PROPERTY GUIDE
Written by Fazrina Fezili
amai pemilik rumah pernah rasa cemas bila tiba-tiba sedar dokumen rumah hilang. Kadang-kadang hilang masa tengah sibuk pindah rumah, kadang-kadang tersalah letak bertahun-tahun, dan ada juga yang musnah sebab banjir atau kebakaran. Masalahnya, kebanyakan orang hanya perasan dokumen penting hilang masa nak guna contohnya masa nak jual rumah, nak mohon pinjaman bank, nak urus pusaka atau nak renovate rumah.
Walaupun nampak macam masalah besar, sebenarnya hampir semua dokumen hartanah boleh diganti. Cuma setiap dokumen ada prosedur tersendiri. Ada yang boleh dapat online, ada yang perlu ke Pejabat Tanah, ada yang hanya boleh diperoleh melalui peguam atau bank.
Panduan ini disediakan khas untuk anda yang nak tahu cara dapatkan semula salinan dokumen rumah, bukan setakat geran, tetapi semua dokumen berkaitan hartanah yang mungkin hilang.
Dokumen hartanah ialah bukti rasmi yang menunjukkan rumah itu memang milik anda. Tanpa dokumen yang lengkap, banyak urusan akan tersekat. Bank tak boleh proses pinjaman, peguam tak boleh teruskan jual beli, dan majlis bandaran pun tak boleh luluskan renovasi.
Antara urusan yang perlukan dokumen rumah:
Kalau dokumen hilang, anda bukan saja mungkin kena tunggu lebih lama, tapi boleh hilang peluang jual rumah atau dapatkan penilaian bank pada masa yang tepat.
Setiap dokumen ini mempunyai fungsi dan tempat permohonan yang berbeza, jadi kita perlu fahami cara gantian dengan betul.

Geran rumah ialah bukti pemilikan tertinggi dalam undang-undang Malaysia. Jika geran hilang, anda tidak boleh menggunakan salinan biasa, malah salinan fotokopi pun tidak diterima untuk urusan rasmi. Hanya salinan geran rumah yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dianggap sah.
Kos Menggantikan Salinan Geran Rumah
Tempoh proses: 1–3 bulan.
Baca artikel penuh: Geran Rumah Hilang: Prosedur dan Cara Memohon Salinan Baru

S&P ialah dokumen perundangan yang mengesahkan transaksi jual beli antara pembeli dan pemaju atau pemilik terdahulu. Ia penting untuk proses bank dan rujukan semula selepas bertahun-tahun.
Jika S&P hilang, anda boleh mendapatkan salinan daripada:
Dalam banyak kes, peguam masih menyimpan fail dalam arkib mereka walaupun dokumen itu sudah lebih 10 tahun.
Kos untuk dapatkan salinan S&P
Dokumen penting seperti Letter of Offer, perjanjian pinjaman, Charge, atau Deed of Assignment sering hilang kerana ia jarang digunakan selepas pinjaman diluluskan.
Untuk gantian:
Kos gantian dokumen bank
Bank juga wajib menyimpan dokumen pinjaman untuk rujukan panjang, jadi proses ini biasanya mudah.

Kedua-dua dokumen ini sangat mudah didapatkan semula. Kebanyakan negeri sudah menyediakan portal online untuk mencetak semula resit dan penyata.
Contoh portal rasmi:
Kos Cukai Tanah dan Cukai Pintu Hilang:
Dokumen ini penting sebagai bukti pematuhan cukai tahunan dan kadang-kadang diminta semasa proses jual beli.
Pelan bangunan ialah dokumen teknikal yang dimiliki oleh pemilik pertama dan disimpan oleh Majlis Perbandaran. Ia diperlukan untuk:
Jika pelan hilang, anda boleh mohon salinan melalui PBT masing-masing.
Sumber: https://www.ptgwp.gov.my/portal/permohonan-hakmilik-dan-pelan-hilang
Contoh PBT:
Harga permohonan pelan bangunan semula
Setiap majlis mengenakan caj berbeza untuk permohonan carian pelan lama.
Dokumen utiliti seperti bil elektrik, air dan Indah Water juga penting dalam beberapa urusan rasmi.
Namun ia paling mudah dicetak semula melalui laman web berikut:
Kos gantian bil
Anda hanya perlu log masuk portal dan muat turun semula.
Dokumen insurans sangat penting, terutama untuk tuntutan insurans akibat bencana atau kematian. Kebanyakan syarikat insurans menyediakan salinan melalui portal pelanggan atau ejen insurans.
Jika polisi hilang, anda hanya perlu hubungi syarikat insurans untuk mendapatkan semula dokumen polis rasmi.
Biasanya digunakan untuk rujukan sahaja.
Kos gantian

Letter of Offer daripada pemaju ialah dokumen yang menyatakan:
Walaupun ramai anggap LO tidak penting selepas tandatangan S&P, hakikatnya LO masih digunakan untuk:
Cara Dapatkan LO Balik
Anda boleh hubungi bahagian jualan pemaju dan beri mereka maklumat berikut:
Harga Gantian Letter of Offer
Ada pemaju yang beri percuma jika rekod masih aktif Jika projek sudah lama siap, sesetengah pemaju mungkin perlu mengambil masa untuk buka rekod lama.
Perjanjian sewaan penting untuk urusan rumah sewa kerana ia mengandungi:
Jika perjanjian hilang, ia boleh menyusahkan proses:
Cara Dapatkan Semula Perjanjian Sewaan
Harga Gantian Perjanjian Sewaan
Jika tenancy tidak pernah dimatikan setem, ia dianggap tidak sah di sisi undang-undang, dan kehilangan dokumen asal boleh menyukarkan tuntutan.
Kehilangan dokumen mungkin nampak kecil, tetapi ia boleh memberi kesan besar, antaranya:
Risiko ini menunjukkan betapa pentingnya untuk memastikan semua dokumen hartanah disimpan dengan rapi dan diganti secepat mungkin jika hilang.
Kehilangan dokumen hartanah memang menyusahkan, tetapi ia perkara yang sangat biasa. Yang penting ialah anda tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkan semula salinan dokumen rumah tersebut. Prosedur bagi setiap dokumen berbeza, tetapi semuanya boleh diselesaikan jika anda rujuk pihak yang betul. Bagi dokumen penting seperti geran rumah, prosesnya lebih panjang kerana melibatkan undang-undang tanah, tetapi ia tetap boleh diselesaikan dengan langkah yang tepat.
Dengan menyimpan salinan digital, dokumen hardcopy yang disahkan, dan mengasingkan fail penting di tempat selamat, anda boleh mengurangkan risiko kehilangan pada masa depan.
Artikel Lain:
Share :
Article Highlights
dokumen rumah hilang
salinan dokumen rumah
geran rumah hilang
cara dapatkan salinan geran
salinan geran rumah
dokumen hartanah hilang
hutang hilang S&P
hilang perjanjian jual beli
hilang tenancy agreement
hilang letter of offer pemaju
salinan S&P rumah
cara ganti dokumen rumah
cara ganti geran hilang
cukai tanah hilang
cukai pintu hilang
pelan bangunan hilang
resit deposit rumah hilang
dokumen pinjaman rumah hilang
prosedur ganti geran rumah
semakan geran rumah
cara mohon geran baru
kos ganti geran rumah