
Written by Fazrina Fezili
Bila sebut pasal kawasan Kota Masai, ramai orang tahu kawasan ini memang jadi tumpuan pembeli rumah sebab lokasinya yang strategik di Pasir Gudang Johor. Antara taman perumahan yang semakin berkembang pesat ialah Taman Kota Masai, yang terletak bersebelahan dengan projek-projek moden seperti Eco Tropics yang dibangunkan oleh EcoWorld. Apa yang menarik, harga rumah di sini masih jauh lebih berpatutan walaupun lokasinya strategik dan penuh dengan kemudahan harian.
Harga rumah di sini masih lagi dalam kategori mampu milik jika nak dibandingkan dengan kawasan lain seperti Bandar Seri Alam atau Scientex. Bagi mereka yang bekerja di kawasan industri Pasir Gudang atau yang selalu berulang-alik ke Johor Bahru dan Singapura, Taman Kota Masai Pasir Gudang Johor adalah antara pilihan terbaik untuk dijadikan rumah pertama, rumah keluarga, ataupun pelaburan jangka panjang.
Tambahan pula, kemudahan harian semua ada di sekitar sekolah, kedai, masjid, pasaraya, malah akses jalan pun mudah terus ke Lebuhraya Pasir Gudang.

Antara sebab utama ramai orang tertarik dengan kawasan ini adalah kerana kemudahan harian memang cukup lengkap.
Kemudahan yang lengkap ini memberi kelebihan kepada penduduk sebab tak perlu bergerak jauh untuk urusan harian. Malah Taman Kota Masai terletak lebih kurang:
Lokasi ini menjadikannya salah satu kawasan yang semakin berkembang. Ramai pembeli rumah mula mencari alternatif selain daripada kawasan yang lebih mahal seperti Bandar Baru Seri Alam dan Permas Jaya.
Selain itu, dengan adanya Eco Tropics Business Centre yang semakin popular dengan deretan restoran viral, kedai hipster, dan kedai jenama terkenal, nilai hartanah di sekitar Kota Masai dijangka akan terus meningkat.

| Know More |

| Know More |

| Know More |

| Know More |

| Know More |

| Know More |

| Know More |
Kalau dibandingkan dengan projek baharu seperti Eco Tropics, rumah di Taman Kota Masai masih ditawarkan pada harga yang jauh lebih rendah sekitar RM275k hingga RM330k sahaja untuk rumah 2 tingkat. Dengan lokasi matang, kemudahan lengkap, serta akses mudah ke Pasir Gudang dan Johor Bahru, kawasan ini memang berbaloi untuk pembeli rumah pertama mahupun pelabur.
Bagi anda yang sedang mencari rumah di kawasan Masai, jangan lepaskan peluang untuk semak rumah-rumah menarik di Taman Kota Masai Pasir Gudang Johor ini.
Artikel Lain: