Loading Property Genie

Panduan lengkap Membeli Rumah Lelong di Malaysia

PROPERTY GUIDE

Written by Property Genie Editor

Cara Beli Rumah Lelong Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu!

Sebut sahaja fasal rumah lelong, mesti ramai yang tanam dalam fikiran perkara negatif tentang rumah lelong ni sampaikan terbayang-bayang rumah yang buruk dengan kos yang tinggi untuk dibaik pulih. Tak cukup dengan itu, pembelian rumah lelong ini juga adakalanya merumitkan dari segi undang-undang dan mempunyai risiko yang tinggi seperti penglibatan kos-kos tersembunyi.

 

 

Tapi tahukah anda yang sebenarnya rumah lelong ini merupakan pelaburan yang terbaik dengan kadar keuntungan yang tinggi. Semuanya atas sebab harga yang ditawarkan oleh rumah lelong jauh lebih rendah berbanding hartanah yang ditawarkan oleh pemaju atau rumah sekunder (sub sale). Malah harga rumah lelong boleh dipilih berdasarkan kesesuaian bajet anda juga. Nak tahu lebih lanjut berkenaan rumah lelong dan prosesnya? Artikel ini akan menjadi panduan untuk anda membeli rumah lelong.

 

 

Apa itu Rumah Lelong?

Sebelum kami membincangkan prosessnya, anda kena faham dulu apa yang dimaksudkan dengan hartanah lelong ini. Rumah lelong atau hartnaha lelong merujuk kepada proses menjual rumah atau hartanah di mana pemilik asalnya gagal untuk membayar pinjaman perumahan atau hutang lain kepada pihak bank atau institusi kewangan. Sebagai tindak balas terhadap kegagalan pembayaran tersebut, pihak bank atau institusi kewangan memulakan proses lelong untuk mendapatkan kembali jumlah hutang yang belum dibayar.

Proses lelong ini melibatkan penjualan hartanah melalui proses penawaran terbuka di mana individu atau pelabur boleh membuat tawaran untuk membeli hartanah tersebut. Hartanah yang dilelong biasanya diumumkan melalui pengumuman awam, dan lelongan dapat diadakan di lokasi fizikal atau secara dalam talian.

 

Jenis Lelongan Hartanah Di Malaysia

Terdapat dua jenis rumah lelong yang biasanya terdapat di pasaran lelong Malaysia iaitu:

  • Lelongan awam
  • Lelongan mahkamah/pejabat tanah

Perbezaan antara Lelongan Awam dan Lelongan mahkamah/pejabat tanah:

Lelongan awam Lelongan mahkamah/pejabat tanah

Lelongan yang dijalankan oleh pihak pelelong di kawasan awam seperti di dewan lelongan atau hotel.

Lelongan Mahkamah merupakan lelongan yang dijalankan pihak pelelong di Mahkamah atau Pejabat Tanah.
Jenis lelongan LACA (Perjanjian Pinjaman Dan Serah Hak/ Loan Agreement Cum Assignment) - Hartanah yang tidak mempunyai hak milik individu atau strata. Jenis lelongan NON-LACA (Lelongan Perjanjian Bukan Pinjaman Dan Serah Hak/ Non-Loan Agreement Cum Assignment) - Hartanah yang mempunyai hak milik individu atau strata.
Baki belian perlu diselesaikan dalam tempoh 90 hari selepas bidaan telah berjaya ke atas hartanah LACA. Baki belian hartanah non-LACA boleh diselesaikan dalam masa 120 hari selepas pembelian.

 

Panduan Lengkap Membeli Rumah Lelong 

 

Proses Sebelum Membeli

Tentukan Bajet

Langkah pertama sebelum membeli rumah lelong adalah menentukan bajet yang bersesuaian. Proses beli rumah lelong memerlukan anda untuk membayar duit muka atau deposit rumah sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga rumah. Bukan itu saja, anda juga perlu mengambil kira segala kos tambahan yang ada seperti cukai, kos peguam, dan kos renovation atau perbaikan yang mungkin diperlukan. 

Semak Kelayakan Pinjaman

Pastikan kelayakan pinjaman anda telah dipertimbangkan atau daptkan maklumat lebih lanjut dengan hubungi bank atau institusi kewangan untuk mengetahui sejauh mana anda boleh mendapatkan pinjaman dan berapakah jumlah maksimum yang boleh dipinjam. Untuk lebih mudah, anda juga boleh mengira keseluruhan loan yang ada dengan loan calculator kami untuk membantu anda menetapkan bajet pembelian untuk rumah lelong tersebut.

Maklumat tentang Rumah Lelong

Maklumat tentang rumah lelong ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

  • Keselamatan: Mengutamakan rumah lelong yang berdekatan dengan kemudahan keselamatan seperti balai polis dan balai bomba.
  • Kejiranan: Jangan lupa untuk selidik lokasi dan memerhatikan kawasan kejiranan anda sama ada kawasan perumahan tersebut sunyi atau mempunyai aktiviti komuniti yang aktif.
  • Kemudahan Booster: Booster hartanah merupakan faktor yang utama untuk pelabur agar dapat menarik minat penyewa. Sebagai contoh, rumah lelong tersebut perlu mempunyai pelbagai kemudahan seperti lebuhraya, pengangkutan awam dan lain-lain.

Bandingkan dengan Harga Pasaran

Bagi mengelakkan berlakunya kerugian, anda perlu selidik tentang harga pasaran semasa sebelum membeli rumah lelong yang telah dipilih. Anda boleh membuat semakan harga pasaran melalui platform jual beli hartanah secara dalam talian bagi mendapatkan gambaran harga terkini hartanah. Ingat! Nilai pasaran rumah lelong biasanya 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran rumah baharu dan ia juga bergantung pada lokasi.

Lakukan 'Site Visit' atau Turun padang

Penting untuk anda melakukan lawatan rumah berkenaan terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan dan kawasan persekitarannya sebelum membuat keputusan untuk membida kerana rumah lelong dijual dalam keadaan sedia ada. Bagi rumah lelong, anda tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah. Walaupun melihat luaran sahaja, biasanya anda boleh menjangkakan keadaan dalaman rumah.

 

Proses Semasa Membeli

Hadir ke Proses Bidaan

Secara umumnya, terdapat dua jenis lelongan hartanah iaitu:

  • Lelongan Hartanah di Tempat Fizikal
  • Lelongan Hartanah secara Online/Talian

Pastikan anda tiba awal di dewan lelongan dan sentiasa membuat bidaan dalam peruntukan yang telah ditetapkan. Ketika proses lelongan berlangsung, anda perlu menyediakan jumlah deposit yang diperlukan dan dikehendaki menunjukkan bank draf dan kad pengenalan anda.

Ingat, dua benda ini adalah perkara yang paling penting untuk dibawa ke lelongan hartanah! 

 

Proses Selepas Membeli

Keputusan bidaan 

Jika bidaan anda berjaya untuk lelongan fizikal, anda akan dipanggil untuk membuat pembayaran deposit dan menandatangani dokumen POS. Apabila dokumen sudah dicop, anda akan diberikan salinan asli.

Bagi lelongan dalam talian pula, anda perlu menandatangani Kontrak Jualan dan membayar baki deposit (jika ada) melalui pemindahan bank dalam talian, Pos Laju, atau dengan sendiri pada hari bekerja tertentu.

 

Dengan mengikuti panduan ini, anda bukan sahaja dapat mengurangkan risiko tapi dapat meningkatkan peluang kejayaan dang bersiap sedia dalam pembelian rumah lelong. Pesanan terakhir kami adalah untuk sentiasa berunding dengan pakar hartanah atau penasihat undang-undang untuk mendapatkan nasihat yang lebih terperinci dan sesuai dengan keperluan anda.

 

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

rumah lelong malaysia

proses lelong hartanah

jenis lelongan

maklumat rumah lelong

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!