PROPERTY GUIDE
Written by Fazrina Fezili
Bila geran rumah hilang, ia boleh menjadi satu isu yang merisaukan, terutamanya apabila ia melibatkan aset yang penting seperti rumah atau tanah. Iyalah, tanpa geran tanah, anda mungkin menghadapi kesulitan untuk membuktikan pemilikan atau menguruskan hal-hal berkaitan tanah anda.
Dalam situasi ini, penting untuk mengenal pasti langkah-langkah yang betul untuk memohon geran tanah baru dan memastikan semua dokumen sokongan disediakan dengan lengkap.
Artikel ini akan memberikan panduan lengkap tentang cara mendapatkan salinan geran rumah baru serta prosedur yang perlu diikuti untuk menggantikan geran tanah yang hilang.
Anda juga boleh membuat permohonan hakmilik geran tanah yang baru untuk kategori yang berikut:
Langkah pertama yang perlu dilakukan apabila geran tanah hilang adalah dengan membuat laporan polis. Ini merupakan tindakan wajib untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa dokumen penting telah hilang. Laporan polis juga akan menjadi bukti rasmi yang diperlukan oleh Pejabat Tanah semasa proses permohonan geran baru. Pastikan anda menyertakan maklumat hartanah dengan tepat seperti:
Laporan ini bukan sahaja penting dari segi prosedur, tetapi juga membantu melindungi anda dari kemungkinan penyalahgunaan dokumen tersebut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selepas membuat laporan polis, langkah seterusnya adalah membuat akuan sumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah dan dicap di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Akuan sumpah ini berfungsi sebagai pengesahan rasmi yang menyatakan bahawa anda telah kehilangan geran tanah atau rumah. Ia merupakan dokumen penting yang akan digunakan sebagai bukti tambahan dalam proses permohonan penggantian geran.
Jika anda tidak pasti bagaimana menulis akuan sumpah, anda boleh merujuk contoh surat akuan sumpah tanah atau contoh surat akuan sumpah waris sebagai panduan. Dalam akuan tersebut, pastikan maklumat seperti butiran hartanah dan situasi kehilangan dinyatakan dengan jelas dan tepat.
Contoh surat akuan sumpah untuk geran tanah hilang. © Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP).
Setelah melengkapkan laporan polis dan akuan sumpah, langkah seterusnya adalah memohon geran tanah baru di Pejabat Tanah. Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan dan disertakan bersama borang permohonan di Pejabat Tanah:
Ketika hadir ke Pejabat Tanah, pemilik akan dikehendaki mengisi borang permohonan untuk mendapatkan geran baru. Semua dokumen di atas perlu dikepilkan bersama-sama dengan borang permohonan tersebut.
Bayaran Permohonan untuk penggantian geran tanah juga berbeza di setiap Pejabat Tanah. Sebagai contoh, di Selangor, bayaran yang dikenakan adalah:
Pastikan anda membawa semua dokumen dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan bagi mempercepatkan proses permohonan geran baru di Pejabat Tanah.
Selepas permohonan dihantar, Pejabat Tanah akan menjalankan siasatan bagi memastikan geran tanah yang dilaporkan hilang benar-benar hilang dan tidak sedang digunakan oleh pihak lain. Proses siasatan ini mungkin memerlukan sedikit masa, bergantung kepada kes dan kelengkapan dokumen yang diberikan.
Pejabat Tanah perlu menyemak rekod pemilikan serta memastikan tiada penipuan atau penyalahgunaan yang berlaku. Langkah ini penting untuk melindungi hak pemilik hartanah yang sah dan mengelakkan kemungkinan pemalsuan dokumen.
Setelah permohonan diterima dan siasatan dijalankan, pemilik biasanya akan menerima surat dari Pejabat Tanah yang memaklumkan tentang status permohonan. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan alamat surat-menyurat yang diberikan adalah alamat terkini bagi mengelakkan sebarang kelewatan atau kesulitan dalam proses komunikasi.
Dalam tempoh siasatan, pemilik mungkin dipanggil untuk menghadiri sesi soal jawab bersama pegawai Pejabat Tanah. Beberapa soalan akan diajukan untuk memastikan butiran tentang kehilangan geran tanah adalah benar dan tiada keraguan atau percanggahan maklumat. Pemilik perlu memberikan jawapan yang tepat dan bekerjasama sepenuhnya untuk memudahkan proses siasatan.
Setelah siasatan selesai dan permohonan diluluskan, Pejabat Tanah akan mengeluarkan salinan geran rumah atau geran tanah yang baru. Anda akan dimaklumkan oleh pihak Pejabat Tanah mengenai tarikh dan waktu bila geran tersebut sedia untuk dikutip. Pada waktu itu, anda perlu hadir sendiri ke Pejabat Tanah untuk mengambil geran baru tersebut dengan membawa dokumen pengenalan diri.
Proses mendapatkan geran tanah baru ini biasanya akan berjalan dengan lancar sekiranya semua dokumen yang diperlukan diserahkan dengan lengkap dan tepat. Dengan mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan, anda dapat memastikan permohonan berjalan dengan cepat dan tanpa masalah.
Proses penggantian geran tanah hilang biasanya mengambil masa antara 3 hingga 6 bulan, bergantung kepada jenis hakmilik tanah tersebut, sama ada ia Hakmilik Sementara (HS(D)) atau Hakmilik Kekal (GRN dan PN) dan Pejabat Tanah yang menguruskan kes tersebut. Waktu pemprosesan ini boleh berbeza-beza berdasarkan kerumitan kes, jumlah permohonan yang diterima, dan keperluan siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Di Selangor, sebagai contoh, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor mengambil masa yang berbeza untuk setiap jenis hakmilik tanah:
Setiap permohonan perlu melalui siasatan yang teliti untuk memastikan tiada penipuan atau salah guna berlaku. Oleh itu, penting untuk anda bersabar dan memantau status permohonan secara berkala dengan Pejabat Tanah yang berkenaan.
Artikel Lain:
Share :
Article Highlights
geran rumah hilang
cara dapat salinan geran rumah
permohonan geran tanah baru
geran tanah rosak
proses ganti geran rumah
cara mohon geran tanah hilang
permohonan hakmilik tanah baru
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent
Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!
Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.
We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!
Top Searched Property For Sale
Properties For Sale in Kuala Lumpur
Properties For Sale in Petaling Jaya
Properties For Sale in Johor Bahru
Properties For Sale in Seremban
Top Searched Property For Rent
Properties For Rent in Kuala Lumpur
Properties For Rent in Petaling Jaya
Properties For Rent in Johor Bahru
Properties For Rent in Seremban
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent