PROPERTY GUIDE
Written by Fazrina Fezili
Bila beli rumah undercon di Malaysia, anda pasti akan terdengar tentang dua istilah ini, pembayaran progresif (progressive payment) dan faedah progresif (progressive interest). Bagi pembeli rumah pertama, mesti rasa keliru kan, ialah "kenapa perlu bayar loan rumah dulu untuk rumah yang masih dalam pembinaan?".
Jadi memang normal kalau soalan-soalan seperti "Kenapa saya kena bayar dulu sebelum dapat kunci?" atau "Macam mana dengan progressive interest kalau rumah pun tak siap lagi?" adalah perkara biasa. Jangan risau, ini semua adalah sistem yang standard dan selamat bila anda membeli rumah undercon.

Pembayaran progresif atau jadual bayaran berperingkat (Progressive Payment) adalah satu sistem pembayaran yang membolehkan anda membayar rumah mengikut kemajuan pembinaan. Anda tak perlu bayar semuanya sekaligus. Sebaliknya, pembayaran dilakukan berdasarkan kemajuan pembinaan rumah yang telah siap.
Ini berbeza dengan membeli rumah subsale (rumah yang sudah siap), di mana anda bayar sekali gus apabila hartanah sudah siap dan hak milik dipindahkan tapi dengan pembayaran progresif (Progressive Payment), anda hanya bayar mengikut apa yang sudah siap pada rumah undercon.
Pembayaran progresif atau jadual bayaran berperingkat (Progressive Payment) digunakan untuk memastikan kedua-dua pihak, pemaju dan pembeli rumah, terjamin. Berikut adalah sebab-sebabnya:

Faedah progresif atau progressive interest merujuk kepada pembayaran faedah atas pinjaman perumahan yang anda ambil untuk membeli rumah undercon. Dalam sistem ini, anda hanya membayar faedah untuk jumlah pinjaman yang ditarik oleh pemaju semasa pembinaan rumah. Faedah progresif (progressive interest) ini akan meningkat mengikut jumlah pinjaman yang telah digunakan. Pembayaran pokok pinjaman hanya dilakukan selepas rumah siap dan diserahkan kepada anda.
Jika anda meminjam RM100,000 untuk membeli rumah, pemaju akan menarik jumlah pinjaman ini secara berperingkat untuk membiayai pembinaan. Anda hanya akan membayar faedah pada jumlah pinjaman yang telah ditarik. Seiring pembinaan rumah selesai, jumlah faedah yang perlu dibayar akan meningkat. Namun, pembayaran pokok pinjaman hanya bermula selepas rumah disiapkan sepenuhnya.
Walaupun pembayaran progresif dan faedah progresif (progressive interest) berperingkat, ia digunakan untuk perkara yang berbeza dalam pembelian rumah. Berikut adalah perbezaannya:
| Ciri | Pembayaran Progresif | Faedah Progresif |
|---|---|---|
| Tujuan | Bayar rumah secara berperingkat mengikut kemajuan pembinaan. | Bayar faedah atas pinjaman secara berperingkat. |
| Apa yang Dibayar | Harga rumah berdasarkan fasa pembinaan. | Hanya faedah pada jumlah pinjaman yang ditarik. |
| Bila Ia Digunakan | Digunakan ketika membeli rumah undercon. | Digunakan apabila membeli rumah dengan loan rumah. |
| Struktur Pembayaran | Pembayaran dibuat terus kepada pemaju. | Faedah dibayar kepada bank. |
| Bila Pembayaran Dibuat | Pembayaran dibuat selepas setiap fasa siap. | Faedah dibayar semasa pinjaman ditarik. |
Ini adalah soalan yang selalu ditanya oleh pembeli rumah di Malaysia. Kenapa perlu bayar loan dulu sebelum dapat kunci? Berikut adalah sebab-sebabnya:

Pembayaran progresif dan faedah progresif adalah dua sistem penting apabila membeli rumah undercon di Malaysia. Dengan jadual bayaran berperingkat, pembeli rumah dapat mengurus kewangan mereka dengan lebih mudah. Walaupun membayar sebelum menerima kunci rumah mungkin rasa pelik, ia adalah cara yang selamat dan terjamin untuk membeli rumah. Dengan memahami cara pembayaran progresif dan faedah progresif berfungsi, proses pembelian rumah anda boleh menjadi lebih lancar dan lebih terjamin.
Artikel Lain:
Share :
Article Highlights
pembayaran progresif
progressive payment
faedah progresif
progressive interest
rumah undercon
jadual bayaran berperingkat
loan rumah