
Written by Fazrina Fezili
Ramai orang rasa beli rumah tu cuma untuk orang yang ada kerja tetap dengan slip gaji bulanan. Padahal, sekarang ramai je yang kerja sendiri seperti freelancer, rider, peniaga online, content creator yang income dia kadang-kadang lagi besar dari orang makan gaji. Cuma masalahnya, bila nak mohon loan rumah, bank akan tanya pasal slip gaji.
Kalau tak ada slip gaji, memang nampak macam susah nak beli rumah. Tapi sebenarnya, ada banyak cara untuk lulus pinjaman rumah tanpa slip gaji. Bank bukan nak susahkan, mereka cuma nak pastikan kita mampu bayar setiap bulan. Jadi, kalau anda kerja sendiri, kena bijak tunjuk bukti yang pendapatan memang stabil.

Bank di Malaysia jadikan slip gaji sebagai dokumen utama kerana ia mudah dan jelas menunjukkan:
Tanpa slip gaji, bank risau anda tidak konsisten dari segi pendapatan. Sebab itu, mereka perlukan bukti lain sebelum meluluskan housing loan Malaysia.
Bagi anda yang kerja sendiri, cabarannya ialah membuktikan pendapatan dengan cara lain.
Ramai peniaga online masih berniaga secara tidak rasmi. Untuk beli rumah tanpa slip gaji, perkara pertama yang wajib dibuat ialah daftar perniagaan dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
Dengan SSM, anda boleh tunjukkan kepada bank bahawa pendapatan anda datang daripada bisnes yang sah. Ia juga syarat penting bagi kebanyakan bank dalam proses loan rumah kerja sendiri.
Bank nak tengok duit masuk dan keluar dalam akaun anda. Lagi stabil, lagi senang nak lulus loan.
Tip penting:
Kalau setiap bulan ada cash flow masuk, walaupun jumlah berbeza-beza, bank akan lebih yakin. Bank akan minta penyata bank sekurang-kurangnya 6 bulan hingga 12 bulan untuk menilai kelayakan pinjaman rumah.
Ramai freelancer gagal di sini kerana tidak hantar cukai pendapatan. Tetapi kalau anda mahu lulus pinjaman rumah tanpa slip gaji, anda perlu ada laporan cukai. Iyalah, ramai freelancer takut declare cukai sebab ingatkan beban. Tapi untuk loan rumah kerja sendiri, cukai ni lah “senjata rahsia” anda.
Bank suka peminjam yang bayar cukai sebab ia bukti pendapatan anda diiktiraf kerajaan. Lagi besar peluang loan diluluskan.
Kalau bisnes makin besar, boleh lantik akauntan untuk sediakan Profit & Loss Statement (untung rugi) serta Balance Sheet (penyata kedudukan kewangan). Kalau tak, buat ringkas pun dah cukup.
Bank suka dokumen macam ni sebab ia tunjukkan bisnes anda ada struktur kewangan yang kukuh.
Contoh mudah:
Dengan angka ni, bank boleh nilai sama ada anda mampu bayar loan rumah RM300,000 ke atas.
Kalau anda kerja sendiri, freelance, peniaga kecil atau buat bisnes online, cabaran paling besar bila nak beli rumah ialah bukti pendapatan. Tapi jangan risau, ada beberapa skim khas kerajaan dan bank yang memang diwujudkan untuk bantu golongan macam anda memiliki rumah pertama.
Antara skim yang anda boleh cuba ialah:
Skim ni memang khas untuk penjawat awam. Tapi kalau anda kontraktor atau kerja sendiri yang terlibat dengan projek kerajaan dan ada dokumen sokongan, ada peluang juga untuk mohon. Kelebihan LPPSA ialah kadar faedah lebih rendah berbanding pinjaman bank biasa.
Skim ini sesuai untuk mereka yang bergaji atau ada pendapatan bawah RM5,000 sebulan. Walaupun tak ada slip gaji tetap, asalkan anda ada bukti aliran tunai (bank statement), ada peluang nak lulus. SRP ni banyak digunakan oleh anak muda yang baru nak beli rumah pertama.
Skim ini diwujudkan untuk bantu golongan B40 dan M40 yang susah nak dapat kelulusan loan sebab tak ada slip gaji. Kalau anda peniaga online dengan rekod kewangan baik, skim ni boleh jadi pilihan.
Kalau anda tinggal atau bekerja di Selangor, skim Rumah Selangorku antara pilihan terbaik. Projek ni khas untuk rakyat Selangor yang berpendapatan sederhana (B40 & M40). Harga rumah lebih mampu milik berbanding pasaran biasa. Syaratnya, anda kena ada bukti pendapatan sah walaupun kerja sendiri, seperti rekod bank atau caruman KWSP.
Untuk anda yang menetap atau bekerja di Johor, boleh cuba eRumah Johor. Skim ini juga fokus kepada golongan B40 dan M40 yang nak beli rumah pada harga mampu milik. Kerajaan negeri Johor buka banyak projek perumahan mampu milik melalui eRumah Johor, dan pemohon kerja sendiri pun boleh cuba selagi cukup syarat asas pendapatan.
Kalau gaji anda seorang je tak cukup untuk mohon pinjaman perumahan, jangan risau. Salah satu cara paling common adalah dengan buat joint loan.
Joint loan ni maksudnya anda apply pinjaman rumah bersama pasangan, ibu bapa, atau adik-beradik yang ada kerja tetap. Dengan cara ni, bank akan kira gabungan pendapatan semua pemohon sekali, jadi kelayakan pinjaman pun jadi lebih tinggi.
Contoh situasi mudah:
Selain pasangan, anda juga boleh letak ibu bapa atau adik-beradik sebagai penjamin rumah. Ini memang banyak membantu terutamanya untuk pembeli rumah pertama yang kerja sendiri atau tiada slip gaji.
Kelebihan joint loan ni:
Cuma, sebelum buat joint loan, pastikan anda dan pasangan/penjamin jelas tentang tanggungjawab bayar balik. Kalau ada tunggakan, nama semua yang terlibat pun akan tercalar dalam rekod CCRIS/CTOS. Jadi bincang elok-elok dulu sebelum tandatangan.
Ramai ingat bila mohon pinjaman perumahan, bank cuma tengok gaji dan pendapatan bulanan je. Tapi sebenarnya, bank juga akan semak rekod kewangan anda melalui CCRIS dan CTOS.
Kalau rekod anda cantik, bayar hutang tepat waktu, tak ada tunggakan dan peluang nak lulus loan rumah memang tinggi. Tapi kalau selalu lambat bayar kereta, PTPTN atau kad kredit, confirm bank akan tanda merah. Bila tu berlaku, memang susah sangat nak dapat kelulusan pinjaman.
Untuk pastikan rekod CCRIS/CTOS anda tak bermasalah, cuba ikut beberapa tips ni:

Kalau anda nak beli rumah, cara bank tengok dokumen memang tak sama antara pekerja makan gaji dengan freelancer atau peniaga online. Bank suka yang ada pendapatan tetap sebab senang nak ukur “stability”. Tapi jangan risau, walaupun anda freelancer, masih boleh lulus pinjaman rumah bank di Malaysia kalau tahu strategi.
| Kategori | Pekerja Tetap (Slip Gaji) | Freelancer / Peniaga Online |
| Dokumen Utama | Slip gaji bulanan, KWSP, EA Form | SSM, penyata bank 6–12 bulan, e-Filing LHDN |
| Proses Permohonan | Lebih cepat & mudah lulus sebab ada pendapatan tetap | Perlu dokumen sokongan lebih banyak untuk yakinkan bank |
| Deposit Rumah | Minimum 10% | Disyorkan 20–30% supaya peluang lulus lebih tinggi |
| Stabiliti Pendapatan | Tetap & konsisten | Fleksibel, boleh lebih tinggi tapi dianggap tak stabil |
| Keyakinan Bank | Tinggi, sebab rekod lebih jelas | Rendah sikit, tapi boleh naik kalau CCRIS/CTOS cantik |
Tip: Simpan semua dokumen dalam satu folder (PDF) untuk mudahkan permohonan.
Kalau anda peniaga online sekalipun, dengan income yang tak tetap, rekod kewangan yang bersih boleh jadi ‘penyelamat’. Bank akan lebih yakin nak bagi pinjaman perumahan untuk peniaga online kalau mereka nampak anda seorang yang bertanggungjawab urus hutang.
Tak ada slip gaji bukan bermaksud anda tak boleh beli rumah. Ramai freelancer dan peniaga online di Malaysia dah berjaya beli rumah sendiri dengan cara yang betul. Apa yang penting, anda kena pandai tunjuk bukti pendapatan pada bank sama ada melalui penyata bank, cukai, atau SSM.
Kalau anda serius nak beli rumah, mula urus kewangan dari sekarang. Simpan rekod pendapatan dengan baik, elakkan hutang tak berbayar, dan pilih bank yang lebih mesra dengan self-employed. InsyaAllah, peluang untuk lulus loan rumah tetap cerah walaupun anda kerja sendiri.
Artikel lain: