anda memahami setiap klausa dalam perjanjian sebelum anda tandatangan.
  • Duti Setem dan Pindah Milik Hakmilik
    Selepas perjanjian jual beli ditandatangani, peguam akan menguruskan pembayaran duti setem dan menguruskan proses pindah milik hakmilik hartanah kepada nama anda. Mereka juga akan memastikan bahawa segala urusan dengan pihak berkuasa (seperti Pejabat Tanah) dijalankan dengan betul.
  • Berunding Jika Berlaku Pertikaian
    Jika terdapat sebarang pertikaian dengan penjual atau isu perundangan lain, peguam anda akan bertindak sebagai wakil anda dan berunding bagi pihak anda untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Selain itu, jika anda menggunakan khidmat ejen hartanah, mereka boleh bantu cari rumah yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda serta menguruskan tawar-menawar harga. Pastikan anda cari peguam dan ejen yang berpengalaman dan boleh dipercayai untuk pastikan proses pembelian rumah berjalan tanpa masalah.

Peranan Ejen Hartanah

  • Menyediakan Maklumat Pasaran Terkini
    Ejen hartanah juga dapat memberikan maklumat pasaran terkini, seperti harga pasaran semasa, trend hartanah, dan kawasan yang berpotensi untuk pertumbuhan nilai hartanah. Ini memudahkan anda membuat keputusan yang bijak.
  • Menguruskan Rundingan Harga
    Ejen hartanah bertindak sebagai orang tengah dalam rundingan antara anda dan penjual. Mereka boleh membantu anda mendapatkan harga yang lebih baik dan menguruskan proses tawar-menawar supaya anda mendapat nilai terbaik.
  • Urusan Inspeksi dan Dokumen Penjualan
    Ejen juga akan membantu mengaturkan lawatan ke rumah yang anda minati dan menguruskan segala dokumen jual beli yang diperlukan. Mereka akan memantau proses sehingga penjualan selesai.
Cari Agent Hartanah di sini

Tips Memilih Peguam Hartanah atau Ejen Hartanah

  • Semak Pengalaman dan Reputasi
    Pilih peguam atau ejen yang mempunyai pengalaman dan reputasi yang baik dalam industri hartanah. Anda boleh semak testimoni atau ulasan daripada pelanggan terdahulu untuk mendapatkan gambaran tentang perkhidmatan mereka.
  • Pertimbangkan Yuran Perkhidmatan
    Pastikan anda jelas tentang yuran yang dikenakan oleh peguam atau ejen hartanah sebelum melantik mereka. Bandingkan yuran antara beberapa peguam atau ejen untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
  • Profesionalisme dan Komunikasi
    Pilih peguam atau ejen yang mempunyai sikap profesional dan mudah berkomunikasi. Mereka perlu responsif terhadap pertanyaan anda dan memberi anda maklumat yang jelas sepanjang proses pembelian.

6. Semak Kelayakan Pinjaman Awal-awal

Bila dah jumpa rumah yang kena dengan bajet, jangan tunggu sampai last minute untuk semak kelayakan pinjaman, sebab ini salah satu langkah penting yang akan memudahkan proses beli rumah nanti.

Buat penyemakan awal dengan beberapa bank atau institusi kewangan supaya anda tahu anggaran berapa banyak yang anda layak pinjam. Proses ni juga membantu anda lebih bersedia dari segi dokumen yang diperlukan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank.

Jadi, pastikan laporan credit score anda tinggi! Bank akan tengok skor kredit anda untuk tentukan sama ada anda layak dapat pinjaman dan berapa kadar faedah yang akan dikenakan. Kalau skor kredit tinggi, peluang dapat pinjaman lebih tinggi. Anda boleh semak laporan kredit melalui agensi kredit seperti CTOS atau CCRIS.

Tips Beli Rumah Baru untuk Pembeli Rumah Pertama 2024

Kalau layak, anda akan dapat “pre-approval” yang lebih meyakinkan penjual atau pemaju bila anda serius nak beli rumah tersebut. Salah satu cara nak buatkan credit score tinggi pastikan anda sentiasa jaga hutang kad kredit anda tu.

7. Fahami Dokumen Pinjaman Perumahan

Sebelum tandatangan apa-apa dokumen pinjaman, pastikan anda baca setiap butiran dengan teliti. Dokumen pinjaman perumahan selalunya penuh dengan istilah teknikal yang mungkin anda kurang faham.

Jangan malu atau segan untuk tanya pegawai bank tentang apa-apa perkara yang tak jelas. Antara perkara yang perlu anda fokus dalam Dokumen Pinajaman Perumah adalah:

  • Fahami Kadar Faedah
    • Kadar faedah adalah salah satu faktor yang akan mempengaruhi bayaran bulanan anda. Pastikan anda faham sama ada kadar faedah yang ditetapkan adalah tetap (fixed) atau berubah-ubah (floating). Kadar faedah tetap bermakna bayaran bulanan anda tidak akan berubah, manakala kadar faedah berubah boleh naik atau turun bergantung kepada pasaran.
  • Semak Tempoh Pinjaman
    • Tempoh pinjaman (tenure) adalah berapa lama anda perlu membayar balik pinjaman tersebut. Semakin panjang tempoh pinjaman, semakin rendah bayaran bulanan, tetapi anda akan membayar lebih banyak faedah secara keseluruhan. Fahami bagaimana tempoh pinjaman ini sesuai dengan perancangan kewangan anda.
  • Fahami Denda atau Penalti
    • Ada beberapa denda atau penalti yang mungkin dikenakan, seperti jika anda lewat membayar pinjaman atau jika anda ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal. Semak terma-terma ini dengan teliti supaya anda tidak terkejut jika situasi tersebut berlaku.
  • Ketahui Kos Tambahan
    • Selain daripada bayaran bulanan pinjaman, terdapat juga kos tambahan seperti yuran guaman, insurans perumahan, atau kos pengurusan. Pastikan semua kos ini disenaraikan dengan jelas dalam dokumen, dan anda faham bagaimana ia mempengaruhi bajet anda.

Jangan takut untuk bertanya kepada pegawai bank jika ada istilah atau butiran dalam dokumen yang anda tidak fahami. Istilah seperti "margin of finance", "redemption", atau "lock-in period" mungkin kelihatan mengelirukan, jadi lebih baik minta penjelasan sebelum anda menandatangani apa-apa.

  1. Apa itu Margin of Finance (MOF)?
    • Margin of Finance (MOF) merujuk kepada peratusan jumlah pinjaman yang bank sanggup berikan daripada harga rumah yang anda beli. 
    •  Contoh: Jika MOF 90%, bank pinjamkan 90% dari harga rumah, anda bayar 10% sebagai deposit.
  2. Apa itu Redemption?
    • Redemption adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada penyelesaian awal pinjaman perumahan sebelum tempoh pinjaman tamat. 
    • Contoh: Anda telah mengambil pinjaman perumahan dengan tempoh 30 tahun. Pada tahun ke-5 anda telah melangsaikan hutang. Tindakan ini dinamakan redemption.
  3. Apa itu Lock-in Period?
    • Lock-in Period adalah tempoh masa tertentu di mana anda tidak dibenarkan melangsaikan pinjaman perumahan anda lebih awal tanpa dikenakan penalti. 
    • Contoh: Jika lock-in period adalah 3 tahun dan anda cuba menyelesaikan pinjaman pada tahun ke-2, anda mungkin akan dikenakan denda oleh bank.

Lebih baik ambil masa untuk faham semuanya daripada menyesal kemudian hari. Kalau perlu, bawa dokumen tu kepada penasihat kewangan atau peguam untuk lebih penjelasan. Ingat, ini komitmen jangka panjang, jadi fahamkan dulu sebelum tandatangan!

8. Fahami dan Baca Teliti Dokumen Jual Beli Rumah

Dokumen Jual Beli Rumah, atau Sales and Purchase Agreement (SPA), adalah dokumen yang sangat penting dalam pembelian rumah. Ia mengandungi terma dan syarat perjanjian antara anda dan penjual, termasuk butiran harga, tarikh serahan kunci, dan tanggungjawab setiap pihak.

Mengapa Penting untuk Membaca SPA dengan Teliti?

  • Memahami Hak dan Tanggungjawab
    Dalam SPA, setiap hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak akan dijelaskan. Ini termasuk hak anda sebagai pembeli, seperti hak menerima rumah yang berkualiti, dan tanggungjawab seperti membayar jumlah pinjaman tepat pada masanya.
  • Mengelak Salah Faham di Kemudian Hari
    Dengan membaca setiap klausa, anda boleh mengelak daripada berhadapan dengan masalah atau pertikaian di masa hadapan. Contohnya, jika terdapat kelewatan penyerahan rumah oleh pemaju, anda akan tahu sama ada anda layak menerima pampasan atau tidak, berdasarkan terma dalam SPA.
  • Melindungi Kepentingan Anda
    SPA dirangka untuk memastikan transaksi berjalan lancar, tapi ada kalanya syarat-syarat yang dimasukkan mungkin tidak memihak kepada anda sebagai pembeli. Dengan membaca dan memahami dokumen ini, anda boleh memastikan tiada klausa yang boleh merugikan anda.

Klausa Penting dalam SPA yang Perlu Diberi Perhatian

  • Harga Pembelian dan Bayaran Deposit
    Pastikan jumlah harga pembelian yang dinyatakan betul dan jelas. Semak juga butiran mengenai bayaran deposit, termasuk tarikh dan jumlah yang perlu dibayar.
  • Jadual Bayaran
    Perhatikan jadual bayaran yang telah ditetapkan. Ia akan menyatakan berapa banyak bayaran yang perlu dilakukan pada setiap peringkat pembinaan (jika rumah belum siap dibina). Pastikan anda tahu bila dan bagaimana bayaran akan dilakukan.
  • Tarikh Penyerahan Rumah (Vacant Possession)
    Klausa ini menyatakan bila rumah akan diserahkan kepada anda. Jika anda membeli rumah dari pemaju, tempoh penyerahan biasanya dalam 24 hingga 36 bulan dari tarikh SPA ditandatangani. Jika ada kelewatan, pastikan klausa ini menyatakan sama ada anda layak menerima pampasan atau tidak.
  • Klausa Kecacatan dan Penyelenggaraan
    Semak klausa mengenai jaminan kecacatan (defect liability period) dan tanggungjawab penyelenggaraan. Ini penting untuk memastikan sebarang kerosakan atau kecacatan yang dijumpai selepas penyerahan rumah akan ditanggung oleh pemaju dalam tempoh tertentu (biasanya dua tahun).
  • Pindah Milik Hakmilik (Transfer of Ownership)
    Pastikan klausa ini jelas menyatakan bila dan bagaimana proses pindah milik hartanah akan dilakukan. Ini penting untuk memastikan anda sah sebagai pemilik rumah dari segi undang-undang selepas semua pembayaran dibuat.
  • Yuran Guaman dan Kos Tambahan
    Periksa klausa mengenai kos tambahan seperti yuran guaman, duti setem, dan kos pindah milik. Pastikan ia selari dengan apa yang telah dipersetujui, dan anda tahu siapa yang akan menanggung kos-kos ini.
  • Klausa Pembatalan
    Jika berlaku pembatalan SPA atas sebab tertentu, pastikan klausa ini menjelaskan apa yang akan berlaku kepada deposit atau bayaran yang telah dibuat. Anda perlu tahu sama ada deposit tersebut akan dikembalikan atau tidak.

Langkah untuk Memastikan Anda Faham Dokumen SPA

  • Baca Secara Perlahan dan Teliti
    Jangan terburu-buru membaca dokumen ini. Ambil masa untuk memahami setiap klausa yang dinyatakan. Jika ada terma undang-undang yang anda kurang faham, buat nota untuk rujukan kepada peguam.
  • Rujuk Kepada Peguam Hartanah
    Jika ada apa-apa yang anda tidak faham, jangan teragak-agak untuk merujuk kepada peguam hartanah anda. Mereka akan menerangkan dengan lebih jelas dan memastikan semua syarat dalam SPA adalah adil untuk anda.
  • Buat Soalan dan Minta Penjelasan
    Jangan malu untuk bertanya jika ada klausa yang membingungkan anda. Ini adalah hak anda sebagai pembeli untuk memastikan semuanya jelas dan teratur sebelum anda membuat komitmen besar seperti ini.
  • Semak Perubahan atau Pindaan
    Jika ada perubahan atau pindaan dalam perjanjian, pastikan semua perubahan tersebut telah direkodkan dengan betul dan anda telah bersetuju dengan semua pindaan yang dibuat.

Jangan malas atau terburu-buru untuk tandatangan tanpa baca dengan teliti setiap klausa yang ada. Jika ada bahagian yang tak jelas atau istilah yang tak difahami, jangan ragu-ragu untuk minta penjelasan daripada peguam dan agent anda. Ingat, dokumen ini adalah perlindungan anda sebagai pembeli, jadi pastikan semua isi kandungan jelas dan memuaskan hati sebelum tandatangan.

9. Tandatangan SPA Selepas Pinjaman Diluluskan & Buat Bayaran

Bila anda dah faham, pastikan anda hanya tandatangan Sales and Purchase Agreement (SPA) selepas pinjaman perumahan anda diluluskan sepenuhnya. 

Kenapa Perlu Tunggu Kelulusan Pinjaman Sebelum Tandatangan SPA?

  • Elak Terikat dengan Komitmen Tanpa Pinjaman
    Jika anda tandatangan SPA sebelum pinjaman diluluskan, anda sudah sah terikat dengan perjanjian untuk membeli rumah tersebut. Namun, jika pinjaman anda tidak diluluskan kemudian, anda mungkin berdepan dengan masalah kewangan kerana masih perlu menunaikan komitmen pembelian tanpa sokongan kewangan daripada bank.
  • Melindungi Deposit Anda
    Biasanya, deposit rumah (sehingga 10%) perlu dibayar semasa atau selepas SPA ditandatangani. Jika pinjaman tidak diluluskan, ada kemungkinan deposit tersebut tidak akan dikembalikan, bergantung kepada terma dalam perjanjian. Jadi, tunggu hingga pinjaman anda diluluskan untuk memastikan keselamatan deposit tersebut.
  • Mengelak Kelewatan dalam Proses Pembelian
    Menunggu kelulusan pinjaman sebelum tandatangan SPA juga membantu mengelakkan sebarang kelewatan dalam proses pembelian rumah. Setelah pinjaman diluluskan, anda boleh terus tandatangan SPA dan mula buat bayaran mengikut jadual yang ditetapkan tanpa menunggu lagi.

Selepas pinjaman diluluskan dan SPA ditandatangani, langkah seterusnya adalah membuat bayaran pendahuluan (down payment) seperti yang dipersetujui. Bayaran ini biasanya sekitar 10% daripada harga rumah. Proses ini adalah kunci untuk memastikan pembelian rumah berjalan lancar, dan anda boleh teruskan ke peringkat seterusnya dengan lebih tenang.

10. Lawat Lokasi Rumah Secara Berkala

Jika rumah baru anda masih dalam pembinaan, jangan lupa untuk melawat tapak pembinaan secara berkala. Ini penting supaya anda dapat memantau perkembangan kerja dan memastikan semuanya berjalan mengikut jadual.

Dengan lawatan berkala, anda juga boleh mengenal pasti sebarang masalah atau kelewatan lebih awal, seperti kecacatan binaan atau perubahan yang tak dijangka. Jika ada isu, anda boleh berbincang terus dengan pemaju untuk mencari penyelesaian. Ini juga memberi anda ketenangan hati, sebab anda dapat lihat sendiri proses pembinaan rumah impian anda.

Tips Melakukan Lawatan Berkala ke Lokasi Rumah

  • Jadualkan Lawatan secara Konsisten
    Rancang lawatan anda dengan konsisten, seperti setiap dua minggu atau sebulan sekali, bergantung kepada kadar kemajuan projek. Ini memastikan anda dapat memantau kemajuan secara berterusan dan mengesan sebarang masalah lebih awal.
  • Bawa Senarai Semak (Checklist)
    Sediakan senarai semak perkara yang anda perlu periksa semasa lawatan, seperti struktur bangunan, pemasangan pintu dan tingkap, sistem paip dan elektrik, serta bahan binaan yang digunakan. Ini membantu memastikan anda tidak terlepas sebarang butiran penting.
  • Ambil Gambar Kemajuan
    Semasa lawatan, ambil gambar perkembangan pembinaan. Ini bukan sahaja membantu anda merekodkan kemajuan projek, tetapi juga boleh digunakan sebagai bukti jika ada masalah timbul di kemudian hari.
  • Berbincang dengan Pemaju atau Kontraktor
    Semasa lawatan, luangkan masa untuk berbincang dengan pemaju atau kontraktor. Tanyakan tentang jadual terkini, sebarang cabaran yang dihadapi, dan apa langkah seterusnya dalam pembinaan. Ini memberi anda gambaran jelas tentang situasi sebenar di tapak.
  • Pastikan Keselamatan di Tapak
    Tapak pembinaan boleh berbahaya, jadi pastikan anda mematuhi semua peraturan keselamatan semasa melakukan lawatan. Pakai peralatan keselamatan jika perlu dan elakkan kawasan yang mungkin berisiko.
  • Rujuk kepada Peguam Jika Perlu
    Jika anda mengesan sebarang isu besar yang melibatkan pelanggaran kontrak atau spesifikasi, jangan teragak-agak untuk merujuk kepada peguam hartanah anda. Mereka boleh membantu anda berurusan dengan pemaju secara sah.

11. Pindahan Milik Rumah Kepada Anda

Selepas rumah anda siap dibina dan segala urusan pinjaman selesai, langkah seterusnya ialah menguruskan pindahan milik rumah ke atas nama anda. Proses ini melibatkan pengesahan dokumen dengan pihak berkuasa seperti pejabat tanah dan memastikan semua urusan undang-undang dipatuhi.

Tips Beli Rumah Baru untuk Pembeli Rumah Pertama 2024

Peguam hartanah anda akan membantu menguruskan dokumen-dokumen seperti Title Deed dan memastikan pindahan milik itu sah. 

Langkah-langkah Proses Pindahan Milik

  1. Dokumen yang Diperlukan
    Untuk memulakan proses pindahan milik, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut:
    • Salinan Perjanjian Jual Beli (SPA): Ini adalah bukti perjanjian antara anda dan penjual.
    • Surat Kelulusan Pinjaman Bank: Jika anda membeli rumah melalui pinjaman, salinan kelulusan pinjaman perlu disertakan.
    • Salinan Kad Pengenalan (IC): Ini digunakan untuk pengesahan identiti anda sebagai pemilik baru.
      Resit Bayaran Duti Setem: Bukti bahawa anda telah membayar duti setem untuk pindah milik.
  2. Bayaran Duti Setem
    Sebelum pindahan milik boleh dilakukan, anda perlu membayar duti setem yang dikenakan oleh Pejabat Tanah. Duti setem ini biasanya bergantung kepada harga rumah. Peguam hartanah anda akan membantu anda mengira jumlah duti setem yang perlu dibayar.
  3. Penyediaan Dokumen oleh Peguam
    Peguam hartanah anda akan menyediakan dokumen pindah milik dan menyerahkannya kepada Pejabat Tanah. Ini termasuk borang pindah milik (Form 14A), yang merupakan dokumen rasmi untuk memindahkan hak milik kepada anda.
  4. Penyerahan Dokumen ke Pejabat Tanah
    Setelah dokumen pindah milik disediakan, peguam akan menyerahkannya kepada Pejabat Tanah untuk didaftarkan. Pejabat Tanah akan memproses dokumen tersebut dan memastikan semuanya mengikut undang-undang.
  5. Pengesahan Pindah Milik
    Setelah Pejabat Tanah mengesahkan dokumen-dokumen yang diserahkan, nama anda akan direkodkan secara rasmi sebagai pemilik hartanah tersebut. Ini bermakna, anda kini sah sebagai pemilik rumah.
  6. Simpan Salinan Dokumen Hakmilik
    Setelah pindah milik selesai, pastikan anda menyimpan salinan dokumen hakmilik (geran) rumah. Dokumen ini adalah bukti pemilikan rumah yang sah dan perlu disimpan dengan selamat untuk kegunaan masa depan.

Bila semua bayaran yang berkaitan dengan proses ini juga telah diselesaikan, barulah secara rasmi rumah itu menjadi milik anda!

12. Periksa Rumah Untuk Sebarang Kerosakan (Defect Liability Period)

Selepas rumah diserahkan kepada anda, akan ada tempoh yang dikenali sebagai Defect Liability Period (DLP), di mana anda boleh memeriksa rumah untuk sebarang kerosakan atau kecacatan yang mungkin timbul. Dalam tempoh ini, pemaju bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang dilaporkan.

Apa yang Perlu Diperiksa Semasa DLP?

  • Struktur Bangunan
    Periksa dinding, siling, dan lantai untuk sebarang retakan, lekukan, atau kecacatan. Kecacatan struktur seperti ini boleh menjadi tanda masalah yang lebih serius, jadi penting untuk laporkan kepada pemaju secepat mungkin.
  • Sistem Paip dan Saliran
    Uji semua paip air dan saliran untuk memastikan tiada kebocoran atau masalah dengan aliran air. Periksa tandas, sinki, dan bilik mandi untuk pastikan air mengalir dengan baik dan tiada sebarang kebocoran.
  • Sistem Elektrik
    Uji semua soket elektrik, suis, dan lampu. Pastikan semuanya berfungsi dengan baik dan tiada masalah pendawaian yang boleh menyebabkan kerosakan lebih besar atau bahaya keselamatan.
  • Pintu dan Tingkap
    Pastikan semua pintu dan tingkap boleh dibuka dan ditutup dengan lancar. Periksa juga sama ada terdapat sebarang kecacatan pada kunci atau engsel.
  • Peralatan Pemasangan
    Jika rumah datang dengan peralatan pemasangan seperti kabinet dapur, pendingin hawa, atau pemanas air, pastikan semuanya dipasang dengan betul dan berfungsi dengan baik.
  • Sistem Pengudaraan dan Penghawa Dingin
    Jika rumah dilengkapi dengan sistem penghawa dingin atau sistem pengudaraan, pastikan ia berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah seperti kebocoran air atau bunyi bising yang berlebihan.

Cara Memanfaatkan Tempoh Defect Liability Period

  • Lakukan Pemeriksaan Terperinci Awal
    Sebaik sahaja anda menerima kunci rumah, lakukan pemeriksaan terperinci terhadap setiap sudut rumah. Anda boleh menggunakan senarai semak (checklist) untuk memastikan tiada aspek yang terlepas pandang.
  • Ambil Gambar dan Rekod Kerosakan
    Ambil gambar dan buat rekod bertulis bagi setiap kecacatan atau kerosakan yang ditemui. Ini penting untuk memastikan anda mempunyai bukti apabila melaporkan masalah tersebut kepada pemaju.
  • Laporkan Kerosakan kepada Pemaju Secara Bertulis
    Selepas mengenal pasti kecacatan, laporkan kepada pemaju secepat mungkin melalui surat atau e-mel. Pastikan anda menyimpan salinan laporan ini untuk rujukan. Biasanya, pemaju akan menyediakan borang khas untuk melaporkan kerosakan.
  • Berurusan dengan Pemaju Secara Proaktif
    Jika pemaju lambat bertindak atau enggan memperbaiki kerosakan, hubungi mereka secara berkala untuk memastikan tindakan diambil. Anda juga boleh berbincang dengan peguam hartanah jika masalah ini berlarutan.
  • Buat Pemeriksaan Semula Selepas Pembetulan
    Selepas pemaju membuat pembaikan, pastikan anda melakukan pemeriksaan semula untuk memastikan kerosakan telah diperbaiki dengan betul. Jangan teragak-agak untuk melaporkan semula jika masalah berulang.
  • Gunakan Khidmat Pakar Jika Perlu
    Jika anda tidak pasti tentang keadaan rumah, anda boleh mendapatkan khidmat jurutera atau pakar binaan untuk melakukan pemeriksaan yang lebih mendalam. Mereka boleh membantu anda mengesan masalah yang mungkin tidak jelas pada pandangan mata kasar.

Jika ada masalah, segera laporkan kepada pemaju sebelum DLP tamat. Ini penting kerana selepas tempoh ini berakhir, sebarang pembaikan akan menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya.

 

Untuk beli rumah pertama adalah satu langkah besar dalam hidup, jadi penting untuk anda lakukan dengan persiapan dan pengetahuan yang mencukupi. Dengan mengikuti cara beli rumah yang kami kongsikan di atas, anda boleh membuat keputusan dengan lebih yakin dan bijak.

Ingat, dari mengira kemampuan kewangan hingga ke memahami dokumen jual beli, setiap langkah adalah penting untuk memastikan pembelian rumah anda berjalan lancar. Jangan tergesa-gesa, buat kajian dengan teliti, dan pastikan anda mendapat bantuan profesional yang diperlukan. Selamat berjaya dalam pembelian rumah pertama anda!

Cari hartanah di sini

 

Artikel lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

beli rumah baru

tips beli rumah baru

beli rumah pertama

pembeli rumah pertama

tips beli rumah 2024

cara beli rumah pertama

kos beli rumah baru

panduan beli rumah baru

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More