Loading Property Genie

Cara Daftar dan Bayar Cukai Tanah Di JohorPay 2024

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Cukai tanah yang juga dkenali sebagai Quit Rent ialah cukai yang dikenakan ke atas hartanah persendirian oleh kerajaan negeri di Malaysia. Kadar cukai tanah adalah berbeza-beza buat setiap negeri dan pembayaran cukai tanah dikenakan adalah setiap tahun.

Ketahui tentang Cukai Tanah di sini!

Namun begitu, setiap negeri mempunyai cara tertentu untuk membayar cukai tanah ini, jadia rtikel kali ini kami akan menerangkan cara untuk membayar cukai tanah di Johor dengan menggunakan JohorPay.

Apa itu JohorPay?

JohorPay adalah platform pembayaran yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan untuk kerajaan Negeri Johor. JohorPay bukan saja memudahkan rakyat Johor membuat pembayaran, tetapi juga menjadi tempat untuk urusan perniagaan, pendidikan, dan kerjasama dengan swasta dan agensi kerajaan. Dengan JohorPay, urusan kerajaan jadi lebih pantas, telus, dan mudah untuk rakyat.

Buat pengetahuan semua, Portal JohorPay sudah beroperasi sejak 21 Oktober 2021, dan aplikasi mudah alih boleh dimuat turun mulai 2 Disember 2021.

Perkhidmatan Pembayaran JohorPay

JohorPay juga platform pembayaran bersepadu secara dalam talian Kerajaan Negeri Johor bagi bayaran perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun.

Antara perkhidmatan pembayaran Agensi Kerajaan Negeri Johor dan Pihak Berkuasa Tempatan melalui JohorPay adalah:

1. Pembayaran di Pentadbiran Tanah Johor

  • Bayaran Cukai tanah
  • Bayaran Permit Bahan Batuan

2. Pembayaran di Jabatan Agama Islam Negeri Johor

  • Bayaran lesen halal Jabatan Agama Islam Negeri Johor

3. Pembayaran di Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor

  • Bayaran Sijil Lot Bumiputera
  • Bayaran Pemprosesan Pindah Milik/ Fi Denda Pindah Milik
  • Bayaran Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR)
  • Bayaran Sewa Bulanan PPR
  • Bayaran Rumah Sewa Beli
  • Bayaran Penyelenggaran Rumah Pangsa

4. Pembayaran di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor

  • Bayaran Permit
  • Bayaran Perlesenan
  • Bayarwan Sewa Pelbagai Tanah
  • Bayaran Sewa Kenderaan
  • Bayaran Deposit Wang Tahanan
  • Bayaran Balik Pintaf

5. Pembayaran di SUKJ Bahagian Khidmat Pengurusan ( akan datang )

6. Pembayaran di Pihak Berkuasa Tempatan 

  • Cukai Harta

Cara Daftar Akaun JohorPay

1. Layari laman web JohorPay di https://johorpay.johor.gov.my/ atau download aplikasi JohorPay di telefon bimbit

johorpay apps

2. Di bahagian log masuk, klik pada “Daftar baru”

johorpay

3. Pilih kategori “Individu – Warganegara” dan lengkapkan maklmat yang diminta 

JohorPay

4. Lakukan pengesahan dengan memasukkan ko TAC yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda.

JohorPay

Syarat-Syarat Penggunaan JohorPay

Pastikan anda membaca syarat-syarat penggunaan JohorPay ini dengan teliti sebelum menggunakan kemudahan pembayaran dalam talian JohorPay. Dengan menggunakan kemudahan pembayaran melalui platform JohorPay, anda secara langsung menerima terma & syarat yang dinyatakan.

Semua pembayaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Semua jumlah dinyatakan ialah dalam MYR - Malaysia Ringgit.
  • KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak akan menerima sebarang liabiliti bagi bayaran yang tidak diterima oleh akaun agensi yang betul atau maklumat pembayaran yang tidak tepat. Kami juga tidak akan menerima sebarang liabiliti jika bayaran anda tidak dibenarkan atau ditolak oleh institusi kewangan atau pembekal perkhidmatan kewangan anda walau apa jua sebab.
  • Jika institusi kewangan atau pembekal perkhidmatan kewangan menolak pembayaran anda, KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak bertanggungjawab untuk membawa perkara ini kepada perhatian anda. Anda perlu menyemak dengan institusi kewangan atau pembekal perkhidmatan kewangan anda jika ada pembayaran telah ditolak dari akaun anda.
  • Bayaran anda akan dikemaskini dalam masa satu (1) ke lima (5) hari waktu bekerja

Cara Bayar Cukai Tanah di JohorPay 

cara bayar cukai tanah di JohorPay

1. Log in ke akaun JohorPay

2. Pilih Agensi Pentadbiran Tanah Johor

3. Pilih Cukai Tanah 

4. Isikan maklumat Nombor Hakmilik atau Nomobor Lot dan tekan Cari

5. Sahkan dan teruskan kepada pembayaran di JohorPay

 

Artikel Lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Cukai Tanah

JohorPay

Cara bayar cukai tanah Johor

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!