
Written by Fazrina Fezili
Pernah dengar istilah “geran kongsi”? Kalau anda tengah survey tanah kampung, rumah lelong, tanah lot murah, atau tanah pusaka berhenti dulu dan baca artikel ni sampai habis. Jangan main beli atau sign apa-apa perjanjian ikut suka hati je, walaupun harga nampak menarik dan owner nampak meyakinkan kalau anda sendiri tak faham apa maksud geran kongsi.
Sebab kalau anda terbeli tanah atau rumah dengan geran kongsi tanpa faham risikonya, sebab silap hari bulan, walaupun dah bertahun-tahun punbelum tentu rumah boleh tukar nama. Duit dah keluar, tapi nama tak boleh tukar. Rumah dah siap, tapi tak boleh buat loan. Kalau pemilik asal dah meninggal, lagi panjang ceritanya dan lagi parah, ada kes tanah kena rampas semula sebab tak sah dari segi undang-undang.
Dalam artikel ni, kami akan explain:

Geran kongsi ialah satu dokumen hak milik tanah yang mengandungi dua atau lebih nama, tanpa pecahan lot yang jelas. Dalam istilah mudah, semua pemilik dalam geran kongsi tu berkongsi keseluruhan tanah, bukan setiap orang ada bahagian yang khusus.
Contoh: Satu bidang tanah 1 ekar, ada 6 nama dalam geran. Tapi tak dinyatakan siapa punya bahagian mana. Jadi semua orang ada hak atas keseluruhan tanah secara sama rata.
Dalam bahasa mudahnya ialah geran tanah yang ada banyak nama dalam satu dokumen. Tapi berbeza dengan hartanah strata (macam apartment atau kondominium), geran kongsi tak ada pecahan lot atau sempadan yang rasmi.
Tanah geran kongsi ni biasa berlaku di Malaysia, terutamanya di:
Nampak macam senang nak beli, tapi sebenarnya sangat berisiko jika anda tak buat semakan geran tanah secara rasmi.
Bila anda beli tanah geran kongsi, nama anda tak boleh masuk geran kalau tak dapat persetujuan daripada semua pemilik dalam geran tu. Kalau ada 8 nama dalam geran, semua 8 kena sign surat persetujuan. Kalau seorang tak setuju atau tak dapat dikesan, proses terbatal.
Tanah geran kongsi tak layak dijadikan cagaran pinjaman sebab tiada sempadan khusus. Bank tak boleh pegang satu bahagian tanah yang tak wujud secara sah dalam geran. Maksudnya, anda perlu beli secara tunai – tiada bantuan pinjaman bank.
Kalau anda beli dari salah seorang pemilik geran kongsi, anda tak boleh terus bina rumah atau bangunan atas tanah tu. Anda perlu minta persetujuan bertulis daripada semua pemilik. Kalau seorang tak setuju, anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Satu lagi masalah besar tanah geran kongsi ialah bila pemilik asal meninggal dunia. Bahagian dia akan diwarisi oleh waris – dan nama dalam geran akan bertambah. Dalam masa 10 tahun, geran yang dulu ada 3 nama boleh jadi ada 20 nama. Semua ni anda kena uruskan kalau nak beli.

Nak tahu tanah tu geran kongsi ke tak?
Buat semakan rasmi melalui:
Maklumat penting yang anda akan dapat:
Semak geran tanah adalah langkah wajib sebelum beli tanah, terutamanya tanah kampung atau rumah lelong. Jangan sesekali beli kalau tak tengok geran asal.
Kalau anda memang minat tanah tu sebab lokasi strategik, harga murah, atau sentimental value ya, boleh beli. Tapi anda kena ikut beberapa langkah penting untuk kurangkan risiko:
Jangan percaya kalau owner kata “yang lain semua okay je.” Anda kena dapatkan tandatangan semua pemilik, dan buat perjanjian rasmi dengan peguam. Kalau tak, proses boleh terbatal bila-bila masa.
Peguam akan bantu buat carian rasmi, sediakan dokumen jual beli, dan semak status tanah. Jangan guna surat tulis tangan atau borang fotostat dari internet.
Kalau anda dah jadi pemilik bersama, anda boleh mohon untuk pecahkan tanah tersebut supaya anda dapat geran individu. Tapi ini proses yang lama dan mahal. Perlukan:
Kalau berjaya, tanah anda akan dapat geran baru atas nama anda sahaja – barulah anda bebas nak bina rumah, mohon loan, dan pindah milik.
Semua kesilapan ni boleh menyebabkan anda rugi duit dan masa. Ada yang dah duduk 10 tahun atas tanah orang, tapi sampai hari ni nama tak masuk geran.
Geran kongsi bukan satu benda haram atau salah. Ia sah di sisi undang-undang. Tapi untuk pembeli biasa yang nak beli rumah sebagai tempat tinggal, buat pelaburan, atau hadiah untuk anak-anak – tanah atau rumah yang ada geran kongsi memang penuh risiko.
Kalau anda:
Lebih baik beli hartanah yang ada geran individu. Proses mudah, urusan jelas, dan tak pening kepala di kemudian hari.
Anda boleh mula cari rumah atau tanah yang sah dari segi undang-undang dekat platform hartanah seperti Property Genie, dengan maklumat lokasi dan status hak milik yang lengkap daripada ejen hartanah yang boleh dipercayai.
Artikel Lain: