
Written by Fazrina Fezili
Masih terdapat banyak lagi hartanah perumahan dalam pasaran hartanah di Malaysia pada suku tahun ketiga 2023, malah ahli ekonomi juga telah memberi amaran bahawa majoriti besar harga hartanah atau rumah masih lagi menjangkau buat pembeli.
Ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, mendedahkan bahawa harga rumah purata pada suku tahun ketiga 2023 berada pada RM458,751, dengan bayaran bulanan pembiayaan perumahan adalah purata sebanyak RM1,971. Walaupun hartanah perumahan menyumbang 62.9% daripada jumlah bahagian pasaran hartanah sebenar, bernilai RM28.4 bilion. Ia menyumbang kepada peningkatan 22.6% dalam urus niaga hartanah, mencecah RM57.1 bilion. Hal ini menyebabkan masalah kemampuan membeli hartanah perumahan menjadi kebimbangan utama.
Bagaimanapun, di sebalik tinjauan positif, pendekatan 'median multiple', yang menetapkan harga buat 'perumahan mampu milik' pada tiga kali ganda daripada gaji tahunan median, ia menunjukkan julat harga bahawa kebanyakan rumah di Malaysia adalah tidak mampu dibeli. Dengan pendapatan isi rumah median berada pada RM6,338 sebulan pada tahun 2022, pembeli rumah purata di Malaysia hanya mampu membeli rumah yang berharga sekitar RM228,168. Tamabahan lagi, di Kuala Lumpur, harga purata rumah adalah RM770,543, namun bakal pembeli rumah hanya mampu membeli sebuah rumah berharga RM368,424. Kawasan lain seperti Selangor dan Sarawak juga menunjukkan data yang lebih kurang sama. Bagi Selangor, harga purata rumah ialah RM520,456 tetapi rumah mampu milik sepatutnya berharga RM359,388 sahaja. Harga purata rumah di Sarawak ialah RM504,542 tetapi hanya mampu milik jika berharga RM179,208.
Cabaran kebolehtempahan ini diperkasakan lagi untuk menangani isu migrasi dari luar bandar ke bandar, bagi meningkatkan permintaan perumahan di kawasan bandar seperti Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor Bahru. Selain itu, stigma yang berkaitan seperti rumah kos rendah menjadi penghalang buat pelabur, kesannya membataskan lagi pilihan perumahan untuk rakyat Malaysia.
Selain itu, kriteria yang ketat untuk kelulusan bayaran bulanan pembiayaan perumahan, termasuk skor kredit, nisbah hutang terhadap pendapatan, dan kestabilan pekerjaan, menambah lagi halangan yang dihadapi oleh pembeli rumah yang berhasrat. Ini telah menyebabkan semakin ramai individu memilih untuk menyewa seumur hidup, lebih membebankan lagi pasaran perumahan.
Sebagai tindak balas kepada cabaran ini, firma perunding hartanah Rahim & Co International Property Consultants Sdn Bhd menekankan kepentingan pembangunan berasaskan transit (TOD) untuk menangani isu-isu kemampuan dalam membeli hartanah. Dengan mengintegrasikan prinsip TOD, pembangun dapat mencipta pilihan perumahan yang mampu dimiliki serta kemudahan yang terletak berhampiran tempat kerja dan lain-lain agar ia dapat mengurangkan bebanan kepada pembeli rumah.
Walaupun pasaran hartanah Malaysia menunjukkan tanda-tanda kestabilan, dengan peningkatan sedikit dalam jumlah dan nilai transaksi, isu kemampuan beli masih berterusan. Untuk menangani ini, perlu ditingkatkan lagi tahap pendapatan negara dan usaha yang berterusan untuk mengecilkan jurang kemampuan beli, memastikan pasaran perumahan yang lebih inklusif dan mampan untuk semua rakyat Malaysia.
sumber - The Star & The Sun
Berita yang lain: