Loading Property Genie

Cara Mudah Semak Baki Pinjaman LPPSA 2024

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan untuk kakitangan awam di Malaysia. Bagi anda yang telah memohon pinjaman perumahan melalui LPPSA, mengetahui cara untuk menyemak baki pinjaman anda adalah sangat penting. Berikut adalah lima cara mudah untuk semak baki pinjaman LPPSA:

Tujuh Jenis Pinjaman LPPSA

LPPSA menawarkan tujuh jenis pinjaman yang memenuhi pelbagai keperluan peminjam, iaitu:

  • Jenis pinjaman LPPSA 1 - Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap.
  • Jenis pinjaman LPPSA 2 - Membina rumah di atas tanah sendiri.
  • Jenis pinjaman LPPSA 3 - Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan.
  • Jenis pinjaman LPPSA 4 - Membeli tanah dengan tujuan membina rumah.
  • Jenis pinjaman LPPSA 5 - Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank/institusi kewangan.
  • Jenis pinjaman LPPSA 6 - Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan.
  • Jenis pinjaman LPPSA 7 - Membuat kerja ubah suai rumah atau petak rumah kediaman.

Setiap jenis pinjaman ini direka untuk memenuhi keperluan yang berbeza bagi peminjam yang berkhidmat dalam sektor awam.

Cara Kiraan Pinjaman LPPSA

Sebelum memohon pinjaman, penting untuk mengetahui cara kiraan LPPSA. Berikut adalah garis panduan asas pengiraan LPPSA:

  1. Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.
  2. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.
  3. Kadar faedah adalah Kadar tetap 4% setahun ( 4% pa lppsa )

jadual kelayakan lppsa

Anggaran jumlah maksimum pembiayaan boleh dikira menggunakan kalkulator kelayakan pinjaman perumahan LPPSA dengan memasukkan amaun hartanah dan amaun yang dimohon. Amaun pembiayaan yang diluluskan adalah tertakluk kepada amaun yang terendah di antara berikut:

  • Harga hartanah
  • Penilaian JPPH
  • Amaun yang dimohon
  • Kelayakan maksimum pemohon
Baca sini untuk Info lengkap tentang LPPSA!

1. Semak Baki Pinjaman LPPSA Melalui SMS

Kaedah pertama untuk menyemak baki pinjaman adalah dengan menggunakan SMS. Berikut adalah panduan untuk semakan:

  1. Taipkan: LPSSA <jarak> Baki <jarak> No Kad Pengenalan
  2. Hantar SMS k e 15888

Contoh:  LPPSA BAKI 00123010085

2. Semak Baki Pinjaman LPPSA Secara Online

SEMAK BAKI PINJAMAN LPPSA

Melalui e-Settled LPPSA Portal, anda boleh menyemak baki pinjaman anda dengan mudah. Portal ini juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti:

  • Semakan Status Pinjaman Yang Telah Selesai
  • Status Lebihan Bayaran
  • Status Dokumen Hakmilik 
  • Permohonan Atas Talian
  • Permohonan Tuntutan Lebihan Bayaran
  • Permohonan Pemulangan Dokumen Hakmilik
  • Jadual bayaran balik LPPSA

esettled LPPSA

Portal e-Settled LPPSA adalah sebahagian daripada perkhidmatan eBiz LPPSA, yang memudahkan urusan anda dengan LPPSA secara online.

3. Semak Baki Pinjaman Menggunakan Aplikasi MyFinancing

LPPSA ebiz

LPPSA turut menyediakan aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai MyFinancing. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play untuk pengguna Android dan App Store untuk pengguna iOS. Melalui aplikasi ini, anda boleh:

  • Semak baki pinjaman
  • Kalkulator kelayakan pinjaman perumahan LPPSA
  • Melihat jadual bayaran balik LPPSA

LPPSA ebiz

Aplikasi MyFinancing adalah salah satu komponen penting dalam sistem jCredit LPPSA, yang membantu pengguna menguruskan pinjaman mereka dengan lebih efisien.

4. Semak Baki Pinjaman Melalui WhatsApp

Semak Baki Pinjaman Melalui WhatsApp

Sekarang, anda juga boleh menyemak baki pinjaman melalui WhatsApp! Caranya adalah seperti berikut:

  1. Hantar WhatsApp ke nombor rasmi LPPSA: 03-8880 2121.
  2. Anda akan dilayan oleh chatbot yang akan memberikan pilihan menu.
  3. Taipkan: LPPSA  <jarak> Nama Penuh <jarak> Nombor Kad Pengenalan <jarak> Nombor Telefon <jarak> Tarikh Pengesahan Perkhidmatan (Hari/Bulan/Tahun).

Contoh: LPPSA ABU BIN ALI 000123010085 0123456789 31/04/2036

Ini adalah satu cara yang sangat mesra pengguna, membolehkan anda berinteraksi dengan sistem Juris LPPSA untuk mendapatkan maklumat baki pinjaman anda.

5. Semak Baki Pinjaman Secara Terus

waktu operasi LPPSA

Jika anda lebih suka kaedah terus hubungi dengan pegawai, anda boleh menyemak baki pinjaman secara terus di:

Melalui portal LPPSA eTiket, anda juga boleh membuat pertanyaan lanjut atau sebarang isu berkaitan pinjaman anda.

Dengan pelbagai cara ini, anda boleh memilih yang paling sesuai dengan keperluan dan keselesaan anda. Pastikan anda sentiasa menyemak baki pinjaman anda secara berkala untuk mengelakkan sebarang masalah di masa depan.

Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk ke LPPSA portal terkini di https://www.lppsa.gov.my/v3/my/

Artikel berkaitan:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

jcredit lppsa

lppsa ebiz

ebiz lppsa

juris credit lppsa

juris lppsa

lpssa juris

eticket lppsa

semak baki pinjaman lppsa sms

kalkulator kelayakan pinjaman perumahan lppsa

lembaga pembiayaan perumahan sektor awam

jadual bayaran balik lppsa

lppsa e ticket

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!