Pengeluaran KWSP Akaun 3 boleh dikeluarkan bila-bila masa bermula 12 Mei 2024!

NEWS

Pengeluaran KWSP Akaun 3 boleh dikeluarkan bila-bila masa bermula 12 Mei 2024!

Written by Fazrina Fezili

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melakukan penstrukturan semula memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penyimpan dan membantu semua akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik. 

Akaun Fleksibel

Akaun Fleksibel adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. 

Dengan memperkenalkan akaun fleksibel sebagai akaun 3, penyimpan boleh mengakses atau mengeluarkan duit mereka pada bila-bila masa untuk keperluan jangka pendek. Manakala akaun persaraan (akaun 1) dan sejahtera (akaun 2) membolehkan penyimpan merancang untuk masa depan mereka. 

Pembahagian Caruman 

Pelaksanaan penstrukturan tiga (3) akaun KWSP akan bermula pada 11 Mei 2024 dan penstrukturan KWSP yang baru ini berbeza dengan caruman untuk sistem sekarang. Sistem caruman KWSP sekarang dibahagikan kepada:

  • Akaun 1: 70%
  • Akaun 2: 30%

Pembahagian caruman akaun 3 akan dipecah kepada berikut:

Caruman akaun 3 KWSP

  • Akaun persaraan: 75% - untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;
  • Akaun sejahtera: 15% - untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan;
  • Akaun fleksibel: 10% - sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. 

Contoh lain, jika Caruman KWSP  sebulan adalah RM100, maka ia akan dibahagikan kepada berikut:

  • RM75 masuk Akaun 1 KWSP
  • RM15 masuk Akaun 2 KWSP
  • RM10 masuk Akaun 3 KWSP 

Bukan itu saja, penstrukturan semula akaun KWSP 3 ini juga membenarkan peminjam untuk memindahkan duit yang berada di akaun 2 ke akaun 3 dengan pemindahan hanya boleh dilakukan sekali sahaja antara 11 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024 dan berikut adalah syarat lain pemindahan duit:

1) Akaun 2 ada baki kurang RM1,000:

Sekiranya Akaun 2 KWSP ada baki kurang daripada RM1,000, penyimpan boleh memindahkan kesemuanya ke Akaun 3 (Fleksibel) .

Contohnya, jika baki Akaun 2 ada RM900. Maka:

Akaun 2 ada baki kurang RM1,000:

 

2) Baki Akaun 2 melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000:

Baki Akaun 2 melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000:

Jumlah yang dipindahkan ke Akaun 3 (Fleksibel) adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun 2 (Sejahtera). 

Contohnya, jika baki Akaun 2 ada RM7,000. Maka:

  • RM900 ke Akaun 3,
  • Baki sifar kat Akaun 2.

Baki Akaun 2 melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000:

  • RM1,000 ke Akaun 3,
  • Baki RM1,700 kekal kat Akaun 2.

3) Baki KWSP Akaun 2 lebih dari RM3,000 dan ke atas:

Baki KWSP Akaun 2 lebih dari RM3,000 dan ke atas:

Penyimpan boleh memindahkan wang ke Akaun 3 (Fleksibel)  dengan baki simpanan dalam Akaun 2 (Sejahtera) diagihkan mengikut nisbah berikut:-

  1. Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel;
  2. Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera; dan
  3. Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan.

Contohnya jika baki Akaun 2 ada RM30,000. Maka:

Baki KWSP Akaun 2 lebih dari RM3,000 dan ke atas:

  • RM10,000 ke Akaun 3,
  • RM5,000 ke  Akaun 1 dan
  • Baki RM15,000 kekal kat Akaun 2.

Sekiranya peminjam tidak berhasrat untuk memindahkan duit ke akaun 3, baki dalam akaun 1 dan akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Dengan struktur Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baru ini, diharapkan penyimpan dapat menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik, dengan penekanan pada tabungan jangka panjang untuk masa depan mereka dan ruang bagi keperluan semasa.

Sumber:

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 

Artikel Lain:

 

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Akaun 3

pengeluaran KWSP

Akaun fleksibel

KWSP

.

Latest Guides

Properties You May Like

Network Error
Network Error
Network Error
Network Error