Loading Property Genie

Cara Pengeluaran KWSP 2024

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Izzma

Membeli rumah ni memang lumrahnya menjadi cabaran terbesar, lagi-lagi bila harga hartanah atau rumah tu naik tanpa henti. Perkara nilah yang menghalang ramai orang untuk memiliki rumah. Haa... tapi kami ada satu solusi yang boleh anda gunapakai sebagai sumber bantuan kewangan selain daripada membuat pinjaman bank.

Semestinya dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pengeluaran KWSP Akaun 2. Pengeluaran KWSP ini menjadi pilihan yang popular dan menjadi sumber dana yang berguna untuk membantu dalam pembelian hartanah atau mereka yang ingin memiliki rumah pertama tau. Jadi, artikel ini akan membantu anda memahami secara mendalam mengenai proses pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah, termasuk syarat-syarat, kelayakan, dan langkah-langkah mudah yang perlu diambil untuk mengeluarkan duit dari KWSP untuk membeli rumah.

 

Apa perlu tahu tentang KWSP?

 

 

Konsep Simpanan KWSP

Sebelum memulakan proses pengeluaran KWSP, penting untuk anda memahami bagaimana simpanan KWSP ini berfungsi. Terdapat dua akaun utama dalam KWSP:

  • KWSP Akaun 1: Biasanya digunakan untuk simpanan persaraan dan terdapat sekatan umur untuk pengeluaran.
  • KWSP Akaun 2: Akaun ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk pembelian hartanah.

 

Selain daripada pembelian rumah, anda juga boleh menggunakan Akaun 2 untuk:

  • Bayar Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan:
    • Gunakan KWSP Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan secara automatik.
  • Beli Rumah PR1MA:
    • Anda boleh menggunakan KWSP untuk membeli rumah PR1MA, dengan syarat tertentu.
  • Naikkan Peluang Untuk Dapat Pinjaman Rumah dengan Bank:
    • Minta KWSP untuk mengalihkan duit simpanan ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel untuk meningkatkan kelayakan pinjaman rumah.

 

Syarat Kelayakan Pengeluaran KWSP

Sebelum membuat pengeluaran, tak kiralah anda beli hartanah daripada pemaju, individu atau pun unit lelongan, penting untuk anda fahami syarat-syarat kelayakan yang diperlukan. Anda perlu memastikan bahawa anda memenuhi semua kriteria KWSP berikut:

  • Warganegara Malaysia, atau status penduduk tetap (PR) Malaysia.
  • Belum berumur 55 tahun semasa permohonan.
  • Masih mempunyai baki minimum RM500 di akaun 2.
  • Membeli hartanah untuk dijadikan sebagai kediaman sahaja.
  • Membuat permohonan tidak lebih dari tiga tahun selepas tandatangan SPA.
  • Telah memperoleh pinjaman perumahan dari institusi yang diiktiraf oleh KWSP.

 

Jumlah Simpanan Yang Layak Dikeluarkan

Jumlah pengeluaran KWSP bergantung kepada kategori jenis pengeluaran, jenis pembelian rumah dan keadaan kewangan. Jenis pengeluaran KWSP boleh dikategorikan kepada dua iaitu pengeluaran individu dan juga pengeluaran bersama pasangan ataupun bersama ahli keluarga.

 

Kategori Pinjaman Perumahan Pembiayaan Sendiri/ Tunai
Pengeluaran Individu Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun 2 (mana lebih rendah) Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon
(mana lebih rendah)
Pengeluaran Bersama Harga rumah + tambahan 10% ATAU semua simpanan dalam Akaun 2 (mana lebih rendah)    

Harga rumah + tambahan 10% ATAU semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon
(mana lebih rendah)

 

Cara Permohonan Pengeluaran KWSP

Anda boleh membuat permohonan pengeluaran KWSP secara online melalui i-Akaun atau secara bersemuka di pejabat KWSP. Pastikan anda menyediakan semua dokumen yang diperlukan, termasuk borang permohonan, salinan SPA, dokumen pengenalan diri, dan maklumat akaun bank.

 

Tempoh Proses Pengeluaran KWSP

Proses permohonan pengeluaran KWSP mengambil masa selama 21 hari waktu bekerja, dengan pemberitahuan awal mungkin diterima dalam masa 7 hari waktu bekerja. Amaun yang diluluskan akan dibayar kepada anda dalam tempoh 15 hari selepas permohonan dikemukakan dengan syarat dokumen lengkap telah diserahkan.

 

6 Tips Mudah Beli Rumah Wajib Tahu

Sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, pastikan anda memahami beberapa tips penting:

  • Jelaskan matlamat dan tujuan pembelian rumah.
  • Pastikan kewangan anda dalam keadaan stabil.
  • Persiapkan semua dokumen yang diperlukan untuk pinjaman perumahan.
  • Pastikan anda mempunyai wang mencukupi untuk semua kos pembelian rumah.
  • Pilih lokasi rumah dengan bijak.
  • Fahami terma dan syarat dalam perjanjian jual beli sebelum menandatangani.

Dengan memahami proses pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah serta tips-tips ini, anda akan lebih bersedia untuk menghadapi proses pembelian rumah dengan keyakinan. Jangan lupa untuk menghubungi KWSP atau rundingkan dengan penasihat kewangan untuk bantuan lanjut dalam proses ini.

 

 

3 Langkah Mudah Permohonan Pengeluaran KWSP

Permohonan pengeluaran KWSP boleh dibuat secara online melalui i-Akaun atau secara bersemuka di pejabat KWSP. Tapi sebelum and memohon pastikan, anda telah check syarat pengeluaran dan dokumen yang diperlukan KWSP, termasuk borang permohonan, salinan SPA, dokumen pengenalan diri, dan maklumat akaun bank untuk permohonan anda berjalan dengan lebih lancar. Berikut adalah 3 langkah mudah:

 

Langkah 1: Tentukan Tujuan, Jumlah dan Semak Syarat Pengeluaran KWSP

Pastikan anda dah tahu semua perkara di bawah ini sebelum memohon pengeluaran KWSP:

  • Membeli atau membina rumah pertama atau kedua.
  • Mengurangkan atau melunaskan balik pinjaman rumah.
  • Membantu pasangan mengurangkan atau melunaskan balik pinjaman rumah mereka.
  • Jumlah duit KWSP yang boleh dikeluarkan bergantung kepada tujuan pengeluaran dan jenis pembelian
  • Semak dan juga memenuhi semua syarat pengeluaran KWSP

Langkah 2: Sediakan Dokumen Pengeluaran KWSP

Pastikan anda mempunyai semua dokumen yang diperlukan KWSP untuk membuat permohonan. Ini termasuk:

  • Borang pengeluaran KWSP [Borang KWSP 9C(AHL)].
  • Salinan asal SPA.
  • Salinan pengenalan diri (myKad atau pasport).
  • Salinan surat kelulusan pinjaman dari pembiaya anda.
  • Maklumat akaun bank, seperti buku simpanan atau penyata bank.
  • Surat Perjanjian Jual Beli – tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal

Namun sekiranya anda ingin gunakan untuk Rumah Pertama atau Kedua, anda perlukan beberapa dokumen tambahan kerana pinjaman dan pembiayaan perumahan mempunyai ciri-ciri yang mungkin berbeza bagi pembelian rumah pertama dan kedua. Jadi, ia amatlah penting untuk menyusun semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.

 

Rumah Pertama:

Kategori Maksudnya
Pinjaman

Bukti Pembelian

  • Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)

Bukti Pembiayaan

  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan
  • Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan
  • Borang Gadaian 16A
  • ’Deed Of Assignment’
  • Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman

Bukti Pertalian

  • Sijil Perkahwinan
  • Sijil Kelahiran
Pembiayaan Sendiri

Bukti Pembelian

  • Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)

Bukti Pembayaran

  • Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah

Bukti Pembelian Tunai

  • Surat Pengesahan Pemaju Mengenai Belian Tunai yang mengandungi maklumat butiran harta

Bukti Pembinaan

  • Sijil Arkitek
  • Surat Permintaan Bayaran yang menunjukkan peringkat pembinaan tidak kurang daripada 20%
  • Sijil Layak Menduduki (Certificate of Fitness - CF/ Certificate of Occupation - CO)

Bukti Pertalian

  • Sijil Perkahwinan
  • Sijil Kelahiran

 

Rumah Kedua:

Kategori Maksudnya
Pinjaman

Bukti Pembelian

  • Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)

Bukti Pembiayaan

  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan
  • Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan
  • Borang Gadaian 16A
  • ’Deed Of Assignment’
  • Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman

Bukti Pertalian

  • Sijil Perkahwinan
  • Sijil Kelahiran

Bukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama

  • Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah;
    **Nota: Bagi rumah yang dipindah milik atas dasar kasih sayang (tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), perlu sertakan mana-mana dokumen bukti pertalian. ATAU
  • Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’); DAN Surat pengesahan daripada peguam pembeli/ penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007) ATAU
  • Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) antara ahli dan pemilik baru yang sempurna dan mesti mempunyai Cop Duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% daripada harga penjualan ATAU
  • Suratan Hakmilik atas nama pemilik baru DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru ATAU
  • Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5/ 5A (‘Real Property Gain Tax’) DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru ATAU
  • Perakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN16I)/ Perakuan jual oleh mahkamah (KTN16F) ATAU
  • Pengesahan Bank Pelelong mengenai lelongan harta ATAU
  • Penyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak DAN surat cerai (bagi kes perceraian) ATAU
  • Carian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru ATAU
  • Surat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran/ Majlis Daerah/ Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam ATAU
  • Surat Pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Kerajaan Negeri bagi projek terbengkalai/ bermasalah/ sakit ATAU
  • Surat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama (‘Deed Of Revocation’ atau ‘Deed of Rescission’) ATAU
  • Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju/ peguam ATAU
  • Cukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran/ pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru ATAU
  • Surat pengesahan mengenai kemusnahan rumah akibat kebakaran dan mengakibatkan hilang tempat kediaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat/ Polis Di Raja Malaysia/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Majlis Tempatan/ Ketua Kampung dan lain-lain yang diberi kuasa; DAN Dokumen tambahan seperti gambar kejadian atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan pemohon (jika perlu).
Pembiayaan Sendiri

Bukti Pembelian

  • Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)

Bukti Pembayaran

  • Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah

Bukti Pembelian Tunai

  • Surat Pengesahan Pemaju Mengenai Belian Tunai yang mengandungi maklumat butiran harta

Bukti Pembinaan

  • Sijil Arkitek
  • Surat Permintaan Bayaran yang menunjukkan peringkat pembinaan tidak kurang daripada 20%
  • Sijil Layak Menduduki (Certificate of Fitness - CF/ Certificate of Occupation - CO)

Bukti Pertalian

  • Sijil Perkahwinan
  • Sijil Kelahiran

Bukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama

  • Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah; **Nota: Bagi rumah yang dipindah milik atas dasar kasih sayang (tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), perlu sertakan mana-mana dokumen bukti pertalian. ATAU
  • Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’); DAN Surat pengesahan daripada peguam pembeli/ penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007); ATAU
  • Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) antara ahli dan pemilik baru yang sempurna dan mesti mempunyai Cop Duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% daripada harga penjualan; ATAU
  • Suratan Hakmilik atas nama pemilik baru DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
    Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5/5A (‘Real Property Gain Tax’) DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
  • Perakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN16I)/ Perakuan jual oleh mahkamah (KTN16F); ATAU
  • Pengesahan Bank Pelelong mengenai lelongan harta; ATAU
    Penyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak DAN surat cerai (bagi kes perceraian); ATAU
  • Carian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
  • Surat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran/ Majlis Daerah/ Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam; ATAU
  • Surat Pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Kerajaan Negeri bagi projek terbengkalai/ bermasalah/ sakit; ATAU
  • Surat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama (‘Deed Of Revocation’ atau ‘Deed of Rescission’); ATAU
  • Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju/ peguam; ATAU
  • Cukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran /pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
  • Surat pengesahan mengenai kemusnahan rumah akibat kebakaran dan mengakibatkan hilang tempat kediaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat/ Polis Di Raja Malaysia/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Majlis Tempatan/ Ketua Kampung dan lain-lain yang diberi kuasa; DAN Dokumen tambahan seperti gambar kejadian atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan pemohon (jika perlu).

 

**Peringatan: Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa. (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)

 

 

Langkah 3: Mohon Pengeluaran Melalui i-Akaun

Anda boleh membuat permohonan pengeluaran secara atas talian melalui i-Akaun KWSP. Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Daftar i-Akaun di mana-mana kiosk atau kaunter KWSP yang berdekatan dan dapatkan ID pengguna serta kata laluan sementara.
  2. Log masuk ke laman web KWSP dan pilih "AHLI (I-AKAUN)".
  3. Masukkan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diberikan.
  4. Setujui terma dan syarat untuk mengaktifkan i-Akaun anda.
  5. Setelah berjaya mendaftar masuk, buka "Withdrawal" dan tekan "New Application" untuk memulakan proses permohonan.

 

Pastikan anda memahami sepenuhnya semuanya tentang KWSP dan tanggungjawab yang terlibat dalam pengeluaran duit KWSP. Sekiranya ada kekeliruan atau pertanyaan, hubungi KWSP atau tekan sini untuk mendapatkan bantuan lanjut. Jadi, semak baki caruman KWSP anda sekarang, mungkin sudah tiba masanya untuk memiliki rumah impian anda!

 

Artikel berkaitan:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

KWSP

loan

beli rumah

Pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah

Syarat-syarat pengeluaran KWSP

Cara guna KWSP beli rumah

dokumen pengeluaran kwsp untuk rumah

warganegara Malaysia

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!